Friday, June 27, 2008

JAHITAN MANIK DI LENGAN BAJU!!!!!!!!

TEMPAHAN MANIK DIBUKA!!!!!!
KEPADA SESIAPA YANG NAK MENEMPAH JAHITAN MANIK DI LENGAN BAJU BOLEH HUBUNGI "TUAN RUMAH"...HEHEHEH...TINGGALKAN PESANAN....HARGA AMAT BERPATUTAN SEKALIII....MENGGUNAKAN MANIK JEPUN....:D


Contoh Jahitan Manik Beriring 2 Layer..

Friday, June 20, 2008

LOVE STORY

Where do I begin to tell the story

Of how great a love can be

The sweet love story that is older than the sea

The simple truth about the love she brings to me


Where do I start

With her first hello

She gave new meaning to this empty world of mine

They'll never be another love another time

She came into my life and made the living fine


She fills my heart

She fills my heart with very special things

Angel songs and wild imaginings

She fill my soul with so much love

That any where I go I'm never lonely

With her around who could be lonely


reach for her hand

She's always there


How long does it last

Can love be measured by the hours in a day

I have no answers now

But this much I can say

I know I'll need her until the stars all burn away

And she'll be there




p/s:......lagu ini aku tujukan khas buat kak mai...semusim bersama selamanya terasa.......

Tuesday, June 17, 2008

APA SALAH AKU!!!!!!!!!

Hari ini aku boleh isytiharkan sebagai hari SEDIH...(saat ini pun aku sedang menangis)...sedihnya aku kerana sekali lagi dituduh penyebab segala "rancangan" nya terpaksa ditunda....adusss....ini bukan tuduhan yang pertama... aku tidak tahu bagaimana untuk mencoretkan disini...serasa aku...sedari awal...sedari aku sedar dan masih lagi di ICU...masih dalam keadaan tidak boleh bercakap dengan lancar...telah aku nyatakan yang "pemergian" ku ditunda...dan sedari awal lagi aku nyatakan yang "pemergian" ku tidak akan menjejaskan apa-apa yang telah mereka rancangkan supaya tidak timbul dikemudian hari aku penyebab segalanya.....tapi..perkara yang aku takuti sekali lagi berlaku...Ya Allah....kuatkanlah aku menghadapi UjianMu ini....jangan sesekali Engkau terbitkan rasa benci ku padanya....

Sejak airmata ini menitis tanpa henti....aku nekad....biarlah pemergianku ke sana menjadi rahsia buat diriku....aku takut sekiranya sekali lagi aku dituduh menjadi perosak segala "rancangan" dia....aku tidak pandai berpura-pura menunjukkan tiada apa-apa yang pernah dia lakukan terhadapku....semoga apa yang dia lakukan membahagiakan dirinya...

Aku akui...dia punya banyak kelebihan....dia lebih segala-galanya...tapi aku juga patut bangga...apa yang aku kecapi dan miliki hari ini adalah usahaku sendiri... dan bukannya aku "menumpang" di dahan orang lain... berteduh di dahan yang lain akan dibuang bila kering.... Ya Allah...janganlah Engkau jadikan aku insan yang riak...jauhkanlah aku dari segala sifat dengki....

Aku doakan moga dia bahagia dengan segala tindakannya terhadapku selama ini...BERBAHAGIALAH DIKAU....

Sunday, June 15, 2008

SELAMAT HARI BAPA

Ayah...tak tau macam mana nak tulis untuk menggambarkan tentang ayah...tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata....ayah adalah ayah yang terbaik...aku bangga menjadi anak ayah...anak yang kuat membantah..(hahahaha...mmg kuat membantah pun)....ayah seorang yang sporting....tapi dulu aku pernah menangis kerana ayah tidak membenarkan aku untuk melanjutkan pelajaran di UiTM...ayah menyuruh aku untuk meneruskan pengajian di tingkatan 6....sedih sangat masa tu...tapi akhirnya ayah mengubah fikiran....aku dapat jugak melanjutkan pelajaran di UiTM Alor Gajah Melaka....pertama kali berpisah dengan keluarga..aku menangis...aku peluk mak...aku peluk ayah....akhirnya aku tamat juga pengajian di UiTM....kini aku terpisah lagi dari keluarga.....

Ayah....ujian yang kita sekeluarga lalui dulu cukup berat...hanya keluarga kita yang mampu memahaminya...orang lain tidak akan memahami apa yang kita sekeluarga lalui...tapi ayah dan mak tabah menghadapinya....ayah....penghujung 2007 yang lalu...ayah sekali lagi diuji...kehilangan arwah pakcik....kehilangan arwah tok pada 25 Disember 2007...dan akhirnya kehilangan arwah mak chaq sepuluh hari selepas arwah tok dijemput.....melihat ayah mengurut dada sebaik sahaja arwah tok menghabiskan nafas terakhir....kami adik beradik menjadi risau...takut sekiranya ayah tidak dapat menghadapi situasi ini....alhamdulillah...ayah kuat....sejak detik itu aku tekad....setiap kali akan balik kesini...ayah dan emak akan aku peluk dan cium...aku akan buang rasa malu untuk memeluk dan mencium kedua pipi ayah di khalayak ramai....(dulu aku malu untuk peluk dan cium pipi ayah di stesen bas...sekadar mencium tangannya sahaja)...

Ayah...doakan anakmu ini dapat menamatkan pengajian dengan jaya....doakan anakmu ni menjadi anak yang soleh....doakan anakmu ini sentiasa dalam LindunganNya..... ayah... INSYAALLAH..... andai ada rezekinya...kita akan bersama-sama menjejakkan kali ke "sana" bersama.....

Akhirnya...buat ayah tersayang ....selamat menyambut hari bapa.....

p/s: Selamat hari bapa untuk abang yang baru mendapat putera (muhammad nazmi hadi) ....abang mie...abang teh...abang saiful (ayah faris)...abang airman (ayah aina)...hafiz (ayah hadiff)...wadi..(ayah audadi)..abang hafiz...(ayah dania sofea)...encik halim...dr.amin....yusli...(ayah hanna)....mahyudi....abib...encik sazlan....bakal ayah...zikri...dan semua bapa2 dan bakal2 bapa di Malaysia atau dimana sahaja berada....

Friday, June 13, 2008

Maafkan Aku oleh Zaharah Muhammad


Satu lagi novel "airmata" yang aku cari selama ini...puas memesan tetapi masih tidak dapat dimiliki...terpandang sahaja novel ini semasa Pesta Buku Antarabangsa 2008...inilah novel pertama yang aku beli....tak rugi memilikinya....kerananya....aku ingin menjadi seperti "SUFI"...yang mencintai Allah....yang sentiasa dekatkan dirinya dengan Allah....membacanya juga aku menilai diri sendiri....terlalu jauh bezanya antara aku dan "SUFI"...
Maafkan Aku..bukanlah novel cinta yang biasa aku baca....cinta yang lahir dari novel ini adalah "rasa" hati seorang wanita yang inginkan rasa cinta....ketabahan seorang Sufi yang terpisah dari adik beradik akibat kematian kedua ibubapa....yang menumpang kasih bersama keluarga angkat serta adik beradik angkat lelaki yang lain...Tabahnya menjadi Sufi sehingga dia menjadi tempat rujukan...Aku tidak pandai bercerita...pastinya menatap buku ini tidaka akan membuatkan kita jemu....malah selagi tidak habis membacanya...kita akan terus membaca....jangan lupa...kotak tisu mesti ada disebelah...aku sukakan cerita begini....aku suka penulis ini...aku teruja tiap kali membaca novelnya....alhamdulillah...aku memiliki setiap novel yang ditulisnya....
Paling aku bangga...ayahku juga membaca novel ini sewaktu dia dan keluarga menemankan aku selepas aku keluar dari hospital....aku kira dia juga sebak membaca buku ini...tetapi sebagai seorang lelaki...ayah bijak menyembunyikan rasanya....aku bangga memiliki ayah yang juga minat membaca novel seperti anaknya ini....(hahahhaha....puji lebih2 ni sempena hari bapa)...

p/s:...bacalah buku ini.....


Lili Buat Najah by Nazurah Aishah

Pertama kali aku menatap Lili Buat Najah di Laman Jemari Seni...ikhlas aku akui...aku telah jatuh hati...terus tangan mendail MPH Alamanda bertanyakan samada novel tersebut telah sampai atau belum...penulisnya memang aku belum kenali...dan ini mungkin novel sulungnya...tapi aku pernah membaca enovel beliau....ternyata..Lili Buat Najah...meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada aku sehingga bengkak mata keesokan harinya....



Sedikit mengenai LBN...mulanya kusangkakan Najah itu perempuan...ternyata aku silap...Najah adalah seorang watak lelaki...tak dapat aku hendak menulis dengan panjang kerana bagiku tiada langsung kecatatan terhadap buku ini...gaya penulisan yang bagus....ayat2 yang meruntun jiwa aku...menatap kulitnya sahaja....airmataku bertakung...aku terpikirkan...bagaimana kalau aku berada di tempat Tasha....bagaimana untuk aku menjadi kuat seperti Tasha....tidak sanggup untuk aku menghadapi situasi seperti Tasha....Tahniah buat Nazurah Aishah..kerana kelahiran sulungnya ini ...beliau lari dari tema cinta biasa....kukira...novel ini terlalu banyak kelainannya....banyak yang boleh dipelajari....aku ingin menjadi sekuat Tasha...



TAHNIAH....TAHNIAH...TAHNIAH....buat Nazurah Aishah....





Thursday, June 12, 2008

E-mail Yang Begitu Menyentuh Hati Aku...Dia...Kini dan Selamanya...

"Aku rasa umpama esok hari terakhir aku di sini....Di sini aku bermula, di sini aku bina segalanya dengan penuh kasih sayangku...Sebenarnya, sejak ku terima surat pertukaran itu, terasa sungguh seperti dihempap batu sebesar gunung, meranapkan kasih sayangku di sini, tempat aku mencurah ideaku, melakar hasratku, melukis khidmatku...Namun apakan daya, walau sudah ku tahu hakikatnya lambat laun pertukaran itu berlaku jua...namun tak ku jangka pula ini caranya perpindahan aku berlaku....
Sedari minggu lepas, gerak hatiku seolah-olah mengandaikan 16 itu tarikh baruku di sana, tapi apakan daya, disana hanya diam seribu bahasa...lalu aku yang jadi mangsanya, berdiam aku dikatanya aku yang tidak mahu, bersuara pula seolah-olah aku yang mengada-ngada....bagaimana jika hari ini mengkhabarkan bahawa; Ya, aku dikehendaki berada di sana pada 16 ini?....Redhakah aku meninggalkan kasihku di sini secara tiba-tiba begitu saja?....Relakah aku mengikhlaskan hati pergi tanpa pesan?
Aku redha tapi hatiku menangis, menangis kerana aku belum bersedia sepenuhnya, menangis kerana masih banyak kasih yang perlu ku curah di sini, aku menangis kerana sebenarnya aku terlalu dan terlalu kasih di sini....
Kalau ku turut hati, mahu saja ku tinggalkan begitu saja, biar org di sini kesusahan atas kesan yang ku buat, namun adakah aku sebegitu?....bolehkah aku bersikap begitu?..
.Ya Allah, andai esok hari terakhirku, Kau kuatkanlah hatiku untuk menerima arahan itu. Ya Allah, andai esok jua masaku di sini berakhir di jam 5.30 itu, Kau tabahkanlah hatiku dengan redha ke atas segalanya....Di sini, aku sudah lakukan yang termampu, Di sini jua, mungkin sudah cukup khidmat bakti yang ku curahkan, walaupun keluarnya aku dari sini bukan pada masa yang sebenarnya....
Hatiku, kuatlah engkau, tabahlah dikau, tetapkan hati agar suci niatku....Mataku, simpanlah airmu, tahanlah arus air mu dari melanggar benteng kelopakmu...Mulutku, simpanlah kata syahdu, luahkanlah optimismu, agar tiada yang terasa dengan kepergianku...Mukaku, simpan mendungku, jangan sampai berarak suram, pancarkanlah ketenangan, agar aku boleh pergi dengan aman
Aku menanti hari esokku (walau di hati memohon agar memanjangkan hari ini) namun bukan dayaku....."


aku:...inilah email yang menitiskan airmataku hari ni...sesungguhnya aku tidak inginkan "Hari Terakhir" antara kami berdua...pada aku ..tarikh tersebut bagaikan tidak wujud...namun hakikatnya kami..."saya yang menurut perintah"....aku juga akan menghadapi perkara yang sama..."dia" dahulu...dan pastinya...suatu hari nanti....aku pasti akan mengikut jejaknya...namum ikatan antara kami...akan kekal selamat...

Wednesday, June 11, 2008

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Bosku

p/s: Bos aku yang sporting giler berbaju biru....

Mewakili kawan2 yang lain dari unit aku...kami mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke?...nk bagitau ke bos...heheheh...dan selamat pengantin baru.....kesian...kena berjauhan....semoga bos cepat2 dapat baby....dari kami semua....anak2 buahmu yang menghiburkan....susah nk dapat anak buah yang macam kami ni bos....

Sunday, June 8, 2008

Cerita Hari Ini....

Early in the morning.....termenung....mengadap novel...memoirs of geisha....yang tak habis2 dibaca..sambung membaca reaching the star..siap2...pergi pasar..cadang untuk masak laksa...entah menjadi..entahkan tidak....tiba2 ada sms yang masuk....rupanya kakakku menyuruh untuk aku mendapatkan novel Andai Itu Takdirnya....tajuknya seperti tulisan aku sebelum ini....excited nk membeli tapi malas nk pergi MPH....turun bawah...ambik bil TM...pergi pasar....memborong di sana untuk memenuhkan peti sejuk....balik...on pc...bayar bil TM n Syabas..using online....next...nk memasak...seterusnya mengemas rumah and lastly iron baju setakat mana yang rajin....plan macam bagus...entahkan rajin entahkan tidak....huhuhuhu....inilah aku seadanya....

Saturday, June 7, 2008

Hari Pekerja Tahun 2008....



Saja jer lambat masukkan gambar ni....wajah-wajah ceria di hari pekerja....

Kau Tetap di Hati....


Kenangan indah bersama kak mai akan tetap terpahat di hati....sesungguhnya...ikatan persahatan yang kita bina akan terus kekal selama walaupun kita tidak lagi di bawah satu bumbung...good luck buat kak mai di tempat baru....



Friday, June 6, 2008

Yang Bertakhta Akhirnya....

Yang Bertakhta Akhirnya

Kita tak lagi sehaluan
Bukan sebagai yang diimpikan
Rupanya di saat-saat yang genting ini
Terjawab jua persoalan
Dan kita terpaksa memilih
Jalan yang telah ditentukan
Dan kita sama-sama dewasa menghadapinya
Kesan cinta membakar, menghempas, mencabar
Keteguhan hati dalam nostalgia
Cinta membakar, menghempas, mencabar
Dan harus ditelan walaupun pahit
Tidaklah kita yang berkata
Cinta tak mesti bersatu
Apa benarkah itu
Atau kata-kata yang tak bermakna
Dan mereka jua berkata
Tiada yang lebih pedih
Tiada yang lebih menyiksa
Dari cinta yang tak sampai
Dan akhirnya cinta jua yang bertakhta
Menyuluh dalam kegelapan
Dan akhirnya cinta jua yang bertakhta
Menyatukan kita dari terpisah
Oleh cinta palsu


p/s: dengar je lagu ni mmg syahdu....kerana Nyanyian Tanjung Sepi...aku mula menjadi penggemar lagu ini...ternyata ianya meninggalkan kesan yang amat2 mendalam dalam diri aku...itulah hebatnya kesan sebuah lagu terhadap diri ini..

Dia......

Dia Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu
Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi seingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi
Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terlarang oleh orang tua
Kini terkilan sungguh rasa hatiDia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya

ngan opismate masa birthday tahun lepas..

Gambar ni diambil masa surprise birthday yang dibuat oleh member2 kat opis....thanksss to En. Rashid...kak ida..cik ah...and yang sekonplot dengan mereka....muahhhh

Dugaan

Tanggal 12 Mei 2008.....aku menjadi penghuni katil 16, hospital putrajaya..sejak malamnya aku tidak dapat melelapkan mata memikirkan apa yang bakal terjadi pada aku...mmg berdebar...pertama kali aku akan menghuni hospital buat tempoh yang melebihi 1 malam...dan bakal menjejakkan kaki ke bilik OT....bermacam-macam bermain di fikiran...dengan tekanan darah yang naik mendadak..aku menjadi bertambah panik....adakah ianya akan di kenselkan...hendak menunggu doktor datang membuat keputusan kurasakan terlalu lama...sehari kurasakan bagaikan sebulan....setelah doktor bius dan pakar bedah memaklumkan aku tentang prosedur yang bakal aku hadapi esoknya...hati aku menjadi bertambah berdebar....dan alhamdulillah....pada tanggal 13 Mei 2008...jam 9.15 pagi aku ditolak masuk ke bilik bedah...setelah 4 jam....aku ditempatkan di bilik 12, unit rawatan rapi....terima kasih yang tidak terhingga buat kak bib....mak nah....kalian terlalu bermakna buat diri ini....buat mak dan ayah....juga seluruh ahli keluarga..terima kasih kerana mengambil berat tentang diriku...juga buat semua sahabat2...thankssss...