Thursday, January 31, 2013

IKBNJ 2/2013 (MEMORI TEAM BUILDING)

Tarikh 6/12/2013-8/12/2013, IKBNJ telah menganjurkan kursus team building bagi mengeratkan kerjasama antara kami. Kursus ini telah lama diminta tetapi disebabkan kekangan kewangan, maka aku hold hinggalah pada pada bulan november 2012, bila tgk akaun, duit masih cukup utk diadakan kursus team building. Aku cuba hubungi multiglobalways, syarikat konsultan yg pernag epu ambiik sebelum ni tapi taiad respond. So, aku hubungan IKBNKL utk dapatkan konsultan yg pernah mereka lantik utk kursus yang sama.

Cadangan kursus ini hanyalah utk diadakan di sekitar Kedah tapi aku perlu berterima kasih kepada en fauzi yang mencadangkan Banding Lakeside Inn. Sangat berbaloi dan sangat happening. Ada yang tak bertegur sapa telah bercakap, ada yg tak pernah senyum pun dh ada tindakbalas. Alhamdulillah, objektif kursus telah tercapai meskipun ada desas desus dari yang tidak berpuashati. Pada aku, aku rasa sangat puas sebab dh berjaya utk handle kursus ini tanpa dibantu sepenuhnya. Dan utk itu, sekali lagi aku teringat dengan bos AHAR, bos maisarah, bos hjh akmalhayati yang merupakan org2 kuat dalam mengendalikan kursus dan banyak memberi bantuan serta tunjuk ajar pada aku.

Nak kongsi gambar sangat malu sebab badan aku bagai di pam2...sejak balik berkhidmat disini, berat naik sebanyak 14kg. Alahai, semuanya kembang... betullah...kalau kita gemuk, selfconfident kita sgt rendah...bergambar tak nak..semuanya tak nak...tapi now, aku dh kembali insaf sekali lagi...bermula 23/12/2013 aku telah mula tanamkan azam utk menurunkan berat badan dan sehingga 27/1/2013 aku dh berjaya turunkan sebanyak 7 kg. Sangat menyeksakan bagi aku yang tak pernah meninggalkan langsung nasi (dok kedah aku makan nasi 3 kali sehari..sangat dahsyat)...usaha gigih masih aku teruskan. Menahan diri dari segala godaan (nasi lemak royal, nasi jagung changloon, nasi ayam highway, dan segala macam nasi la.)
gambar-gambar menyelit boleh la masukkan..hehehe

ni atas bot..nak round tasik banding tgk rafflesia

Monday, January 28, 2013

IKBNJ 1/2013

Hari ni banyak kerja sebenarnya tapi rasa nak catatkan sesuatu 'disini'...tentang keletah anak2 buah saya yang sedang saya perhatikan dari dalam bilik...pintu mmg sentiasa terbuka, blind juga sentiasa saya buka kecuali time rehat sahaja..time tu kena tutup sebab saya nak buat taik mata...

Anak2 buah saya tgh kecoh2 di mesin potostat..ntah apa lah yang digaduhkan. Malas saya nak campur..situasi biasa pada saya.Di kalangan mereka, ada yang tidak bercakap disebabkan ketidakpuasan hati terhadap tugas. Terfikir saya, adakah aku yang salah mengatur tugas? atau aku bukan seorang ketua yang baik?

Saya akur, bukan senang utk menjadi seorang ketua yang amat disenangi, susah utk membuat mereka menerima kita. Saya tak boleh nak jadi macam bos mereka sebelum ni. Saya tetap saya. Bila jadi situasi begitu, saya amat-amat merindui suasana kerja saya sebelum ni. Kami bagaikan satu keluarga, tak pernah bergaduh, gurau2 manja tu ada la. Sukar untuk mencari suasana begitu.

Jujurnya, sejujur-jujur dari hati nan ikhlas, saya inginkan suasana dulu2...suasana di EPU. Meski kerja terlampau banyak tapi situasi disitu sukar saya cari.


i miss u all so much!!!!!!!

rindu u all
keluarga unit perkhidmatan yang amat saya sayang

Sunday, January 27, 2013

PENGORBANAN SEORANG AYAH


Gambar dari berita harian .."pak cik osman"

TENGAHARI TADI, TIME LUNCH..AIR MATA AKU MENITIS MELIHAT SEORANG AYAH MENGAYUH BASIKAL MEMBAWA ANAKNYA PULANG DARI SEKOLAH....DI TENGAH-TENGAH PANAS YANG TERIK, SEDIKIT PUN TIADA RIAK PENAT DI WAJAH AYAH TERSEBUT, AKU FOLLOW DENGAN KERETA DARI BELAKANG, AIR MATA MENITIS..YA ALLAH...BESARNYA PENGORBANAN SEORANG AYAH....



MENGAPA LAMBAT BERTEMU JODOH

Hari ni masa dok google maklumat terjumpa dengan artikel ni dalam blog (admya.blogspot)..saya copy je apa yg ada dlm blog admya..Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Terasa nak tampal dekat blog supaya boleh dibaca...

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

1. Usaha Belum Sempurna

“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?

Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.


2. Belum Benar-benar Bersedia

“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.


3. Tiada Daya Penarik

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.


4. Doa Tidak Makbul

“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.


5. Restu Ibu Bapa Belum Total

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.


6. Faktor Metafizikal

“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”


Dan memang benar, inilah yang saya dengar dari Dato' Dr. sendiri masa saya masih di pejabat lama...kebetulan, hari ini saya juga memakai baju yang sama masa Dato' Dr. menyampaikan ceramah motivasi beliau. Katanya pada saya (masa time makan)..tanya pada hati adakah kita benar2 ikhlas utk berumahtangga..tanya pada mak ayah...redha tak kalau kita nak berumahtangga? Itu persoalannya pada saya.

Jujurnya, saya belum benar-benar ikhlas, belum benar-benar bersedia meskipun usia semakin menginjak. Saya takut derita itu lebih banyak dari bahagia. Persekitaran saya banyak yang menampakkan ketidakbahagian. Bukannya tidak teringin melihat teman-teman bahagia disamping suami dan anak2, bukan tiada keinginan tapi masa dn detik itu belum lagi buat saya.








RENUNGAN

“Kadang² Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”

“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.

Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..

Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”

Monday, January 14, 2013

RAYUAN HAJI

TAHUN INI SEKALI LAGI RAYUAN UNTUK MENUNAIKAN HAJI AKU PANJANGKAN KE TABUNG HAJI. ENTAH DILIHAT ENTAHKAN TIDAK TAPI MENCUBA ITU PASTI AKU LAKSANAKAN. RAYUAN KALI INI BUKAN DARI AYAH TERCINTA TAPI DARI AKU SEBAGAI SEORANG ANAK YANG SENTIASA MENDENGAR RINTIHAN AYAH YANG SERING MEMIKIRKAN ENTAH SEMPAT ATAU TIDAK UNTUK MENJEJAK KAKI KE TANAH SUCI.

AKU MINTA SUPAYA AYAH DAPATKAN LAPORAN DARI DOKTOR PAKAR YANG DIA JUMPA SETIAP BULAN TAPI AYAH KATA KALAU MASIH BELUM REZEKI, ATTACHLAH BERAPA BANYAK LAPORAN TETAP TIDAK AKAN MENJADI REZEKI TAPI AKU KATAKAN PADA AYAH, USAHA ITU PERLU.

KUDRAT KEDUA AYAH DAN MAK TIDAK SEGAGAH DULU LAGI, MAKLUMLAH USIA MAKIN MENINGKAT TAPI MENGIKUT TABUNG HAJI USIA 75 TAHUN BARU DIKIRA WARGA EMAS. WAKTU UMUR ITU, ENTAHKAN KUDRAT YANG BAGAIMANA.

SEBAGAI SEORANG ANAK YANG  INGIN MEMENUHI SETIAP IMPIAN AYAH DAN MAK, AKAN SENTIASA BERDOA SUPAYA KESIHATAN KEDUANYA BAIK SEHINGGALAH KEDUANYA DAPAT MENJEJAKKAN KAKI KE TANAH SUCI BAGI MENUNAIKAN RUKUN ISLAM YANG KE-4.

SETIAP TAHUN AKU MENGAJAK KEDUANYA UNTUK MENUNAIKAN UMRAH SEKIRANYA JEMPUTAN BAGI MENUNAIKAN HAJI MASIH BELUM DITERIMA, TAPI KEDUANYA TELAH MENUNAIKAN UMRAH, JADI SIMPANAN YANG ADA HENDAK DIGUNAKAN BAGI MENUNAIKAN HAJI. ITU IMPIAN KEDUANYA. ANDAI IMPIAN KEDUANYA TIDAK TERCAPAI, ALANGKAH HANCURNYA HATI DAN PERASAAN AKU SEBAGAI SEORANG ANAK..

YA ALLAH, KAU BUKAKANLAH PINTU REZEKIMU UNTUK MENERIMA KAMI SEBAGAI TETAMUMU YA ALLAH....

TENSION AKU DENGAN ORANG YANG TAK FAHAM2 BAHASA

Geram dengan sorang staf kat yang tak faham-faham bahasa dan arahan yang diberikan walau berkali-kali.

Semua orang ditanya benda yang sama dan orang-orang yang ditanya itu merujuk kepada aku. Alahai..teruk sangat ke arahan yang aku bagi. Print semula dan bagi Timbalan minit...susah sangat ke arahan tu atau aku kena cakap bahasa urdu baru nak faham. Dan dia pun dah tau kata bos Z nak clearkan biliknya minggu lepas, yang pi dok gatai letak surat tu apahal..mmg meja bos Z dah kosong, dan mana la aku tau apa bos Z minit kat situ. Ingat aku boleh tau semua apa yang bos Z tulis ka..mengong aih....

Aku dalam mood geram pada si kematu (gelaran yang diberikan oleh warga IKBNJ pada dia).

Thursday, January 10, 2013

TENTANG BOS

Terlalu banyak yang ingin dicatatkan dalam blog sampai terkedu langsung tiada idea utk menulis. Tapi terasa nak coretkan sesuatu tentang bos Z.

Lagi 2 hari bos Z akan meninggalkan kami. Terasa kelainannya kerana bos Z datang dari federal, yang pemikirannya sangat luas, boleh masuk dengan jiwa aku yang telah dididik asalnya dari federal. Style penulisan sama seperti bos AHAR. Bos Z seorang yg sangat open, senang utk berbincang compare dengan bos lama sebelum bos Z dtg. Bos Z bercakap sangat perlahan seperti berbisik tapi seorang yg sangat teliti. Bos Z pernah bercakap, "u punya minit dan u punya surat saya tak bimbang, tak perlu saya semak banyak kali sebab u ada gaya menulis". Tipu kalau aku cakap tak kembang bila diberi pujian, tapi aku perlu berterima kasih kepada bos AHAR, bos datin, dan bos A yang banyak mengajar aku selama ini semasa masih di epu.

Dalam banyak-banyak no hp pegawai di sini, bos Z hanya ingat no aku sahaja. Setiap pesanan kepada TP akan dibuat melalui aku padahal hakikatnya dia boleh sampaikan sendiri. Bos Z akan call tanpa mengira masa tambahan kalau ada majlis pada hari tersebut. Seawal subuh pagi dia akan call utk memastikan semuanya berjalan lancar. Sekali lagi gaya ini mengingatkan aku kepada bos AHAR yang inginkan semunya perfect.

Masa di pejabat lama, bilik aku bersebelahan dengan bilik bos Z yang hanya dipisahkan oleh cermin dan diletakkan blind. Bos Z akan buka blind dan boleh nampak apa yang aku buat dalam bilik. Selalu di komen, "semak betul bilik anak dara sorang ni". Bila pindah pejabat baru, bilik aku tetap bersebelahan dengan bilik bos Z tetapi kali ini mmg bos Z takkan boleh nampak aku disebelah. Jadinya dia suruh renovate utk dipasangkan cermin bagi membolehkan dia nampak aku disebelah. Alasannya, takut aku lena dalam bilik. Tapi tak buat pun. Di pejabat baru, aku masih belum sempat mengemas disebabkan sibuk dengan proses perolehan dan penutupan akaun akhir tahun. Bos Z selalu masuk dan awal2 aku dh cakap, "bos, saya tak sempat kemas bilik tapi kalau bos nak tolong kemas, saya tak kunci pintu". Jahat tak aku. Jawapan bos Z pulak, dia masuk bilik aku yang berselerak ni utk dapat ilham.

Minggu terakhir bos Z disini, baru diajaknya aku naik kereta dia yang sangattttttttt bersih itu. merasa jugak akhirnya nak naik selalu tgk dari luar2 ja. Dan bos Z ni sangat peka orangnya, kalau aku pakai baju baru dia tetap akan tegur. Mesti!..Kalau tak tegur depan aku dia akan tegur depan org lain. Cthnya semalam, bila aku pakai baju lama yang pertama kali pakai di pejabat, ingatkan bos Z tak perasan tapi bila petang baru dengar dia cakap masa time gebang2 dengan staf lain. Dia kata, "ct pakai baju baru hari ni".
Hari ni, hari last bos Z. Dia request supaya tidak diadakan apa2 farewell sebab dia sedih nak tinggalkan kami semua, tapi farewell bos Z tetap kami adakan dan semalam aku telah mencari hadiah sebagai tanda kenang-kenangan bos Z semasa bersama kami. Harap2 bos Z akan sukakan hadiah tersebut. Dan perancangan utk farewell aku sendiri yang tentukan. Aku sukakan style ala2 hotel punya bufet, tapi ada yang tak suka gitu katanya ada banyak menu kalau nak buat cenggitu. So, aku panggil 2/3 org yang sekepala dan decide apa yang kami nak. Antara menu yang bakal dijamu hari ni, nasi beriani (lauk ayam masak merah, daging masak hitam, dalca, papadom dan acar), laksa penang, puding trifle, muffin, indulgence, popcorn salad, sate, durian crepe dan ada mcm2 lagi.

Untuk bos Z, kami sayang sangat dengan bos Z. Sukar untuk kami mencari pengganti yang sama macam bos Z. Sukar untuk mencari bos yang sporting macam bos Z, yang tak pernag menengking, yang selalu protect aku masa meeting.

Dan hari ini, belum pun sempat bos Z berucap, aku dah menitiskan airmata melihat video yang shahrul sediakan. Sedih sangat....

BOS Z...WE LOVE U SOOOOOOO MUCH!!!!!!!

Sunday, January 6, 2013

PERMATA HATI SAYA..NUR UMAIRAH DARWISYAH

permata hati saya nur umairah darwisyah lahir pada 27 november 2012... kelahiran yang amat dinantikan..perjalanannya utk melihat dunia penuh dengan ujian...buat nur umairah darwisyah..semoga umairah menjadi anak yang solehah, patuh kepada agama...
NUR UMAIRAH DARWISYAH

HASIL KERJA TANGAN TAHUN 2012

tempahan raya..

sehari semalam tanpa tidur menyiapkan baju ni time raya

simple2

bracelet 5 layer

ala-ala 3d

design yang di lihat d fb..tapi tak secantik tuan empunya yang buat...

customer HSB...kain kosong senang nak match warna
 
design base on nota yang dibeli

ni utk bahagian lengan...alhamdulillah..berbaloi dengan duit beli nota bila tuan empunya puas hati...


MEMORI BALI

Perancangan untuk melawat kota cinta @ tempat yang menjadi pilihan untuk berhoneymoon bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga telah tertunai. Perjalanan bermula 17.12.12 hingga 21.12.12 sangat mengembirakan. Hilang semua stress dan tekanan di ofc meskipun masih menerima panggilan ttg hal2 ofc.

Perjalanan kali ini menggunakan khidmat AA. Meskipun ada yang memandang rendah pada AA, tapi dengan terbang menggunakan AA telah merealisasikan impian kami. Sebaik tiba di Denpasar Ngurah Rai Airport, kami disambut oleh pak sutawan yang akan menjadi guide kami sepanjang berapa di Bali. Khidmat yang diberikan oleh pak sutawan amat baik sekali.

Agak ramai (pelancong dr malaysia) yang bereaksi macam terkejut bila dikatakan rombongan kami adalah semuanya perempuan. Tak pasti apa yang peliknya. Mungkin mereka memikirkan keselamatan kami atau apa sahaja. Di Bali, jangan khuatir untuk memikirkan tempat2 untuk bersolat, bawa sahaja telekung sepanjang trip kita kerana musholla yang terdapat di restoran2 tidak disediakan telekung seperti kebanyakkan tempat di malaysia.

Berbeza dengan Bandung dan Jakarta, menu2 di Bali kurang mendapat tempat pada selera aku. Kebanyakan makanan yang diambil tidak dapat dihabiskan dan bila di hotel, maggi tetap dicari. So, bawalah bekalan makanan yang secukupnya.

Sesuai dengan pilihan untuk menjadi tempat berhoneymoon, Bali merupakan tempat yang tidak sesuai bagi penggemar shopping seperti di Bandung. Hanya souvenior2 biasa sahaja yang ada di sana dan bunga kemboja merupakan bunga yang agung di Bali.

SELAMAT DATANG 2013

  • SELAMAT DATANG TAHUN 2013
  • SELAMAT TINGGAL TAHUN 2012
  • SEMOGA TAHUN 2013 LEBIH MENJANJIKAN KETENANGAN DALAM URUSAN KERJA SEHARIAN...MOGA UJIAN-UJIAN YANG BAKAL DITEMPUH DAPAT DILALUI DENGAN PENUH KESABARAN DAN KETENANGAN...
  • SEMOGA KERJA-KERJA YANG DILAKSANAKAN SEMAKIN BAIK DAN BERKUALITI...
  • BERHARAP DAPAT MENJADI KETUA YANG ADIL PADA SEMUA ANAK BUAH
  • SEMOGA TAHUN 2013 TIADA LAGI SENGKETA DIKALANGAN ANAK-ANAK BUAH...