Monday, January 26, 2009

SONATA KASIHKU--SITI HAZNEZA ABDUL HAMID


Salju Kasihmu Merantai Hatiku

Aku ibarat kuda yang patah kakinya…berlari dalam kesakitan sambil ditemani rintih-rintih hujan…demi meraih sebuah kemenangan cintamu. Namun kemenangan itu nyata bukan milikku bilamana Allah yakinkan aku yang engkau bukanlah diciptakan untukku. Tapi…izinkan aku terus mendoakanmu Yun, mendoakan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat. Karena dengan itu roh kita akan saling mengenali. Di sebalik sonata kasihku…aku cuba mencari kebahagiaan diri bersama Adam. Seorang suami yang sanggup ‘dimadu’ oleh isterinya. Bilamana aku gelisah ingatkan Yun, keutuhan mahligai kasihku bersama Adam mula goyah. Goyah dilanda badai tatkala cemburu merantai hati. Namun demi kasih yang mula berputik…akan kubajai sehingga ia mekar mewangi.
******************************************************************************

Buku ni aku beli semasa dalam perjalanan balik dari CH..beli di R&R Tapah...kalau buku tulisan Siti Hazneza Abdul Hamid..memang aku tak akan berfikir dua kali untuk membelinya...masih lagi berkisar tentang keakraban sebuah persahabatan...begitulah juga dalam Sonata Kasihku...kali ini...persahabatan antara Hawa..Yun..& Haikal...dan Adam perlu bermadu dengan sahabat2 Hawa...tak tau macam mana peru aku gambarkan cerita ini tapi yang pasti..dalam masa 2 hari aku dapat mengulang buku ini tanpa meninggalkan walau sepatahpun perkataannya...yang aku suka..tempoh yang diambil adam untuk mengahwini hawa hanya selama 1 bulan sahaja..dan haikal lah orang tengahnya...syarat yang agak payah bagi aku ialah..lelaki yang ingin mengahwininya perlulah menerima Haikal dan juga Yun..Yun yang tidak pernah ditemui Hawa...hanya sekadar berutus surat dan email sahaja...dan Yun lah yang membentuk Hawa...segala pasal Yun hawa ketahui dan antara Yun dan Hawa...wujud hubungan roh antara mereka...kalau Hawa sakit Yun akan juga merasa kesakitan...kalau Hawa gelisah..Yun juga akan sama gelisah...dan ada part2 tertentu dalam buku ni yang aku suka (mestilah part Hawa dan Adam)..hehehehe..Adam juga seorang lelaki yang berjiwa romantik...meskipun pernah kecewa disaat2 dia akan diijabkabulkan dengan Syafawati... membawa Hawa mendaki Gunung Kinabalu sebagai hadiah bulan madunya dengan harapan dari situ dia akan lebih mengenali peribadi Hawa yang dikahwininya selepas sebulan bertunang..(meskipun sebelum ni dah tahu pasal Hawa dari Haikal dan pernah juga mengkritik Hawa)...dalam dapat menerima Yun dalam diri Hawa..Adam masih tidak dapat mengikis rasa cemburu seorang suami terhadap Yun...meskipun nama Yun hanya 3 kali disebut sepanjang tempoh perkenalan meraka...Hawa sedikitpun tidak pernah menunjukkan rasa cemburunya bila Adam bercerita mengenai Syafawati..kata Hawa yang paling aku suka..."Semuanya untuk kebaikan. Jika tak, Hawa tak mungkin kan bertemu dengan abang"....buku ni berakhir dengan penuh kemanisan...jadi jangan lupa untuk membelinya...

RETREAT DI CAMERON HIGHLANDS

Sepanjang minggu lepas bermula dari 19 Januari 2009 aku dan sahabat dipejabat telah sibuk dengan persiapan terakhir sebelum kami berlepas ke Cameron Highlands..(cewahh..berlepas tu..macam la kena naik kapal terbang)...aku yang ditugaskan bersama-sama dengan PP aku untuk menyelaraskan SKT Seksyen (pencapaian 2008 & perancangan 2009)...semua maklumat tu perlu di selaraskan dan akan dibinding untuk dibawa ke CH..walaubagaimanapun sehingga ke petang masih ada seksyen yang belum mengemukakan maklumat yang diperlukan..petang tu aku balik tak lambat sgt sebab aku berpuasa...

20/1/2009...seawal pagi nya di pejabat aku dah buka email..manalah tahu ada seksyen yang emailkan maklumat yang diperlukan...tapi hampes...pukul 9.30...mama fariz mention yang bos nak jumpa semua secretariat untuk retreat (nak tgk progress)...setakat 9.30 pagi masih ada 5 seksyen yang belum mengmukakan input...aduss..pening aku...bos mention tak bolh xerox kalau tak complete semua...lagilah aku pening...dah la malam tu adik aku kena balik ke kampung..(yolah..aku kan dah nk berlepas ke CH..dia nak duduk ngan sapa)...sampai ke petang masih ada seksyen yang belum bagi dan aku assume..aku takkan dapat maklumat tu sampai la ke hari nk pergi...memang betul..sampai ke malam tak dapat2...aku balik kerumah jam 8.20 malam..terus suruh puteri bongsu tunggu aku kat bawah..nak terus hantar dia ke kajang..sebelum tu nak bagi dia makan malam dulu..takkan nak balik kampung tak makan apa2...sampai di setesen kajang kami makan di Fakhru Cafe-24 hours.. makanannya maha de hampesssss..tak sedap langsung...kalah food court kat P16..bas puteri bongsu lambat plak sampai...then nak jadikan cerita basnya rosak...aku maha risau sebab tu first time lepaskan puteri bonsgu balik sendiri...kalau aku tahu nak jadi macam tu..aku akan ambik air asia untuk dia...balik dh malam..aku terus packing barang untuk dibawa ke CH...pukul 12 malam PB call mention dia dh naik bas ganti kat pudu...bas KONSORTIUM...lagilah aku tak lena tidur...

21/1/2009..pagi2 lagi aku pergi opis cari amir untuk xerox maklumat yang nak dibawa meskipun masih ada seksyen yang belum bagi..termasuk la seksyen aku....bermacam-macam dugaan masa print tu...hanya kesabaran sahaja yang dapat mengatasinya...dan akhirnya kami bertolak ke CH jam 5.00 petang dengan 2 X-Trail yng sarat dengan barang-barang yang nak digunakan untuk retreat...aku dengan kak ida terpisah..masing2 naik 1 X-Trail...aku dengan Sopi..kak ida dengan abang Sobri...sepanjng perjalanan.hujan turun dengan lebatnya dan kami mendaki CH dalam kegelapan malam..dan Alhamdulillah ..kami sampai di Equtorial Hotel jam 9.00 malam...lepas check-in..kami makan dan perbincangan dengan hotel kami putuskan untuk adakan esok paginya...masa tu barang2 masih lagi penuh dalam x-trail..

22 hingga hari terakhir...penuh dengan kepenatan...meskipun aku hanya sekadar sekretariat...tapi letihnya sukar untuk digambarkan...tapi yang bestnya...semua sekretariat (PP's n KPP)....memang best bangat la...semua turun seawal pagi dan ttp bilik sekretariat pun sekali..masing2 ada tugas tersendiri...tapi jangan marah..kalau nampak aku khusyuk tu..bukannya aku buat keja tapi aku main Supercow..hahhahaa...sampai Encik Naza tanya aku..kenapa aku khusyuk sangat...hehhehe...

Dan dalam keseronokkan..ada juga kesedihannya...AKU TAK DAPAT BALIK KAMPUNG...sedih..memang sedih...ada pekara yang perlu diselesaikan dan urgent... kesedihan aku pendamkan di dalam hati..sampaikan masa ayah aku call...aku cuba untuk menahan agar aku tidak menangis meskipun selepas tu air mata aku menitis tanpa henti...yang pasti..aku akan tetap balik ke kampung bila perkara yang kami perlu sediakan pada hari selasa (27.1.2009) disiapkan..aku tetap meneruskan cuti yang telah aku rancangkan....dan akan kembali ke pejabat pada 3.2.2009...

....tak ader gambar yang boleh aku uplodekan sebab aku tak ambik gambor langsung kat sana...almaklumla..aku nampak aku burukksss dalam gambar...so sekarang memang aku tak berminat untuk bergambar...

SEMESTER TELAH BERMULA

Pada 18 Januari 2009, semester baru telah bermula..semester ke-6 bagi aku dan kawan...semester kali ini agak memenatkan kerana aku mengambil 4 subjek dan salah satunya diajar oleh lecturer dari Afrika...aduhh..susah banget sehh untuk aku memahami apa yang dia katakan...maklumlah..aku sendiri pun bukannya pandai pun berbahasa ingeris....tak bestnya kali ni...kelas tak sama ngan kak az...hopefully..next seminar..kelas akan sama balik ngan kak az...aku and aida masih lagi sekelas....kalu ni kami ambik subjek semester 8...kalau ikutkan jadual aku masih ada 2 semester untuk tamatkan pengajian...tapi ...aku rasa tak cukup 2 semester tu..mungkin lajak sampai 3 semester lagi...

Semester kali ini aku mulakan dengan penuh semangat tetapi bebanan kerja yang terlalu banyak juga menghadkan aku untuk membuka buku awal2...memang permulaan tahun ini amat kelam kabut bagi aku...dengan pertukaran tampok kepimpinan di seksyen...waduhhh...

18 Januri 2009, seawal 7.00 pagi aku telah bertolak ke Shah Alam...terus ke Intekma Resort untuk mengambil modul di dwelling 6 (kalau tak salah aku la)....tapi aku lupa untuk membawa list subjek yang telah didaftarkan..tapi nasib baik pegawai yang menjaga modul membenarkan aku untuk ekses internet dari tempat dia untuk aku print out list....tima kasih buat pegawai modul...dalam perjalanan ke kelas ...aida dah call aku tapi aku tak angkat coz aku mmg tak pandai angkat tepon kalau tgh drive...then bila aku sampai ...aida dh tunggu dah..

Semester kali ni...aku bertemu kembali dengan Cik Asiyah bagi subjek KM...dah 3 semester berturut-turut aku dengan dia...mula dengan Malaysian Economy...then..Public Finance dan this sem. untuk subjek Knowledge Management... setakat ni aku tak pernah mendapat A untuk paper Cik Asiyah...setakat B+ sahaja... hopefully...kali ini aku akan dapat A untuk paper KM...tapi camna nk dapat ni...soklan tutorial dia aku belum jawab lagi...

Friday, January 16, 2009

SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD MUSTAQIM

Hari ni birthday Mustaqim...aku masih belum belikan apa2 hadiah untuknya...mungkin beli kek je kot masa balik kampung nanti..biar lambat ... asalkan aku dapat berlaku adil kepada semua anak-anak buah aku yang seramai 8 orang...sikitnya...tapi bila semua dah balik...waduhhhh...bisa pening kepala....

Buat Musataqim...Mak Njang doakan agar abang dapat menjadi anak yang soleh...pintar dalam pelajaran...dan beroleh kejayaan di dalam kehidupan....

Wednesday, January 7, 2009

PENGUBAT KEKECEWAAN



Inilah pengubat kekecewaan aku yang teramat sangat dengan RHB Bank Berhad...secara spesifiknya RHB Bank Berhad Cawangan Dungun...luka hati aku kerana RHB Bank masih belum terubat kerana aku tidak diupdate status mengenai kes aku...sesekali terasa hendak membawa perkara ini ke pihak atasan...tindakan yang diambil belum memuaskan hati aku...

So...inilah dia yang aku kira pengubat aku...parcel yang sampai pada aku 30 Disember 2008 dan jugak "mata hati" baru yang aku buat pada 4 Januari 2009...dan aku jugak telah mendapat kembali "Kasih Yang Suci"...thankss kepada pengirimnya..."dia" memang suka surprise kan aku...hehehe...tertunggu2 jugak untuk bulan 9 nanti samada aku akan dapat surprise bunga daripada "dia"...tapi kalau masih guna kedai yang sama tentu aku tau si "dia" yang menghantarnya...

Monday, January 5, 2009

MANIK LAGI....





Baju Kak Ina Bangi...hofefully kak ina dapat terima baju ni...aku ni idea tak banyak...kalau "cik penasihat" ada kat umah...cepat la baju siap sebab dia akan bagi idea macam mana nk buat n pemilihan manik ... kalau tak ada dia...aku tidur baring la memikirkan idea... ada 3 baju lagi yang masih dalam pembikinan...agak terbantut nak mejahit sebab manik kat tempat biasa tu tak sesuai dengan baju...so aku kena ke KL minggu ni utk beli manik yang bersesuain dengan baju yang bakal aku jahit...InsyaAllah.."cik penasihat" dah bagi idea...tunggu dia lukis then aku akan jahit non stop sampai siap...kalau boleh sebelum aku ke retreat ni...

Kepada sesiapa yang pernah menempah jahitan manik pada aku...aku memohon ribuan kemaafan andainya hasil jahitan tidak memuaskan hati...dan harap dapat maklumkan kepada aku ketidakpuasan hati agar aku dapat memperbaiki kelemahan diri...

SELAMAT TAHUN BARU 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009 BUAT SEMUA....