Friday, November 28, 2008

MEMORI ZULAIKHA....

Semalam aku menitiskan air mata ketika membaca kisah arwah zulaikha yang telah kembali ke Rahmatullah pada 21 Oktober 2008. Arwah baru berusia 7 bulan...balik kerumah pun aku menangis mengingatkan arwah...aku tidak dapat membayangkan...andai aku yang berada ditempat ibu arwah...

Arwah meninggal sewaktu di dalam jagaan pengasuh...Ibu arwah menerima panggilan daripada pengasuh dan memintanya pulang kerana anaknya dh biru...masa tu ibu arwah masih dapat mendengar tangisan arwah yang seolah-olah terlalu sakit...dalam perjalanan ke hospital pengasuh tersebut telah tersalah jalan dan ibu arwah mendukung arwah dan berlari untuk membawa arwah ke hospital...tapi masa tu ibu arwah merasakan seolah-olah arwah sudah tiada lagi....dengan bantuan mat rempit...arwah dibawa ke hospital dengan menaiki motor...namun..kuasa Tuhan melebihi segalanya...dortor telah mengesahkan arwah telah kembali ke Rahmatullah....dapat aku bayangkan keadaan ibu arwah waktu tu...arwah perlu di post mortem untuk melihat punca kematain kerana kata pengasuhnya dia memberi arwah makan nasi...namun hasil post mortem menunjukkan sepanjang pagi itu arwah tidak makan apa2 kecuali air masak...

Panjang ceritanya berkenaan dengan arwah...aku akan masukkan gambar arwah sekiranya mendapat keizinan daripada tuan rumah blog arwah....tapi apa yang dapat aku katakan...arwah meninggal disebabkan pengasuh arwah yang mereng...banyak bukti menunjukkan begitu...

Buat pengasuhnya yang mereng...janganlah berselindung lagi..segalanya pasti akan akan terbongkar jugak suatu hari nanti kerana hasil post mortem arwah bukan meninggal disebabkan jangkitan kuman seperti mana tercatat di dalam sijil kematian arwah tapi disebabkan kesan hentakan yang kuat...dan kesan hentakan itu masih baru...

Ibu arwah..sehingga kini masih mengunjungi pusara arwah setiap pagi...sampaikan penjaga kubur menyediakan kerusi di sebelah pusara arwah...aku tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kalau aku yang berada di tempat arwah....

3 comments:

Unknown said...

saya pernah baca kisah memori zulaikha yg menyayat hati tu. malangnya, hari ni dah tak boleh masuk ke blog tersebut. Cuma tertanya2 latest updates ttg kisah tersebut. Kiranya ada cara nak contact penulis "memori zulaikha", harap dapat e-mail ke saya a_maisara@yahoo.com.. TQ

Unknown said...

saya pernah baca gak kisah memori zulaikha ni...memang sedih sangat...menitik jugak la air mata...tapi skang saya dah takleh nk baca coz blog tu dibuka untuk jemputan sahaja...kiranya boleh kalau awak dapat contact pemilik blog tu untuk menjemput saya jugak...tak sabar utk tau kesudahan citer ni...

Anonymous said...

saaya pun dah tak leh masuk blog tue... plz email kat saya macam mana nak masuk blog tue. norhayatijahya@dbkl.gov.my