Tuesday, February 24, 2009

AKU YANG MAHA SIBUK...

Lama sungguh aku tak update ..tak sempat rasanya nak bukak blog sendiri...assignment makin banyak dan untuk kelas minggu ni aku ada 3 test dan 1 presentation....presentation aku bertajuk..."ROYALE NASI LEMAK"...aku dah bagi tajuk macam2 dekat Prof...semua jawapan dia...THINK HARDER....aku dah sakit otak dah...last2 aku pilih tajuk ni sebab nasi lemak royale dah jadi makan peberet aku dah...dan mangsa yang tolong dapatkan maklumat untuk aku pasal nasi lemak royale ni...sapa lagi kalau bukan kak bib...sian kak bib...

Bab baju plak...AKU ISYTIHARKAN YANG TEMPAHAN JAHITAN MANIK TERPAKSA DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU SEHINGGA 10 APRIL 2009...TAPI KALAU BAJU TERSEBUT HENDAK DIPAKAI SELEPAS BULAN MEI...ANDA BOLEH MENGHANTARNYA..sekarang baju yang masih dalam tindakan aku ..baju Kak Az..dah siap sebelah...sebelah lagi belum...masa tak mengizinkan aku untuk menyiapkan aku...

Thursday, February 5, 2009

CATATAN SEPANJANG AKU BERCUTI

25-26 JANUARI 2009 (AHAD & ISNIN)

- Sepanjang hari aku menghabiskan waktu membaca Sonata Kasihku, Kasih Antara Kita, dan Tanah Adriyana. Bosan je aku main game…Supercow..boring tak yah cerita la..teramat-amat boring… then aku selesaikan juga keja sekolah yang kena hantar … tarikh tutp 24 tapi aku hantar 26…boleh cenggitu…boleh je kan…

27 JANUARI 2009 (SELASA)

- Pukul 9.00 pagi aku ke office menyiapkan “keja urgent” tu… paginya aku sms bos..tanya jadi ke tak kena datang office…bos cakap dia dh kat office…so ..aku datang office then KPP aku sampai..kami sama-sama menyiapkan apa2 maklumat yang diperlukan…KPP mention big bos datang lambat sikit…pukul 10.30.. aku dh gelabah dah sebab aku ingat nak balik kampung hari tu…sambil2 big bos check keja aku..aku search internet nk beli tiket…tapi tak boleh plak…then bos offer nak hantar aku sampai Jalan Duta..Alhamdulillah…

- Pukul 3.00 petang semua maklumat yang diperlukan siap then aku balik rumah untuk get ready balik kampung…pukul 4.15 petang dah janji ngan bos and wife dia jemput aku kat umah…kebetulan aku dapat tiket ngam2 pukul 5 petang..bas Jelita…dari Jalan Duta..bas balik ke Pudu..kat sana aku kena tukar bas lagi sekali…aduss…dugaan sungguh…tapi aku ok lagi coz dapat balik kampung…aku sampai kampung pukul 11.30 malam….

28 JANUARI 2009 (RABU)

- Pagi ni jaga-jaga ja dari tidur aku dah kat kampung…bestnya…sejuknya suasana di kampung. Kak Bib mention yang pagi ni nak pergi mandi air terjun di Puncak Janing..bawak anak-anak Kak Mah and Ain.
- Pergi Puncak Janing…besttttt…semua bekalan makanan habis…
- Balik rumah dan penat..apa lagik…buat taik mata la…

29 JANUARI 2009 (KHAMIS)

- Seawal 4.30 pagi…aku..ayah..Kak Mah and Kak Bib dah ke Pasar Borong ..nak beli bahan-bahan nak buat BBQ malamnya..kebetulan hari ni birthday Kak Bib..dan juga nak celebrate birthday Mustaqim…
- Aku call abang untuk balik umah …mention lunch and malamnya ada BBQ (sebenarnya aku minta abang bawa balik ikan haruan..peberet tu)..
- Acara BBQ kali ni best sangat…semua happy…

30 JANUARI 2009 (JUMAAT)

- Hari ni tak ada apa-apa aktivit kat umah…just sesi lepak2 je…
- Petang aku ke rumah Kak Mah hantar Kak Long balik..singgah kedai yang dekat ngan umah Kak Mah..orang tu konpius..antara aku dan Kak Mah…dia kata..dia rasa Kak Mah dah masuk kedai..ni sapa pulak..aku tanya la..tak dak beza ka kami dua…dia kata sekali tgk sama..dua kali tengok berbeza…aku putih dari Kak Mah…jangan jeles yer Kak Mah….
- Malamnya..Mak Nah SMS..yang perjalanan kami ke Bandung & Jakarta mungkin tak jadi..sebabnya tarikh tu dia terikat dengan sesuatu yang penting…aku tak kisah sangat…kalau Mak Nah pergi aku pergi…kalau dia tak pergi..aku pun malas nak pergi….

31 JANUARI 2009 (SABTU)

- Hari ni aku..mak dan ayah hantar Kak Bib ke Hospital…sebabnya aku nak guna kereta..nak gi beli tiket bas balik KL
- Kami singgah di rumah abang…tapi sekejap je…pastu teruskan ke rumah Pak Ndak..tengok Mat Ariff yang xcident…kaki dia berjahit…
- Kebetulan kat umah Pak Ndak ada Mak Sue dan Mak Tam..kami tgk2 album lama…ada gambar arwah Tok..arwah Mak Chaq and arwah Pak Chik…sedih sangat masa tu tapi aku control lagi air mata…sambil tu tgk jugak gambar mak & ayah dulu2…mak cantik sgt dulu2…ayah handsome lagi sekarang…dulu kurus sangat..misai pun lebat masa muda2…
- Malamnya masa ambik Kak Bib…aku dah plan nak beli Nasi Lemak Royale yang maha sedap tu…MEMANG SEDAP…sampai sekarang aku terbayang2 nasi lemak royale…

1 FEBRUARI 2009

- Hari ni juga..aku..mak..ayah..Kak Bib..Ain..& Mak Ngah Mah (jiran umah)…dah mendaftar untuk menunaikan haji…happy sangat sebab dah lama tertangguh…tapiiiii…tarikh yang kami terima adalah pada TAHUN 2024…mak aiiii..lamanya lagi…tapi pegawai Tabung Haji mention yang kalau duit dah penuh..nanti dia akan panggil jugak…dan untuk warga emas ada kuota nya ….tak per..nanti aku akan buat rayuan untuk mak & ayah…termasuk juga untuk aku yang akan sama-sama pergi dengan mak & ayah…InsyaAllah…semoga segalanya berjalan lancar….
- Hari ni aku berjalan2 ke rumah saudara mara..pergi umah Mak Sue (dulu umah arwah tok)…umah Mak Tam…umah Mak Tih…umah Pak Wa ja aku tak sempat nak pergi…saja berjalan2
2 FEBRUARI 2009

- Hari yang paling tak best…sebabnya malam ni aku nak balikkkkkkkk KL dah…
- Hari ni jugak mak sibuk masak gulai nangka…dan jugak buat bubur asyura…kesian mak..tapi sebab anak2 nak makan…dia buatkan jugak…
- Hari ni jugak aku menyudahkan menjahit baju untuk Kak Dila..harap2 semuanya okey…

Wednesday, February 4, 2009

HASIL KERJA TANGANKU - MANIK








Ni hasil kerja aku...baju Kak Dila..baju Kak Sam dan baju Kak Yan (PA Tan Sri)...hopefully ok la baju2 tu semua...semua tu tak der nama..buat apa yang terlintas di otak sahaja...cuma baju Kak Yan tu idea Cikgu Maznah...dia yang bagi idea buat macam tu...Baju Kak Dila, materialnya teramatlah lembut dan nipis bangat...kena berhati2 semasa menjahit..nak tarik benang sangat2 pun tak boleh...cuma satu je pesanan..baju begini kena basuh dengan berhati2....