Tuesday, March 31, 2009

MERAJUK!!!!

Dah lama rasanya tak buka blog...tak tau nak tulis apa...tapi..tadi aku tergerak hati membaca blog sahabatku...tajuknya MERAJUK...maklumla..dia sedang merajuk dengan seseorang...dan aku kini sebenarnya sedang merajuk jugak...ahakss.. merajuk sendiri-sendiri...tak dak sapa pun tau aku sedang merajuk rasanya... dan aku juga rasa aku tengah merajuk dengan seseorang....dah lama dah ni...macam mana yer nak pujuk rajuk aku dengan orang tu....ke dah tak terpujuk...benda kecik je tapi aku boleh terasa hati sampai hari ni...dah berbulan-bulan tu...

Satu perangai buruk aku..kalau aku merajuk sahaja...aku bagi tempoh beberapa bulan untuk pujuk hati..kalau sampai satu tahap..rajuk tu masih tak terpujuk...apa aku buat...aku delete nama orang yang aku tengah merajuk tu dari list nama dalam handphone...jahat tak aku..jahatkan....

Aku tau..tak dak pekdah pun nak merajuk-merajuk ni...hehehheheh....dan untuk sahabatku itu...aku nasihatkan...jangan la merajuk dengan "orang tu"....kan ke nanti nak hidup serumah dengan dia...merajuk sikit-sikit dah la...walaupun aku tau...sakit ati ooo "orang tu" buat lagu tu...pandai jek nasihatkan ek...ermm...tak perlah... merajuk je terus sampai dia pujuk..ingat senang ke kan..betul tak...


p/s:...maaf buat seorang lagi sahabatku...sebenarnya aku ke cherating tu memang untuk berbulan madu...tetapi bukan yang berbulan madu gitu-gitu yer...tunggulah hujung tahun, bulan berapa...sudah tentu bulan 12...kalau bulan lain..susah plak..tak der cuti sekolah.....apa-apa nanti aku kasi tau jer...jangan marah aku tau...hehehehehe....

Friday, March 13, 2009

KENANGAN TERAKHIR ARWAH HANINA UNTUK KELUARGANYA...

Semalam (12.3.2009), apabila keputusan SPM diumumkan..aku teringatkan arwah hanina..satu-satunya cucu perempuan Lang Mah yang telah kembali ke rahmatullah pada bulan disember tahun lepas sebaik habis menduduki peperiksaan SPM...

Hanina bt Mohd Hanif, gadis berusia 17 tahun, anak sulung dan satu2nya anak dan cucu perempuan. bersekolah di SMKA Pedas, best students di sekolahnya,mendapat 10A 2B dalam trial SPM, gadis yang pendiam dan perahsia, cita2 ingin menjadi doktor pakar bedah, menjadi harapan keluarga. gadis yang sangat taat pada perintah Allah, perintah ibu bapa, menutup aurat sepenuhnya, baik dan disayangi oleh kawan2 dan ustaz ustazah, lemah lembut orangnya. dari cerita yang kudengar, arwah sebenarnya sudah lama sakit, tapi diam kerana tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapanya, masih bertahan tidak mahu ke hospital kerana enggan mengambil SPM di wad. sesudah habis last paper, terus Nina dibawa masuk ke wad Hospital PD kemudian dipindahkan ke Hospital Seremban dan masuk ICU. Arwah meninggal ketika umat islam sedang sibuk untuk menyambut hari raya adidiladha...

Hari ini....aku kembali teringatkan arwah hanina...meskipun mengenali hanya untuk sedikit waktu..tapi aku selalu mendengar cerita mengenai arwah...semuanya cerita yang baik-baik mengenai arwah...aku mengirimkan sms kepada kak mah yang tinggal bersebelahan dengan rumah Lang Mah...dan airmata aku menitis bila membaca sms kak mah..."ARWAH DAPAT 6A,2B DAN 4C"..ya Allah...atas kuasaMu ya allah..arwah masih mampu menjawab dengan baik meskipun waktu itu arwah tengah bergelut melawan penyakitnya.

itulah kenangan yang arwah hanina tinggalkan untuk ibu bapanya....pasti ibu bapanya (Bang Mat dan Kak Na) sedih melihat result arwah...aduss..aku yang pertaliannya jauh ini pun tidak dapat menahan air mata..apatah lagi keluarga arwah...

yang pasti, arwah sudah selamat kembali ke pangkuan Ilahi, kita pula bagaimana? yang pergi tetap akan pergi, kita yang masih hidup harus redha dan teruskan kehidupan. adakah kita sudah bersedia menghadapi detik kematian? Al Fatihah...

"Ya Ilahi, jika hidup baik untukku, maka Kau hidupkanlah daku, jika mati baik untukku, maka Kau matikanlah daku..Ameen"

Friday, March 6, 2009

ERMMM.....


Semalam aku mendapat panggilan telefon dari seseorang...seseorang yang aku tidak sangka masih menyimpan no hp aku....seseorang yang terlalu jauh....dan perkhabaran yang aku terima...sesuatu yang mengejutkan aku...si pemanggil mengatakan "si dia" tidak jadi untuk melangsungkan perkahwinannya...sesungguhnya aku amat-amat terkejut dengan perkabaran tersebut...kerana aku sangkakan "si dia" telah selamat menjadi pasangan hidup seseorang...selepas perbualan antara aku dengan si pemanggil tamat...aku terfikir...kenapa yer...apa punca dan sebabnya "si dia" tidak jadi melangsungkan perkahwinannya...si pemanggil juga tidak mengetahui punca dan sebabnya..

"Si dia" pernah menghubungi aku sebelum ini (tahun lepas)..hampir2 dengan majlis bahagia...dia minta untuk berjumpa dengan aku...aku ada juga mengusiknya tentang hari bahagianya yang bakal menjelma waktu itu...tetapi tiada respon..so aku fikir mungkin aku bukan dalam senarai tetamu jemputannya..jadi tiada maknanya kalau dia memberi respon tentang hari bahagianya...

Tetapi selepas panggilan yang aku terima semalam..aku kembali berfikir...adakah waktu yang "si dia" ingin berjumpa dengan aku tu..."si dia" telah memutuskan ikatan pertunangannya..ataupun "si dia" ingin ceritakan masalahnya dengan aku... aku sendiri tidak pasti..dan aku bukannya sengaja tidak berjumpa dengannya...

Makna air mata insan

PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:



Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.


Menangis kerana rasa takut.


Menangis kerana cinta.


Menangis kerana gembira.


Menangis kerana menghadapi penderitaan.


Menangis kerana terlalu sedih.


Menangis kerana terasa hina dan lemah.


Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.


Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.


Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:


Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.


Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.


Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.


Apabila dahinya berpeluh.


Air matanya berlinang.


Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.