Tuesday, July 21, 2009

BAJU - BAJUAN..MANIK LER..APA LAGIK...

Baju-baju yang telah aku jahit..dah lama sebenarnya..mintak maaf sangat2 kepada mama faris sebab lama dah dia bagi baju ni..tapi sebab manik kena beli di beberapa tempat...lambat plak jadinya...sori yer...



Saja ja..buat cenggini..senang jugak tapi rumit..



Masih baju merah..tak der nama la...



Baju kak fyza nak pakai kawin nurul..ok tak kak?...kalau tak ok bgtau yer...ni belah depan..tak nampak plak maniknya..



baju yang sama...harap kak fyza okey dengan baju ni...



Baju Oren..ada juntai2 sikit...tak tau nak letak nama apa..



Baju oren juntai2 lagi..



Masih baju oren juntai2...



baju ni simple jer...nak tambah juntai lepas ni..



edisi belum ada juntai...

Tuesday, July 14, 2009

SEMESTER 7

Pejam celik..pejam celik..aku dah semester 7..Insyaallah tinggal lagi 1 semester ..tu pun kalau jadual tahun depan tak bertindih dengan ECO...aku blom ambik ECO tau..sem yang pendek..rushing..masih mengekalkan group yang sama..aku..kak az..aida...abang saha..kak zu..

SAYA..AKU...ME...I...APA2 JE LA..YANG PASTI TETAP AKU

Sejak aku kecik..aku susah nak dapatkan sesuatu yang aku inginkan...kalau teringin sangat-sangat aku akan usahakan sendiri..maklumla aku bukan dari keluarga yang senang..nk berjalan-jalan ke tempat orang pun susah..ingat lagi masa aku tingkatan 2..Cikgu Manaf tanya samada aku nak masuk Kelab Memanah atau tidak..tak fikir panjang aku terus jawab nak sebabnya dengan joint Kelab Memanah aku boleh jalan2 satu Malaysia..masa tu la...memang tak dinafikan...bila aku jadi wakil sekolah..kemudian daerah dan kemudian negeri..aku dapat berjalan ke merata2 tempat..best sangat..sebab masa tu aku boleh pakai kasut sukan lawa..baju semua tajaan..t-shirt free..beg free..dapat elaun lagi...tapi langkah aku sebagai pemanah negeri sekerat jalan..tak nak ingat kisahnya..PAHIT..setakat itu tamatnya riwayat aku sebagai pemanah..

Aku ni berkawan dengan anak cikgu...kalau cikgu buat lawatan..mesti dia bawak aku sekali..mana2 dia pergi aku akan ikut...simpan duit semata-mata nak bayar duit rombongan...aku dulu pengawas..dapat biasiswa sekolah..masuk je sekolah..mintak buku akaun BSN dari cikgu untuk keluarkan duit beli baju pengawas pastu bayar yuran...cukup la.setahun dapat RM250...pergi sekolah bawa RM2..RM0.80 tambang bas..makan RM0.50...tapi aku masih boleh saving..buat beli novel (sembunyi2 masa tu)..baju sekolah setahun sepasang je...balik sekolah basuh..malam iron...kalau banding dengan sekarang..5 pasang sorang..hari2 tukar baju baru...susahnya aku masa tu...

Dulu aku tak pernah pergi tuisyen yang berbayar..cuma tuisyen math.tambahan jer..sebulan RM10 ngan sorang cikgu..lain2 tuisyen tu yang cikgu sekolah buat la..kalau aku tuisyen macam budak2 sekarang mesti sekarang ni...aku dah ????..heheheh..apa2lah kan...habis SPM aku mula merantau...menjadi perantau di Melaka selama 3 tahun..ingat nak sambung lagi tapi ada kekangan di situ..maka aku buat keputusan untuk hold dulu dan cari kerja..susah la ingat2 time belajar kat melaka dulu...setiap kali cuti semester aku akan simpan barang dalam bilik basuh..sekali tu bilik basuh bocor..habis semua baju2..buku2 aku basah..sedih sangat...

Pada aku..bila kita susah untuk memiliki sesuatu...kita akan lebih menghargainya..apa yang aku ada hari ini..atas usaha aku sendiri..biarlah orang nak cakap apa pun..yang penting aku dapatkan sesuatu dengan usaha aku..kalau rumah aku tak ada barang atau perabot yang banyak pun..aku dah puas hati..sebab aku beli dengan duit sendiri..kalau tak der sofa banyak2 pun..cukup la dengan L-shape yang aku ada..sebab tu pun aku tak duduk...kalau aku hanya ada meja jepun bukan meja makan yang banyak kerusi tu pun cukup la..sebab tu pun aku tak guna...tapi..sikap aku yang belum boleh aku kikis sampai hari ini...bila SELALU sangat orang sebut..temperature aku akan naik...jangan sampai aku keluarkan kata2 yang boleh menyakitkan hati..Ya Allah..berikanlah kesabaran kepada aku...(tengah praktikkan apa Datuk Dr. Fadilah Kamsah cakap)...maafkan semua orang...

Sekadar luahan rasa hati aku.....

Friday, July 10, 2009

AKU ADA KAMU - LILY HASLINA NASIR


Buku ni aku pegang letak, pegang lagi..letak lagi..10 kali pergi MPH pegang buku yang sama..then suatu hari aku pergi dengan sepupu..dia kata dia rasa buku ni best..kalau dia kata best tu..beli la..tak rugi kot...akhirnya...AKU ADA KAMU..sah jadi milik aku...cayalah...memang best...lawak ada..sedih ada..romantik ada..bak kata ..cukup lengkap la...

kad depan buku ni tulis.."Walau yang datang ramai beribu, hatinya lekat pada yang satu"

Citer ni mula2 baca dia ceritakan tentang Sofi Aidura atau Dura yang menjadi kegilaan kat kampus dan kat mana2 saja..student lagi..duduk menyewa dengan Suraya dan Nora..naik myvi hitam..gitu ler..ramai betul yang nak dekat dia ni..sampaikan orang blok rumah dia tu asyik kata dia kupu-kupu malam ..sampai dah bagi amaran la.. Dura ni berkawan dengan Hisham..macam masing2 dah suka la..dia suka kat hisham..hisham pun cinta kat dia...yang mamat-mamat lain tu utk kepentingan dia je la..

Dalam senyap-senyap tu ada la pulak mamat yang dia anggap kawan biasa masuk meminang..mau tak terkejut maknya..sib baik tak jadi...mamat tu tak cukup jantan..hahahah..pastu hisham ni kena denggi...lepas je sihat dari denggi ni terus nk kawin...tapi Dura ni ada saka..macam-macam la nak citer ..tapi percayalah...buku ni besttt...dalam ni jugak ada watak sheila, kawan sekerja hisham..gediksss nak mamposssss..menci aku...dia panggil Dura tu budak sekolah...boleh macam tu..

Paling jahat..dia hadiahkan tanah kubur pastu ntah apa2 lagi masa majlis hisham and Dura kat sungai buloh...tapi baiknya hati hisham ni dia pergi buat artwork plak kat benda alah tu..orang seni la katakan...

Paling best..dan kelakar la aku rasa..masa lepas kawin..hisham n dura nak pergi ambik barang kat umah sewa dura..tapi dia tak bagi hisham masuk..sedangkan hisham tu suami dia..then time tu jugak la pakcik2 blok tu pergi cekup diorang...sib baik ada bukti dah kawin..lagi satu paling best..Kkapten Khairul siap tepon mak dura nak hantar rombomgan sedangkan time tu dura dah nak nikah dah tu...lawak2...

Macam-macam la jadi kat perkhawinan diaorang tapi disebabkan pegangan agama dan cinta yang kuat..akhirnya bahagia menjadi milik diaorang...tapi yang tak sangka tu...Kapten Khairul tu dok kejar Suraya sbb nak cari Aidura. Last2 diorang pulak yg kawin...lawak22

------> baca la korang...tak rugi...memang best..kalau aku baca buku ni aku teringat kat Siti Mariam..kawan aku..pergi UMS Labuan nak menuntut ilmu..last2 kawin dengan pensyarah sendiri time tgh belajar tu..sekarang tengah menunggu kelahiran anak kedua dan dah berpindah balik ke semenanjung...husband dia nk buat PhD..lepas ni jadi "Aina anak Dr.Azri" la yer..dia kata patutnya pi UK tapi sebab tak boleh balik kg selalu..buat kat UKM pun okey..

sinopsis belakang buku:

Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yg ini, ambil yang itu, tidak suka yang itu, tukar yg lain. Namun di sudut hati, Hisyam seorg sahaja pujaan hati. Tika inai masih merah di jari, pasangan ini mula diduga. Gara-gara Sheila yg mencintai Hisham dan tergila-gila. Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yg pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja. Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.


RM23.00
646 mukasurat

NOVEL - RAHSIA HATI SOFEA BY NAZURAH AISHAH


Dah lama aku nak menulis tentang rasa hati aku bila membaca novel RAHSIA HATI SOFEA...aku mula mambacanya dalam e-novel..dan aku setia menunggu kesudahan hidup sofea dan ikhmal..apa jadi pada cinta nizam...dan kesudahannya aku temui dalam RAHSIA HATI SOFEA...satu kejutan yang aku rasakan kena dengan hukum alam...kita semua impikan bahagia..namun siapa akan menjangka apa yang terjadi di sebaliknya..

Cinta ikhmal dan sofea "terputus" kala sofea sedang sarat mengandungkan hilman...anak yang tidak pernah sekalipun ikmal lihat sejak dari lahir..paling menyayat hati bila sofea tak ingin anaknya lahir supaya ikatan antara dia dan ikhmal tak terputus..sungguh aku menangis bila membaca part ni..walaupun aku tidak pernah melalui saat-saat begitu tapi aku tabik springg la pada nazurah aishah kerana pandai "mewujudkan" situasi yang begitu... keras betul hati ikhmal..tapi aku tak pernah salahkan ikhmal 100%..sebab pada aku..kalau dia dah tgk hilman...dia tak akan lepaskan hilman...biarlah sharah bersamanya...(saat2 macam ni aku bayangkan Nurul Ain..yang tak pernah langsung-langsung merasa kasih sayang seorang ayah..meskipun mendapat kasih sayang sepenuhnya dari kami sekeliling tapi aku pasti...Nurul Ain masih rindukan belian kasih seorang ayah).

Nak tau apa sebab apa Ikhmal Hisham dan Jihannur Sofea berpisah..apa kisah Jihannur Sofea dan Nizam....kena baca buku ni...aku tak boleh nak tulis banyak..sebab airmata nak menitik saja..

Sekalung TAHNIAH buat NAZURAH AISHAH...novel yang menyimpan seribu perasaan bila aku membacanya...Nazurah Aishah telah menjadi salah seorang penulis yang aku akan beli novelnya selain penulis2 lain...kalau dah masuk dalam list aku..aku takkan baca sinopsis lagi dah..terus capai dan bayar..

Sinopsis belakang buku:
Sekali air sungai melimpah…
sekali pasirnya pun berubah…

Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya
untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!

Ini bukan cinta 3 segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya
hanya aku seorang sahaja yang tahu!

Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar
resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci.
Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku
memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!

Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi
pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang....
Kenapa harus begitu, Mal?

CITER LAMA LAGI---SEKITAR MAJLIS LAMBAI2 TUN

saja jer...heheheheh...panas tau hari tu...



Ni memang juara kontrol ayu ni..walaupun panas terik...ketiak dah basah semua..senyum tetap menawan...



eh.eh...ada lagi....



kalau yang comel dan cun ni...sapa lagi...aku la..ngan bos...



ni pun ada jugak...hehehhe..

KRISTAL

Kristal-kristal ni aku and kak saba cari kat sogo untuk farewell Tun Abdullah, Tun Jeanne dan Tan Sri Amirsham...macam2 ada...silalah cuci mata....



Ni untuk Tan Sri Faizah



Ni untuk Tun Jeanne



Ni yang aku berkenan...



Ni pun aku berkenan...



Ni pun sama...aku berkenan...

hahahah...apa motip aku letak kat blog ni walaupun majlisnya dh lama berlangsung...motipnya...bila aku pindah nanti..opis tak payah la pening2 kepala nak pikir nak kasi hadiah apa...bagi je kistal cenggini...alaaa...takat dua tiga riban tu apa ke halnya tak...aku service kat sini jer dh 6 tahun...kerusi yang sama..meja yang sama..kabinet yang sama w/pun tak der pintu...nasib la kan..

CITER LAMA DAH NI!!!

Satu hari tu aku dah lama tak pergi kedai ni...so ari tu setelah sekian lama tak pergi..aku pun pergi la..before that aku inform la "dia" yang aku nak ke sana...kot2 la boleh jumpa...then dia kata ???...tak ingat la dia kata apa...tapi dia tanya lagi...betul ke nak pergi..aku jawab la memang nak pergi pun...so sampai la aku kedai tu...masa aku masuk..amoi tu tengah gubah 1 bunga..aku memang tertarik siot dengan bunga tu...2 kali aku pusing belakang amoi tu..then aku tanya.."kalau gubah macam ni berapa RM?...amoi tu pandang balik muka aku ..then dia cakap .."u siti zubaidah ka?..aiseh..terkejut wei..takkan dia ingat / tau nama aku...aku pun jawab la.."a'aa..siti zubaidah" tau apa amoi tu jawab.." bunga ni utk u..kawan u telefon suruh i kasi bunga ni kat u"...perggghhh..mau pengsan aku...aku ingatkan aku menang lucky draw ke hapa...rupa-rupanya "dia" yang bagi untuk aku..."dia" tak dapat datang.."dia" bagi bunga ni untuk aku...aku sayang "dia" selalu buat surprise untuk "aku"..muahhhhhh....



Ni la bunganya....cantik kan....




huhuhuhu..ingatkan akan dapat masa birthday ni..tapi time tu "dia" kan tengah "cuti"..dear...jangan lupa yer birthday kita nanti..huhuhuhu...

Thursday, July 9, 2009

email kelakar bos aku...

(Sesiapa yang nak bawak makanan pun ok jugak, Tak Paksa) Assalamulaikum WBT & Salam Sejahtera

Bukan Walimatul Urus / Bukan Qada' Hajat

Razahidi bin Abdul Hayet & Nor Diana binti Azmi

Dengan Segala Penuh Rasa bangkerap,Ikhlas Beli Ayam 10 Ekor kat Maidin Mempersilakan
Y.Bhg. Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik

..............................................................................................
Ke Majlis Bacaan Yasin & Tahlil
(Tahlil ni kalau sempat, Kalau dah lapar.... kita makan dulu)

Pada hari Sabtu
11 Julai 2009 bersamaan 19 Rejab 1430H

Beralamat di No. 30., Jalan PF11/3, Presint 11, 62300 WP Putrajaya - (Well!! Rumah Semi-D)
Berdekatan Dengan Pusat Kejiranan Presint 11 & Pejabat Kesihatan WP Putrajaya & SK Presint 11 (3)

Aturcara Majlis:

7.00 malam- 9.00 Malam
(Dibuat Malam Kerana Ada Orang Tu Pegi Kenduri Kat Batu Pahat Siangnye...)
(Solat Maghrib & Isyak Di Rumah Saya)
7.40 (Lepas Maghrib) - Bacaan Yasin


Turut Mengundang : Ahmad Basiluddin bin Razahidi (019-2186708) (019-9133090)

PETA RUMAH

Monday, July 6, 2009

KENDURI ANAK KAK YAH


kenduri ni hari sabtu bersamaan dengan 4 Julai 2009..cantik kaler tema..pelamin pun mabeles...cun gila ahhh...aku suka..sweet sangat..makan pun best..laksa pekat gila..

..haji...soklan haji tu saya jawab nanti2 la yer..kalau sampai masanya nanti jemput la haji datang...hahahaha...paling awal pun 2011...tu paling awal tu....

muka boring masa ceramah terakhir kursus kewangan




boringnya...penceramah cakap sorang2..tak macam En.Din from INTAN....aku dok sebalah kak pyza...apa lagi kami..ambik gamba sendiri2...ngantuk seyyy...seyusssss..ngantukkkk..sib baik aku tak zzzzzzz..

MANIK LAGI







Ni plak baju Puan Baizura Hawari...dia dah cuti ni...nak ikut husband dia pergi o/sea...belum ambik lagi tapi aku dah sms dia..tq juga buat Puan Suriyawati kerna meminjamkan digital dia utk aku ambik gamba baju ni..kalau tak..tak cun cenggini...

Baju hitam tu..idea sendiri...patah jugak jarum..tercucuk habis tgn..sebab kain dia agak keras...

Baju hijau tu dapat idea masa kursus kewangan kat Pahang ari tu...tgh boring2 tu nampak tudung Kak Zana..aku ambik gambo..and try kat baju hijau tu..mula2 risau gak takut2 tak jadi..masa aku lukis kat Mak Nah..aku rasa dia pun ragu2 tu..tapi aku try gak..alhamdulillah..menjadi..aku bangga sebab baju ni idea aku w/pun aku cilok tudung kak zana.

BAJU KAK MAZ..




susah gila nak jahit baju...aku takut terkoyak..maklumla..aku kan masih amatur...masih belaja2 lagi..kalau nak handle baju mahal2 ni aku cukup takut...2 kali jahit utk baju ni...

FISH THERAPY & ROYAL NASI LEMAK...





Aku dapat A untuk paper ni (Speech Communication)...thanks to my bos sebab editkan akunya paper Royal Nasi Lemak...untuk yang second paper aku buat Fish Therapy...siap try pi bagi ikan makan kaki aku lagi tu..paper ni aku takut sebab PM Fauziah mcm garang...tak boleh salah grammar..pronounciation mau betui sebut...lidah keras ni ssh la..aku bukan pandai BI pun...tapi tak tidoq la dok menghafal...

saja-saja





gambo anak2 buah yang gian nk mandi air terjun meskipun hujan dan airnya laju ..keroh pulak tu...tapi sebab sepanjang hari dok bunyi..aku bawak jugak la... masa ni setelah hampir2 4 bulan aku tak balik kampung...layannnnnnn

BAJU KAK AZ- MAAF YER KAK..LAMA BENO PERAMNYA..





dah lama kak az bagi untuk jahit manik baju ni...habis exam ari tu baru dapat completekan semua...jahitan pertama aku buka balik sebab manik tu nk kena beli kat kedah..time tu aku tak balik kampung...kod dia pun tak ingat...kalau tak boleh suruh kak bib pos...so..aku bukak balik semua..then jahit macm ni...