Friday, July 10, 2009

AKU ADA KAMU - LILY HASLINA NASIR


Buku ni aku pegang letak, pegang lagi..letak lagi..10 kali pergi MPH pegang buku yang sama..then suatu hari aku pergi dengan sepupu..dia kata dia rasa buku ni best..kalau dia kata best tu..beli la..tak rugi kot...akhirnya...AKU ADA KAMU..sah jadi milik aku...cayalah...memang best...lawak ada..sedih ada..romantik ada..bak kata ..cukup lengkap la...

kad depan buku ni tulis.."Walau yang datang ramai beribu, hatinya lekat pada yang satu"

Citer ni mula2 baca dia ceritakan tentang Sofi Aidura atau Dura yang menjadi kegilaan kat kampus dan kat mana2 saja..student lagi..duduk menyewa dengan Suraya dan Nora..naik myvi hitam..gitu ler..ramai betul yang nak dekat dia ni..sampaikan orang blok rumah dia tu asyik kata dia kupu-kupu malam ..sampai dah bagi amaran la.. Dura ni berkawan dengan Hisham..macam masing2 dah suka la..dia suka kat hisham..hisham pun cinta kat dia...yang mamat-mamat lain tu utk kepentingan dia je la..

Dalam senyap-senyap tu ada la pulak mamat yang dia anggap kawan biasa masuk meminang..mau tak terkejut maknya..sib baik tak jadi...mamat tu tak cukup jantan..hahahah..pastu hisham ni kena denggi...lepas je sihat dari denggi ni terus nk kawin...tapi Dura ni ada saka..macam-macam la nak citer ..tapi percayalah...buku ni besttt...dalam ni jugak ada watak sheila, kawan sekerja hisham..gediksss nak mamposssss..menci aku...dia panggil Dura tu budak sekolah...boleh macam tu..

Paling jahat..dia hadiahkan tanah kubur pastu ntah apa2 lagi masa majlis hisham and Dura kat sungai buloh...tapi baiknya hati hisham ni dia pergi buat artwork plak kat benda alah tu..orang seni la katakan...

Paling best..dan kelakar la aku rasa..masa lepas kawin..hisham n dura nak pergi ambik barang kat umah sewa dura..tapi dia tak bagi hisham masuk..sedangkan hisham tu suami dia..then time tu jugak la pakcik2 blok tu pergi cekup diorang...sib baik ada bukti dah kawin..lagi satu paling best..Kkapten Khairul siap tepon mak dura nak hantar rombomgan sedangkan time tu dura dah nak nikah dah tu...lawak2...

Macam-macam la jadi kat perkhawinan diaorang tapi disebabkan pegangan agama dan cinta yang kuat..akhirnya bahagia menjadi milik diaorang...tapi yang tak sangka tu...Kapten Khairul tu dok kejar Suraya sbb nak cari Aidura. Last2 diorang pulak yg kawin...lawak22

------> baca la korang...tak rugi...memang best..kalau aku baca buku ni aku teringat kat Siti Mariam..kawan aku..pergi UMS Labuan nak menuntut ilmu..last2 kawin dengan pensyarah sendiri time tgh belajar tu..sekarang tengah menunggu kelahiran anak kedua dan dah berpindah balik ke semenanjung...husband dia nk buat PhD..lepas ni jadi "Aina anak Dr.Azri" la yer..dia kata patutnya pi UK tapi sebab tak boleh balik kg selalu..buat kat UKM pun okey..

sinopsis belakang buku:

Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yg ini, ambil yang itu, tidak suka yang itu, tukar yg lain. Namun di sudut hati, Hisyam seorg sahaja pujaan hati. Tika inai masih merah di jari, pasangan ini mula diduga. Gara-gara Sheila yg mencintai Hisham dan tergila-gila. Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yg pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja. Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.


RM23.00
646 mukasurat

2 comments:

amnas said...

SALAM..

Imagine ya...dalam sibuk2 MTCP dah bermula pagi ni, sempat lagik akak buka blog ni tak kira walau cara camna sekali pun...(macam dah jadi kewajipan lak..pepgi mesti nk masuk umah ni dulu...)

watak dan nama sofi aidura tu mcm pernah jumpa...lama dahulu...nnti akak ingat balik...rasa2 cam ditulis kat novel remaja suatu tika dahulu..sbb masa akak sekolah menengah, nama tu jadi igauan akak, nama lain yg jd best fren dia, Arianna...

teringat dulu...awk selalu citer psl novel baru, secara tak langsung akak turut tau cerita baru...skrg, takde sapa nak citerkan novel baru kat akak lg dah...tunggu kakak aina pandai baca, lps tu suruh dia citer blk kat ibu dia...hahahahah! (pemalas punya ibu niiiii...ekekekekek!)

tuan rumah said...

tu la...aktiviti kita dulu dah terbantut..dulu hari2 ct ke library..buat keja sekolah..sembang2..makan2...sekarang...rinduuu sangat saat2 itu...