Sunday, January 6, 2013

MEMORI BALI

Perancangan untuk melawat kota cinta @ tempat yang menjadi pilihan untuk berhoneymoon bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga telah tertunai. Perjalanan bermula 17.12.12 hingga 21.12.12 sangat mengembirakan. Hilang semua stress dan tekanan di ofc meskipun masih menerima panggilan ttg hal2 ofc.

Perjalanan kali ini menggunakan khidmat AA. Meskipun ada yang memandang rendah pada AA, tapi dengan terbang menggunakan AA telah merealisasikan impian kami. Sebaik tiba di Denpasar Ngurah Rai Airport, kami disambut oleh pak sutawan yang akan menjadi guide kami sepanjang berapa di Bali. Khidmat yang diberikan oleh pak sutawan amat baik sekali.

Agak ramai (pelancong dr malaysia) yang bereaksi macam terkejut bila dikatakan rombongan kami adalah semuanya perempuan. Tak pasti apa yang peliknya. Mungkin mereka memikirkan keselamatan kami atau apa sahaja. Di Bali, jangan khuatir untuk memikirkan tempat2 untuk bersolat, bawa sahaja telekung sepanjang trip kita kerana musholla yang terdapat di restoran2 tidak disediakan telekung seperti kebanyakkan tempat di malaysia.

Berbeza dengan Bandung dan Jakarta, menu2 di Bali kurang mendapat tempat pada selera aku. Kebanyakan makanan yang diambil tidak dapat dihabiskan dan bila di hotel, maggi tetap dicari. So, bawalah bekalan makanan yang secukupnya.

Sesuai dengan pilihan untuk menjadi tempat berhoneymoon, Bali merupakan tempat yang tidak sesuai bagi penggemar shopping seperti di Bandung. Hanya souvenior2 biasa sahaja yang ada di sana dan bunga kemboja merupakan bunga yang agung di Bali.

No comments: