Monday, July 28, 2008

TEMPAHAN KAK BIB YANG AKU SIBUK2 JAHIT..


Ni hasil kerja masa kat kampung....menyibuk mengerjakan tempahan yang kak bib dapat...saja gatal2 tangan ...hasilnya...tgk la seperti di atas.....:d

Thursday, July 24, 2008

BAJU MAMA FARIS





Akhirnya dapat jugak aku siapkan baju mama faris...heheheh...harap mama faris berpuashati dengan baju2 ni....

Monday, July 21, 2008

SIBUK DENGAN KULIAH

Buat sahabat-sahabatku yang juga pengunjung setia "rumah kita"...rajin-rajinlah berkunjung ke rumah kita ini...kalau ada habuk atau sawang-sawang yang bergantungan...tolong-tolonglah cuci... aku kini sibuk dengan kuliah dan assignment yang mula menimbun..sedar tak sedar aku dh semester 5...insyaAllah...kalau mengikut jadual aku hanya ada 3 semester sahaja lagi... Doakan aku moga semester ini dapat aku tempuhi dengan tabahnya....

Thursday, July 17, 2008

KISAH EzzA DAN PeZAl

EZZa menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia kan masak "kari kapitan kepala ikan merah" kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya, malam ini pezaL suaminya yang tercinta akan pulang.Sengaja eZZa mengambil cuti kerja setengah-hari, hari ini anak-anaknya, ziana dan padiL siang-siang sudah dijemput dari rumahibunya.Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk peZaL, lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu, malah tiga hari lagi, genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.

Alhamdullilah, walaupun perkahwinannya dengan peZaL mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya, ternyata eZZa tidak salah pilih.Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa EZZa,anaknya yang berkelulusan universiti, jatuh hati dengan peZaL, yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah.EZZa faham, bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang peZaL tidak akan dapat membahagiakan eZZa, anaknya yang cuma seorang itu,dengan gaji peZaL sebagai kerani. Tetapi eZZa sudah nekad. Dia tahu peZaL bukan pemuda sebarangan.Dia punya cita-cita dan matlamat hidup yang tinggi. Buktinya, peZaL sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting,peZaLmenyintainya sepenuh hati. Perlahan eZZa mula memujuk ayahnya.Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang-tuanya, eZZa diijab kabulkan dengan peZaL dalam majlis yang penuh ceria.

"Assalamualaikum......", kedengaran suara memberi salam. eZZa tersentak.

"Abang! Walaikumsalam...", senyumnya melebar melihat peZaL dibelakangnya.Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi eZZa.

"Terperanjat Za!Bila abang masuk? Za tak dengar bunyi pintu dibuka pun?"

"Saje aje. Nak suprisekan Za!", peZaL membelai lembut rambut isterinya.

Bau wangi singgah dihidung eZZa. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai peZaL. Mungkin peZaL beli "perfume" yang baru dari Penang, fikir eZZa.

"Eh! Kata abang berangkat pagi ni, takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?"

"By air...", ringkas jawapan peZaL.

"Habis kereta abang?"

"Pada mofazha...", jawab peZaL.

"Oh patutlah..", eZZa hanya menganggukkan kepala.

Dia kenal benar pada mofazha, salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun, mofazha menumpang kereta peZaL. Sementara JaTt,rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu, menumpangkan abdul samad, rakan kongsi mereka yang ke empat.

"Hah!JaTt tak ikut abang balik ke? Selalunya kalau balik outstation,dia balik sini. Cari makan dulu....", tanya eZZa. Dia sememangnya sudah masak dengan perangai jaTt, rakan baik suaminya itu yang masih membujang.

"Nanti dia datang.......", ujar peZaL. "Mana budak-budak Za...?",Tanya peZaL

"Ada dalam bilik..tidur. Kepenatanlah tu....main basikal satu hari."

"Basikal?", tanya peZaL.

"Hah ah. Ayah belikan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..",jawab eZZa sambil meletakkan milo ais kegemaran peZaL di depannya.

"Abang laparlah..belum makan. Za masak apa?"

"Ah.... Za masak lauk favourite abanglah...", senyuman eZZa melerek.

"Kari Kapitan?", teka peZaL.

"Apa lagi......" "Bagus jugak tu... Za siapkan makan. Abang nak tengokbudak-budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang...."

"Habis dengan mamanya tak rindu ke?", usik eZZa.

"Tersangatlah rindu.....", jawab peZaL lalu mengucup dahi isterinya lagi. eZZa tersenyum melihat peZaL berlalu. Kasih-sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan peZaL yang penyayang. peZaL terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri.Apatah lagi disaat ni mereka telah di kurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. PeZaL merenung kedua-dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba-tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya? Itulah yang selalu peZaL fikirkan. Dia tahu, eZZa seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti eZZa dapat mengatasinya.

Namun, nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. eZZa masuk ke bilik anak-anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat peZaL menyeka airmata.eZZa hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat peZaL menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi eZZa walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah eZZa.

"Bang... kenapa ni...?" peZaL mengangkat muka, memandang eZZa.

"Za...kalau apa-apa jadi pada abang, Za jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya...", ujar peZaL lembut.

"Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan.Za dah siapkan tue".Za janji dengan abang dulu....", rayu peZaL. eZZa merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan peZaL hari ini. Tidak pernah seingatnya peZaL berperangai pelik seperti ini.
"Yalah...Za janji..", akhirnya eZZa bersuara, tidak mahu memanjangkan teka-teki ini lagi.

"Za...abang ada belikan Za sesuatu....", ujar peZaL sambil menyeluk poket seluarnya.

"Eh......gelang zamrud....", senyum eZZa tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan.

"Za ingat tak gelang nie?". Gembira benar hati peZaL melihat keriangan di wajah eZZa.

"Ingat!!!!!", eZZa mengerutkan dahinya Sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu.

"Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas di Komtar? Za suka sangat tengok gelang tu. Masa tu, abang tak ada duit nak belikan Za. Tapi abang janji pada diri abang, satu hari, abang akan belikan juga gelang tu untuk Za. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan JaTt, abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli..."

Terpegun eZZa mendengar cerita peZaL. Sungguh tidak disangka,setelah sekian lama, peZaL masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih-sayang peZaL selama ini sudah cukup buatnya.

"Terima kasih bang....", eZZa memeluk suaminya.

"Happy seventh anniversary sayang....I love you...", bisik peZaL ke telinga eZZa.

"I love you too..", balas eZZa. Air jernih mula tergenang di anak matanya.

Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang.

"JaTt agaknya tu....", bisik peZaL.

"Tak pa. Biar Za yang buka pintu...", eZZa bangun melepaskan pelukannya.

"Za....",peZaL menyambar tangan eZZa. "I love you...very very much.....",peZaL mengucup tangan eZZa, penuh kasih.

"Me too..," jawab eZZa pendek. Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka, terpacullah wajah JaTt dengan rambut yang kusut masai.

"Hai..JaTt. Apa kena dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?", usik eZZa.

JaTt hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa.

"Zaa...can you please sit down..", pinta jaTt.

eZZa mengerut dahi. Apa kena dengan si jatt ni agaknya?, detik hatinya.

"Please...I have something very important to tell you...", pinta jatt lagi.

eZZa semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jatt tertunduk. Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya.

"Za...apa pun yang jatt nak sampaikan ni, jatt nak Za sabar dan bertawakal.Terimalah dengan hati yang tenang...", perlahan ayat yang keluar dari mulut jatt.

"Apa yang you merepek ni jatt?". Teka-teki terus bermain di benak eZZa.

"Za.......peZal....peZaL kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Za...", tersekat-sekat kekata itu keluar dari mulut jatt. eZZa tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang jatt lakonkan nie..mengarut betul? peZaLkan ada di rumahnya tika dan saat ini.

"Apa ni jatt...kalau nak bergurau pun biarlah bertempat...", balas eZZa.

"I'm serious Za.....jatt yang saksikan sendiri.. "eZZa terpegun. Mana mungkin jatt berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada dirumahnya. Di bilik anak-anaknya. gurauan apakah ini..gumamnya sendiri...

"jatt.. ...apa yang jatt repekkan ni...peZaLkan dah balik. Dia ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia" ....

"Apa? peZaL dah balik?", terbeliak mata jatt. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala peZaL di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah, dia sendiri melihat bagaimana peZaL dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya diperhentian Macap tadi. Dan setelah jenazah peZal dibawa ke hospital dengan diikuti mofazha dan abdul samad, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah peZaL. Dia mahu menyampaikan ber ita buruk ini pada eZZa sendiri.

Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini, dia telah menelefon mofazha untuk memastikan segala urusan membawa jenazah peZal pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin peZaL pulang ke rumah?

"jatt...you dengar tak apa Za cakap? PeZal dah balik...", eZZa mengejutkan jatt dari lamunannya.

"Za...jatt tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, jatt sendiri yang melihat kejadian itu. peZaL meninggal di pangkuan jatt .....

"Bohong...peZaL dah balik...Nanti biar Za panggil dia....", eZZa semakin binggung. Apa tujuan jatt ..bercerita yang bukan-bukan padanya?Pantas dia menjenguk ke bilik anak-anaknya. peZaL tiada di situ. Ah! Tentu peZaL di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama peZaL.Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu peZaL mungkin ke sana. Tiada juga. Akhirnya setelah penat mencari, eZZa terduduk di ruang makan.Di samping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang jatt sampaikan? Mimpikah dia?Jatt hanya memerhati gerak-geri eZZa. piLu hatinya melihat eZZa berlari ke sana-sini mencari peZ aL yang dikatakan sudah pulang.

"Za...arwahnya mengamanatkan sesuatu...", jatt menghulurkan kotak berwarna merah. eZZa hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang jatt hulurkan disambut juga. Perlahan-2 dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut eZZa.

"Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,jatt pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu...tapi puas jatt cari, tak jumpa juga", sayu je suara yang keluar dari mulut jatt. eZZa memandang jatt. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian peZaL. Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya.

"Ini ke jatt?", tanyanya perlahan.Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa peZaL membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus-putus peZaL menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk eZZa. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan ezza? Apakah benar keterangan ezza bahawa peZaL sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada eZZa? Kalau benar, bagaimana? Yang nyata d i bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya.

eZZa hanya mampu menangis. Dia memandang "kari-kapitan' yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau benar pezal sudah tiada..Sebagaimana kata jatt, siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk eZZa menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin, eZZa masih mengharap akan kepulangan peZaL, sambil memeluk kedua anak nya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah peZaL tiba di rumah, barulah eZZa yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.
*kisah ini aku ambil dari email yang aku terima pada 29/9/2005...dan masih aku simpan sehingga kini....

Tuesday, July 15, 2008

LINGKARAN KASIH 3 LAYER




Ha...akhirnya siap jugak "lingkaran kasih 3 layer" untuk MakNah....hahahaha......rega untuk pattern ni...RM45 sepasang..bergantung kepada manik yang digunakan....maafla kalau gambar kurang memuaskan...

Monday, July 14, 2008

HASIL KERJA TANGANKU

Inilah hasil kerjaku untuk Cik Nur Akmal Hayati....harap-harap dia berpuashati...Cerita pasal menjahit manik di baju ni jugak...semalam sempat aku promote pada member-member sekelas mengenai "bisnes" baru aku ini semasa sesi ice breaking....harap2 boleh dapat banyak tempahan selepas ini...sekarang ni jugak aku tengah siapkan untuk Mak Nah.....hopefully dia suka...

Gambar jahitan ni tak berapa jelas kerana aku ambik menggunakan hp (3.2 mgpixel sahaja)...eheemmm...hp kesukaan aku yang akhirnya dapat aku miliki..sib baik ada hp ni..leh gak ambik gambo....

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH UMRAH....



Sabtu, 12 Julai 2008 jam 3.00 petang...aku menghantar rombongan Mak Ngah yang akan menunaikan Ibadah Umrah...Semakin murah rezeki Mak Ngah....serasa aku, dia baru sahaja menjejakkan kaki kesana....seperti katanya kepadaku malam sebelum dia berangkat...sekali kita ke sana...perasaan kita akan berkobar-kobar supaya ke sana lagi....kali ini Mak Ngah membawa sepasang suami isteri berserta dengan anak-anaknya (3 orang) dan juga Tok Chik...moga perjalanannya kali ini mendapat rahmat dariNya....

Hati aku mudah tersentuh setiap kali melihat rombongan yang akan ke sana...saat yang paling aku tunggu ialah semasa ketua rombongan membacakan doa sebelum berlepas..tetapi kali ini aku terlepas saat2 itu memandang aku sibuk mengisi perut di McD.. Moga suatu hari...aku akan dapat ke sana jua...

ERTI PERSAHABATAN

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..


P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....

Thursday, July 10, 2008

BUNGA!!!


Entry ni aku tulis kerana ada yang bertanya...kenapa bilik aku banyak bunga kering...:D... jawapan aku...kerana aku ada secret admirer...kakakakkaka....dan biarlah aku sorang je tau siapa dia....(lawaknya...)...tapi sekarang dah tak ader dah harapan nak dapat bunga sebab dia dah pindah dari sini...huhuhuhu...gambar bunga atas ni...gubahan ikhlas dari dia untuk Mak Nah masa konvo dia hari tu...aku sendiri terkejut melihatkan hasilnya begitu...besarrr... kalau bukan dia yang gubah..mau RM100 lebih ni...dan yang aku bertambah suka dengan gubahan ini kerana adanya bunga lili....teringat aku kepada Pian..yang sukakan Lili Putih....(kata Pian...3 kuntum Lili Putih ada maknanya....)...dan aku juga teringatkan Najah (Lili Buat Najah)...huhuhu....dan aku juga teringatkan dia...yang sukakan bunga Lili....banyaknya yang aku ingat...
p/s:...buat dia...nak booking siap2 bunga Lili untuk Konvo (lambat lagi..tahun 2010)...hahahaha...buat besar2 yer....

Wednesday, July 9, 2008

BUAH HATIKU...RINDUNYAAAA





Inilah buah hatiku.....rindu sesangat dengan diorang....baju oren tu Nurul Ain Natasya (yang paling manja)...baju merah, Anis Sofea...baju biru tu....Nurul Farisya....dan yang berbungkus tu.....my lovely....Muhammad Nazmi Hadi......(Hadi ni baru 7 hari masa gambar ni diambil, rambut pun baru cukur...tapi macam dah pandai nak mengorat ni...jelingan mata...)...hero abang aku...penyeri keluarga...diapit 3 puteri....


Tambahan gambar Muhammad Adli...nakal dan suka mengusik orang...gambar ni pun dia ambik sendiri mengguna HP aku...sekali je ajar...pastu dia cakap...bgtau sekali pun adik tau dh nak guna macam mana....banyak lagi ni kalau nk ikutkan gambo yang dia ambik...tapi tak sesuai letak di entry ni...:D

Thursday, July 3, 2008

KASIH ANTARA KITA BY NORISAH A. BAKAR

**************************************************************************************
Perasaan cinta bukan rasa mutlak yang boleh membawa ke mahligai perkahwinan. Nur Asyikin punya hati terhadap Zulkarnain. Namun, cinta mulis yang diidamkan oleh Nur Asyikin ditolak oleh jejaka itu. Tetapi selepas berjauhan dan tinggal di Australia, rasa menyesal dan cinta mula berputik di hati Zulkarnain. Timbul perasaan untuk mengait benih-benih cinta yang telah diabaikannya selama ini. Apakan daya, hembusan angin yang lembut tidak dapat menyampaikan suara hatinya itu. Cinta dan hasrat hati Zulkarnain terkubur jauh kerana jarak antara benua yang telah memisahkannya. Nur Asyikin pula berdepan dengan pelbagai dugaan hati dan juga kehidupannya seharian. Bagaimanapun, roh cinta kemudiannya hadir dalam dirinya. Ahmad Zakuan lelaki yang kurang dipandang ramai kerana statusnya hadir dalam hidup Nur Asyikin. Sayangnya, pelbagai dilema timbul menghalang penyatuan hati antara mereka berdua. Ahmad Zakuan cuba melamar Nur Asyikin. Cuma mampukah dirinya diterima oleh gadis yang menjadi dambaannya itu? Hanya jodoh, keadaan dan kekuatan cinta antara mereka yang mampu menyatukan kedua-duanya di jenjang pelamin. Doakanlah penyatuan mereka itu.
**************************************************************************************
Hanya dengan satu malam sahaja aku dapat menyudahkan membaca Kasih Antara Kita.... hanya satu sahaja dapat kukatakan...AKU SUKA BANGAT DENGAN CERITA INI....tidak seperti kisah cinta yang lain....mungkin ada sedikit persamaan antara aku dan Nur Asyikin...dan Zulkarnain seperti "dia".... aku suka dengan susunan cerita ini...sepertimana aku sukakan karyanya sebelum ini....Rindu di Angin Lalu....tidak meleret-leret...cerita yang ditonjolkan seperti cerita sebenar ... yang tidak menampakkan unsur-unsur berangan je lebih...semuanya nampak logik....mula membaca...aku marah dengan watak Zulkarnain...kenapa yer aku marah sangat...mungkin jiwa "dia" ada disitu...aku jadi terlalu emosi....tapi...aku jadi suka bila Ahmad Zakuan muncul...aura Ahmad Zakuan dan Nur Asyikin seakan-akan meresap ke dalam jiwa aku (ceh...terlebih emosi plak yer).... hanya dengan Ahmad Zakuan menyebut "Syikin" sahaja aku boleh tersenyum sorang-sorang...kalau orang tengok mungkin cakap aku gila....aku suka part Ahmad Zakuan dan Nur Asyikin setiap kali mereka keluar makan bersama...cara cemburu yang ditunjukkan oleh Ahmad Zakuan... nampak matang..sematang gambaran yang diberikan oleh penulis... Ahmad Zakuan seorang yang romantik tapi dengan caranya tersendiri...bukannya dengan meberi bunga atau apa sahaja yang boleh mencairkan hati wanita...tapi dengan cara dia menunggu Nur Asyikin...merenung Nur Asyikin...bisa sahaja mendebarkan hati Nur Asyikin...Adusss..nanti aku gambarkan lagi kisah mereka...untuk pembacaan kali yang kedua dan seterusnya....
TAHNIAH BUAT PENULIS....aku tunggu Kak Wan Amalyn untuk memberi pendapatnya mengenai cerita ini.....kak wan pandai lagi menulis...:D

Tuesday, July 1, 2008

HARI PERTAMA MU DI SANA

Hari ni...hari pertama Kak Mai di tempat baru...moga Kak Mai dapat menyesuaikan diri di sana...Aku yakin...walau di mana sahaja ... Kak Mai bisa menyesuaikan dirinya...kenapa yer aku gunakan ayat bisa...agaknya bila teringat gelaran yang tikusman berikan untuk "dia"....hahahaha...aku jadi tidak pandai untuk menulis....cukup disini dulu...aku nak balik...nk dinner dengan umi...yang akan balik ke Melaka...semua orang meninggalkan aku...seorang demi seorang....TABAH..TABAH...TABAH....buat Kak Mai....Chaiyok...Chaiyok!!!!!!!....