Tuesday, December 29, 2009

BIRTHDAY KONGSI2



saja ja jerk nak masukkan gambo!!!

ADUHAI PEGAWAI KERAJAAN!!!!

aku rasakan...

ayat2 yang ditulis kat mana kaunter pertanyaan tu BOLEH ditanggalkan ajerk!!..ni pengalaman kami tadi ni..punya la tak sama dengan apa yang tertulis di board tu..uishhh22..ada jugak pegawai kerajaan begini...aku pun pegawai gomen...susahnya nak berurusan..ayat pun "bagus" jerk...

atas sebab tu la aku MALAS nak g ambik benda kat bawah ni


;


;

;

;

;




**eh..aku pun org gomen gak..aku kerek tak ek!!!!

BAHAGIA!!!

?
?
?
?

"BAHAGIA...bila orang yang kita sayang BAHAGIA...kita juga akan rasa BAHAGIA biarpun bukan bersama-sama kita BAHAGIA itu dia perolehi..."
?
?

ye ke??..lain orang lain pulak pemikirannya kot..kata-kata tadi aku ambik dr blog seorang teman..sedang dia berusaha untuk membahagiakan hatinya yang gundah gulana..hikhikhik..sory yer..aku gelakkan hang..apapun..aku mempunyai tafsiran yang berbeza..pada aku..aku BAHAGIA..bila 'rasa' itu hilang dari hati...bila tiada lagi debaran merantai hati bila menyebut namanya..bila tiada lagi 'kenangan-kenangan' hadir di hati..baru rasa BAHAGIA untuknya akan hadir..tapi..aku belum pernah merasai 'suasana' seperti itu...tak pernah...hang percaya dak?..sure hang kata tak percaya kan?...hikhikhikhik...

**hang..aku 'bengong' sikit dua tiga ari ni...hang jgn kedekut kredit tepon nk sms aku...biaq aku ja yang kedekut..aku yang hang kenai memang malas nak jawab call (lagi2 kalau no yang tak disetkan)...weh..pesanan aku..teruskan BAHAGIA..

BERTAMU DI KALBU

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

***PATUTNYA MASUK KE AJL!!!

Monday, December 28, 2009

KERJA AKU 2 HARI KAT UMAH!!!




Synopsis (AKU COPY DARI INTERNET JER!!!!!)

Choi Han Kyul, played by Gong Yoo, is the cocky son of a rich family who runs a food corporation. He doesn’t believe in love and certainly doesn’t want to get married despite his family’s requests. On the other hand, Go Eun Chan, played by Yoon Eun Hye, is a 24-year old tomboyish female who gets mistaken as a guy quite often. She takes up every job possible - waitress, food deliverer, etc - and has the responsibility of taking care of her mother and younger sister. Eun Chan accidentally meets Han Kyul twice, once on a delivery and once during a robbery. During the robbery, Eun Chan’s delivery motorcycle ends up being damaged. Han Kyul, not knowing that Eun Chan is actually a girl, decides to hire Eun Chan as a false “lover” so that he can escape the blind dates arranged by his grandmother. Meanwhile, Han Kyul’s cousin, Choi Han Seong, is an established music producer and his ex-girlfriend Han Yoo Joo, who Han Kyul secretly loved for nine years, is a famous artist who studied in New York. The two were lovers for about 8 years but their relationship ended when Yoo Joo broke up with Han Seong. Two years after they separated their paths cross again when Yoo Joo returns to Seoul.

After getting an ultimatum from his grandmother, Han Kyul takes over a run-down old coffee shop, later renamed Coffee Prince, to prove his ability, both to his grandmother and Yoo Joo. In order to attract female customers, he only hires good looking male employees. In a struggle with money, Eun Chan, whom Han Kyul has already mistaken as a boy, hides her gender identity to get a job at Coffee Prince. Soon feelings start to spark between Eun Chan and Han Kyul. Because he’s unaware that Eun Chan is a girl, Han Kyul starts to question his sexuality.


**********

inilah kerja aku 2 hari..cdnya dah lama beli (beli sebab nak tunggu mama hadif & yuyin kasi pinjam lambat sangat..hehehhe..jangan marah)...ni la peluang nak nengok dr cd 1 sampai 17 tanpa gangguan..maklum la..dok sorang2 kan kat umah tu...so..alkisahnya..selamat la aku menontonnya seorang diri sampai habis..gelak sorang2...kalau la kak wan sebelah umah boelh dengar mesti dia susah ati..sebab dok sorang2 pun boleh gelak2 tgh2 malam..

aku suka sgt dengan hero ni...pandai depa berlakon...jatuh cintan utk 2 hari..heheheheh..

AMNAS!!!!!!!

AMNAS
:


:


:



:


:


:

AMNAS!!!!!!!!....WHERE R U???????

:

:

:

MISS U SO MUCH!!!!!!!!!!...ala-ala choi han keol rindukan eun chan...(bengong aku..sebab dah jatuh hati ngan choi han keol!!!!)..amnas...miss u!!!!!

Thursday, December 24, 2009

PERGILAH AIR MATA (PAM) - HANNI RAMSUL


PERGILAH AIR MATA (PAM)..SELEPAS JAJA & DIN..INILAH BUKU YANG ADA DALAM KEPALA OTAK AKU SEKARANG UNTUK DIBELI..PAM AKAN KELUAR AWAL JANUARI 2010..TEMPAHAN ONLINE DAH DITUTUP..SIAN AKU...TAPI TAK PER..AKU BOLEH SABAR LAGI...SABAR NAK TAU APA KESUDAHAN SABRINA DAN BADRUL!!!!

Monday, December 21, 2009

ALI IMRAN

ali imran..sedap nama dia kan..secomel orangnya...

ali imran..nama yang diberi oleh nurse2 di HSB..baby yang ditinggalkan oleh ibunya sejak dilahirkan..yang tak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu yang melahirkannya..hanya mendapat belas ehsan daripada doktor2 dan nurse2 di HSB...yang ditinggalkan oleh ibunya hanyalah sehelai towel warna hijau yang ali selimut..

ali imran..baby yang berusia 6 bulan ini akan meninggalkan HSB pada 31 Disember 2009 kerana penjagaannya akan diambil alih oleh jabatan kebajikan masyarakat...sedihnya..aku yang jarang2 menjenguk ali pun sedih..apatah lagi 'abah-abah'nya...'mama'nya..'mummy'nya di HSB..pasti semuanya akan merindui keletah ali..

18.12.2009..sekali lagi aku menjenguk ali imran di HSB..biliknya dah dialihkan..ali ditempatkan seorang diri dibilik tersebut...sayunya hati..memang tidak dinafikan ali akan dijenguk setiap waktu..tetapi bayangkan baby sekecil ali masih memerlukan kasih sayang...ali masih lena waktu aku dan ain sampai..tapi tak tahan nak main2 dengan ali..aku cuba gerak2kan ali...tersenyum saja ali sambil membuka mata..agaknya dia dah biasa dikejutkan..ali hulurkan tangan minta diangkat...aduhh..kesiannya dengan ali..aku jadi jatuh hati dengan ali....

nurse2 disitu suruh aku ambil ali sebagai anak angkat...prosedurnya lebih mudah sebab kak bib staf disitu...sebelum ali diambil oleh JKM...lagipun 'history' ali pun dah diketahui...tapi satu sahaja ayat yang tak best didengar..."jika suatu hari nanti..ibu ali menuntutnya..keluarga angkat harus menyerahkan ali kembali"...aku tak sanggup utk itu....

ali..andai 'ummi' punya kekuatan untuk menjaga dan mendidik ali..sudah pasti ali akan 'ummi' jadikan anak 'ummi'...sudah pasti 'ummi' akan ambil alih tugas menjaga dan mendidik ali..tapi..sayangnya..'ummi' masih belum punya kekuatan itu...'ummi' masih belum yakin dengan keupayaan 'ummi' untuk menjaga dan mendidik ali sendiri...pasti 'ummi' akan menyusahkan banyak pihak...doa 'ummi' akan sentiasa mengiringi ali walau dimana sahaja ali ditempatkan nanti..

***sayangnya..aku tiada walau 1 pun kenangan dengan ali imran...

love u so much ali imran....

JAJA & DIN - NOOR SURAYA


Cinta pandang pertamakah ini...


Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?


=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya

=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu

=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia

=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar


Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan


cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!


Implikasinya:


Abah dan uminya rasa


[♪¿∫∞Ωπ䮉¾]


Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!

Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...


*******************

TAHNIAH KAK SU!!!!!!AKHIRNYA CERITA JAJA & DIN DAPAT KAK SU BUKUKAN JUGA..HASILNYA..AMATLAH MEMUASKAN HATI...SENYUM MELERET2...

inilah ceritanya...Jaja & Din..dah lama aku tunggu cerita ni..sebab kan cerita ni ..aku sanggup meredah BBB mencari rumah JS..alhamdulillah..akhirnya J&D menjadi milik aku..puas!!!..dapat baca J&D..nak kak su sambung lagi cerita J&D ni...bestnya kak su!!!!!..

nanti aku tulis panjang2..sebabnya aku pasti..kak fyza..ellia belum habis baca lagi ni...tunggu depa baca dulu..kalau aku dah review awal2..pasal Ustaz Din si pengarang jantung hati Cik Faiza ni awal2..kang ada lak yang tak bacanya (ditujukan buat mama faris)...hehehehheh..jangan marah!!

MELUAT DAN MENYAMPAH!!!!

aku meluat dan menyampah dengan sorang ni (org kampung aku)...aku tak pernah kacau hidup dia..tak pernah usik dia....tak pernah soksek2 pasal dia..apasal dia menyibuk sangat hal aku ni...geramnya aku!!!...weh..dah hang dapat menantu tu dah la..dok menyibuk2 pasal orang lain tu buat apa...ikut suka la aku nak balik kampung 100 kali ka..seribu kali sebulan ka...hang pedulik hapa..bukan pakai duit hang..ikut suka aku la nak bawak mak ayah aku p mana..hang pedulik hapa...nama ja hajjah..perangai bukan macam hajjah..

geramnya akuuuu......

ada ka manusia ni pi jaja cerita 1 kampung kata mak ayah aku mai putrajaya sebab nak tgk 'menantu'...apa kes dok canang cerita lagu tu...weh..kalau la nak tgk 'menantu' sekali pun...'menantu' tu la pi jumpak mak ayah aku..bukannya mak ayah aku kena mai jumpa..aku rasa kan..cerita ni timbui sebab tak dak cerita nak jaja 1 kampung la tu...aku geram la ngan manusia ini...tapi baguihnya mak aku ni...dia ya kan semua cerita...orang tanya dia..betui ke cerita dia mai putrajaya tgk 'menantu'...mak aku jawab 'ya'..malas nak cakap2 banyak...

tapi yang aku menyampah dan meluat tu...ada ka aku ni menyusahkan depa dengan masih memegang status single...ada aku mintak duit depa ka nak menyara hidup aku..ada aku dok buat maksiat ka dalam kampung tu..weh..aku balik kampung tak keluar umah pun (keluar pi jalan2 umah jiran..lepak2)...gila seh manusia ni...

ari sabtu ari tu..masa wedding hafiz..aku nampak muka dia ...pun aku dah sakit ati...tapi sebab time tu aku dah baca Jaja & Din separuh jalan..aku jadi 'baik'..sebab aku nak jadi macam Jaja yang lembut ati...

apa ni aku ni..atas tadi marah berapi2..ni lembut ati plak...hehehhe...aku kan angin kus2..tapi..aku doakan manusia@ org kampung@ makcik tu...sedaq2 la sikit..jangan la dok canang cerita tak benaq serata kampung...dosanya...ya allah..tak tau la nak cakap..jangan la bermuka2...

tu saja la cerita marah meluat dan menyampah aku...

LANGKAWI

ini cerita lama...cerita yang patut di tulis pada 9.12.2009..tapi time tu aku baru on the way dari kampung..jadi nya cerita ni tertangguh...

cerita langkawi ni cerita tentang aku n the family telah merehatkan (ye ke merehatkan..bukan memenatkan diri ke)..diri kami semua dengan bercuti-cuti malaysia ke langkawi..plan dah lama..perancangan sebelum penutup tahun 2009..alhamdulillah ... akhirnya telaksana juga...terima kasih tak terhingga pada my best friend for ever...maknah...part penginapan dan transport dia yang tolong arrangekan...

kami sekeluarga ke langkawi hanya 2 hari 1 malam sahaja...rushing gila..dan sepanjang 2 hari tu aku telah jadi pak supir dengan memandu sentra...yang ampun..tak pernah2 aku memandu kereta besar2 kecuali CLK aku tu..dan sekali je memandu honda abg ipaq..ketaq lutut oiii..boleh ke tidak ni...aku rasa mak aku tumpang break sekali tiap kali aku tekan break..actually kami sewa 2 biji keta ..satu wira..satu lagi sentra..wira kak bib drive...

hari pertama di langkawi..kami round separuh pulau..shopping2 sikit di Makam Mahsuri dan malamnya shopping di Haji Ismail Group..penat seh...hari kedua...kami round lagi separuh pulau dan sambung shopping di Idaman Suri..aku yang dah plan nak beli apa..terus ambik jer sebab harganya lebih kurang je ngan Haji Ismail Group...tapi ada benda yang kami kena patah balik ke Haji Ismail Group sebab harga camca @ sudu kat situ murah sikit..maklumla..mak nak beli banyak...beli punya beli..tak terpikiaq pun nak bawak balik macam mana..tak terpikiaq pun yang dok parking kat Jeti Kuala Perlis tu hanyalah CLK...ingat nak call kak mah suruh mai jemput..tapi ayah kata..kalau tak muat..ambik teksi...JANGAN SUSAHKAN ORANG!!!!...so kami usahakan juga sampai muat CLK tu..

actually...ada cerita tak best dengan kastam di langkawi..aku menyampah...kenapa perlu 'kerek' sangat...kita kan sesama islam..tak boleh ke berbudi dan berbahasa..kalau dia 'kerek' sebab keja gomen..weh..dalam group aku tu..ada 3 org keja gomen..belagak nak mampus...tapi lantak dia la kan...

aku tak ambil gambar pun di langkawi..ada la gambar sikit2 dalam hp..tapi just kenangan aku n family dan ngan my best friend for ever...

tu cerita perjalanan bagi penutup tahun 2009..tahun depan tak tau lagi..masih dalam perancangan..tapi aku rasa plan nak ke 'A' tu mcm tak jadi la..tgk la nanti macam mana....

BERABUK DAH RUMAH NI!!!!

huisshhh..dah berabuk dan bersawang dah rumah ni..maklumla..tuan dia sibuk..tak dan nak kemas-kemas segala..sibuk dengan apa ek..entah..aku sendiri pun tak tau sibuk pasai apa..actually..banyak nak story2 kat sini..tapi tu la..aku pun lupa dah apa..janji nak review novel2 ilmiah yang aku baca pun tak tersempat lagi..kena refresh lagi sekali baru boleh review balik...

okey


cerita-ceritinya nanti aku masukkan dalam entry seterusnya...

yang pasti!!!!

ada cerita


JAJA & DIN....kak su...love u so much...jadi insaf dan nak cari macam "din"...

Tuesday, December 1, 2009

AKU BUKANLAH SUPERMAN

aku tak pernah ambil kisah pasal lagu...kecuali kalau ada benda2 yang boleh membuatkan aku suka dengan lagu2 tu semua..tapi masa balik kampung ari tu..si muhammad adli dok menyanyi lagu Aku Bukanlah Superman..macam sedap plak..dok dalam bilik ayaq dia dok menyanyi..best jugak yer lagu tu..!!..sebenarnya adli menyanyi tu tak betul pun liriknya..


Aku Bukanlah Superman~!!

Reff:
Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus slalu kuat
Harus slalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis

Repeat Reff

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga

Repeat Reff

Ayahku tersayang maafkanlah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau

Kita berjanji tuk tidak lagi
Menangis karena cinta

Repeat Reff [3x]

AIDILADHA

nak sambut raya dengan family punya pasal..aku merempit dengan maknah pukul 2.15 petang dari erl putrajaya dan sampai di kedah pukul 8.00 malam...sampai umah pukul 9.00 malam gitu la..(actually aku takut drive sorang2 nak lalu jalan balik umah aku tu)...penat semua hilang bila dah sampai umah..

macam biasa..sehari sebelum raya ..p market dulu..pastu balik umah perah santan nak buat lemang..nak masak2 kasi anak2 menakan makan (tapi sebab mak menakan depa ni diet..menu depa pun diet)..kemas2 umah..

tahun ni tak buat korban kat umah macam tahun2 sebelum ni..ayah kata korban buat raya kedua tu pun tak buat kat umah sebab daging2 tu semua disedekahkan..ambik sikit untuk buat sup makan kami anak beranak..so..raya pertama tu tak der riuh macam tahun2 sebelumnya..siap boleh lepak2..makan2..boleh p berjalan2 umah mak2 menakan yang ada..tapi aku langsung tak jumpa laksa..dan tak boleh nak pi makan tomyam umah Yus sebab time nak pi tu orang datang umah...dok dapoq..masak okey!!!...

raya kedua...p berjalan2 lagi..atuq umah mak2 menakan yang mana ada..saja la..nak kenai2..maklumla..aku ni mana selalu balik kampung..sedara-mara pun tak kenai..sampai masa p tgk org sembelih lembu tu siap ada org tanya aku..kenai dak dia..terpaksa la berterus terang yang aku ni tak cam..bukan tak kenai..

raya ketiga..sesi makan kenduri..orang diet pi makan kenduri mesti orang pelik kan sebab tak ambik nasi..ambik buah n sayur2 ja..mulanya tak mau pi..tapi sebab sedara belah ayah ni pesan sangat2 srh pi..pi la jugak kan..sat lagi kalau tak pi dok tanya sangat...sib baik pi..rupanya depa memang dok tunggu tgk p ka dak...

tu ja la cerita rayanya...

actually..aku menulis ni sebab terbaca blog seorang teman tentang kisah hidupnya...bertahun dia menunggu agar cintanya berbalas...tetapi pengakhiran yang menyakitkan...aku tabik dengan kesetiaannya..andai dia membaca coretan aku kali ni..aku syorkan..bacalah novel "mencari kekasih"...jadikan kisah Cik Ab sebagai panduan..baca dan hayati novel itu sebaiknya...redha dengan ketentuanNnya..InsyaAllah..ada hikmah disebalik apa yang telah Allah tetapkan untuk kita...

Friday, November 20, 2009

AKU

SAYA..AKU...CHEQ..ORANG..TIE..APA SAHAJA YANG AKU SEBUTKAN..SEMUANYA ADALAH AKU!!!.. AKU NI JENIS YG TAK BOLEH NK PROSES MASALAH YANG DATANG..TAK BOLEH NK BERTENANG..GELABAH..TENSION..CEPAT MELATAH...KAT OFIS NI ADA BEBERAPA INDIVIDU YANG MENJADI TEMPAT AKU MELEPASKAN KETENSIONAN..KAT UMAH (HUJUNG MINGGU JA NI) SORANG..KAT KAMPUNG KAK BIB YANG DENGAQ..

STRESSNYA AKU RASA...BUKAN PASAL KERJA...TAPI PASAL...ENTAHLA..RASA MACAM NK G BERENDAM LAMA-LAMA..TENANGKAN FIKIRAN YANG KUSUT MASAI NI...AKU TAK SUKA BENDA-BENDA MACAM NI SEBAB BANYAK BENDA AKAN TERGANGGU..

AKU TAK TAU NK TULIS APA..YANG PASTI AKU TGH STRESS!!!!!!!!!!!!!

Thursday, November 12, 2009

TERIMA KASIH

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG WISH TAHNIAH UNTUK AKU...SEJAK SEMALAM LEPAS EMAIL PENEMPATAN TU DIHANTAR..AKU BANYAK TERIMA UCAPAN TAHNIAH...DAN TAK SANGKA-SANGKA JUGAK, RAMAI TP & KPP YANG WISH..AKU TAK MENJANGKAKAN SEMUA NI DAN TAK SANGKA AKAN ADA YANG AMBIK PERHATIAN..SEKSYEN SENDIRI AWAL2 LAGI DAH WISH DAH..

KEPADA SEMUA...TERIMA KASIH!!!!..MUAHHH!!!!

SEMOGA AKU AKAN TERUS MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK SELEPAS INI!!!!

Monday, November 9, 2009

CERITA 2 HARI

ari jumaat malam sabtu selalunya aku akan tercongok depan TV pukul 8.30 lagi..sebab takut melepas Nur Kasih...tapi sedihnya ari dan masa yang sama minggu lepas aku masih di office...ingatkan boleh balik sebelum Nur Kasih..tapi pukul 10.30 baru boleh balik...kecewanya tak boleh tgk Adam..kalau balik lambat malam2 lain tak kisah sangat sebab tak der cerita best pun...sebenarnya bukan tak boleh tgk online..tapi tak sama dengan tengok kat TV...huhuhuhu...frustnya...

..tapi masa tgh2 nak membersihkan diri...aku muhasabah balik diri..pernah tak aku kecewa kalau terlepas tgk Forum Perdana..pernah tak kecewa kalau melepas tgk Tilawah Al-Quran..tukar channel ada la kan...Ya Allah..teruknya aku ni..fanatik sgt dengan Nur Kasih..sedangkan sinopsis dah tau dah apa nak jadi..

sekarang tgh sibuk menyiapkan baju2..tapi minggu lepas sgt sibuk..sibuk dengan macam2 benda(yer ke?)... jahit ahad petang je..pastu sebab dh lama tak masuk dapur..ari ahad rindu pulak nak masak2..minggu dulu...dh requst maknah masak beehun..so minggu aku teringin nak makan laksa..dan sontam...buat sontam buah pelam (kalau kat kg buat sontam betik sebab betik banyak kat umah)...masak laksa kui 3.30 ptg..buat sontam sebelum maghrib...lepas maghrib baru makan...puasnya rasa...pastu menjahit balik sampai kui 2 pagi..sebab tu mengantuknya hari ni..( kalau laksa kedah aku yang masak tapi kalau laksa negeri lain kena request maknah jugak la...kalau mee kuah pun aku kira boleh la masak..tapi dh lama tak masak)..lupa la nak ambik gambar..kasi bukti...

ni cakap2 pasal makan2 ni saja jer tau..nak hangatkan hati seorang teman (kalau dia baca la blog minggu ni la..)

Wednesday, November 4, 2009

RENCAM

akhirnya exam untuk semester ni tamat jugak...seronok sebenarnya jadi student..memang seronok..aku suka belajar tapi tak suka exam..tengah balas dendam nak tido dan baca novel puas2..tengah membaca MENCARI KEKASIH...tak tau dah berapa kali aku baca..semoga aku menjadi seperti Cik Ab..

malas la nak review buku..malas sangat-sangat..memang ada yang menanti utk aku review beberapa buku sebab katanya dia beli buku kalau aku dah review..hehehe..lawak je..nnt yer..mayb Billy Milligan kot lepas ni..atau pun buku Kak Anis (Fajar)..citer lama semua tu...tak sabar nak tunggu Jaja & Din sebab Kak Su yang tulis..aku suka semua buku kak su...

Alhamdlillah...29.10.2009..aku dah dapat melangkah ke 1 tapak lagi..kalau member2 sama2 belajar dulu dh ada yang 44 dan 48..dah pegang jawatan besar2..tapi aku masih di gred sokongan...rezeki masing-masing kan...nanti kita share2 yer rezeki yang Allah berikan ni..tunggu dapat duit dulu..heheheh(tengah sengkek ni)...

macam-macam aku diuji sepanjang nak exam dan nak sampai tarikh 29.10.2009...mula2 seterika meletup..tiba2..belubang baju batik baru aku..sedih ooo..terduduk sekejap menangis...pastu...ari sabtu nak g betulkan aircond keta..sekali maxipura bengong tu kata kena tukar mcm2..dalam RM810 ++...terus senyap sekejap..call kak bib..dia kata tanya la sapa2 dulu..aku tak leh nak pikir kawan2 kat sini sebab malas la nak nyusahkan orang tapi aku ingat abang epul..terus call dia..dia lak kat johor..dia kata jangan buat dulu nanti dia bawak utk check...balik umah aku tak leh nak baca buku...aku memang cenggitu..cepat terganggu fikiran...ambik wuduk ..sambung baca buku balik...tapi terganngu jugak sikit (RAHSIA)..Alhamdulillah..3.11.2009..keta dah dibetulkan..tau tak aku kena berapa...RM10 je tau...

Hujung minggu ni ada projek ngan Mak Nah...heheheheh...Shah Alam & KL...next week..pun ada projek lagi..area2 Putrajaya jer..balas dendam sepanjang dok sibuk ngan study...

projek tak leh lepas..NURKASIH..yuhuu..aku dah mula kesian kan Katrina..sian ooo kalau kita tau org yang kita sayang tak sukakan kita..sian Kat..aku tak suka Sara..busuknya ati dia...tapi yelah..mana ada manusia sempurna..macam Adam jugak..kalau tgk Nurkasih jer mesti aku tunjukkan ibu jari kat maknah (kami je tau sebab apa..heheheh)..pastu maknah akan jawab...ya ya ja hang ni..(tak sabar nak tunggu dia jadi kakak sepupu aku...moga menjadi la..)..

aku ni sensitif yer orangnya...dan antara yang membuatkan aku sensitif sekarang ni..bila ada benda-benda yang macam ni..."Bila nak makan nasi minyak".."Cepat-cepat la kawin".."Sampai bila nak pegang anak orang".."hang ni memilih la".."budak tu gemuk macam hang la..sebab tu la si 'tut' tu tak mau".."lepas ni kena pi daftar umah orang-orang tua la" tu la antara statement-statement yang membuat aku masih boleh tersenyum tapi luka kat dalam...tapi yang tak tahan tu statement GEMUK tu la..pergghh..pedih siot...

oklah..nak chioww dulu..

TERIMA KASIH

Once – Dealova

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada


........buat teman..terima kasih atas lagu ni...aku hargainya...
:
:
:

Wednesday, October 21, 2009

alahai baju....

aku berasa salah yang amat sebab masih belum menyiapkan tempahan baju2...banyak sungguh benda yang perlu aku settlekan...dengan nak final untuk semester ni..dengan serabut proposal lagi...dengan tak tau la..dengan apa lagi..tapi Insyaallah..settle jer exam aku akan terus menjahit...dan akan di delivery before cuti raya haji...



Entah bila la semua ini akan tamat!!!!!!..tak sabar nak habiskan study..supaya boleh balik kampung selalu...tambah2 sekarang rindu bangat sama ayahanda dan bonda!!!!!!!


************************

...kawe dok tgk citer Akademi Polis...royak kelate pulok..kawe jadi gelak sore2..lawok pulok...

Thursday, October 15, 2009

MACAM MANA LA...


Tadi call rumah..kak bib angkat...cuti lagi makcik ni..pastu dia cakap la baru balik hantar anak tunggalnya yang manja itu..rupa-rupanya Ain pergi Kem kat Sik hari ni... walaupun kem tu hanya 2 hari 1 malam tapi aku plak yang risau amat...maklumla..Ain mana pernah kami lepaskan untuk dia uruskan diri dia sendiri..kali ni..dia nak kena uruskan dirinya..macam mana la puteri kami tu nanti..risaunya aku...semoga Ain okey kat Kem tu nanti..lagipun Ain kena biasa-biasakan diri untuk uruskan dirinya sendiri..mana la tau..kalau-kalau Kak Bib nak sambung study..mesti Ain kena tinggal lagi..

TANGAN BUAT HAL LAGI


minggu ni tangan buat hal lagi..malam je kena 'bungkus' dia cenggini..sampai ke bahu..tapi sebab aku dok sorang mana reti nk 'bungkus' sendiri..takat lengan jer la..sedihh la..mak ..ayah..mai la duduk ngan cheq ni..sian cheq..

RIANG RIA RAYA OFIS!!


Gambar ngan Y.B. Tan Sri Nor dan Y.B. Dato Devamany..awat kak fyza jelir lidah..


Seksyen Infra..depa ngan hadiah yang depa menang...


Orang kuat gerai...kak fyza nak ngamuk ngan saper tu..siap angkat2 kerusi bagai..


aku ler..aisehh..ramai plak yang ada baju cam aku..beli kat JAKEL yer...



Gerai yang Menang dapat NO.1


Gerai yang Menang dapat NO.3



M.C...Cik Akmal cun la...sweeeettttttt gitu...tapi awat bos masam plak...


Jiran ngan gerai SKK & A






Ni lah satu-satunya jejaka yang setia kat gerai SKK&A..siap pakai baju melayu lagi...

Ni gambar sekitar majlis sambutan Aidilfitri kat ofis aku..malas la nak tulis panjang2..tengok gambar pun tau betapa meriahnya tapi time ni belum start makan dan gerai aku sendiri belum sampai laksanya yang sungguh "wangi" itewww...

BAJU RAYA KAK FYZA!!!





aduss...lambat sehh uplodekan gambar baju ni...cun tak?...cun kan...heheheheh

Tuesday, October 13, 2009

MAKAN-MAKAN RAYA 2009

Alhamdulillah..akhirnya tertunai juga hajat di hati untuk buat majlis makan-makan sempena raya tahun 2009..alhamdulillah sebab Allah masih murahkan rezeki aku walaupun sekadar majlis yang sungguh simple...sekadar menjemput teman-teman yang terserempak dengan aku masa hari jumaat..last minute punya perancangan..for those yang tak mendapat jemputan tu mohon maap sangat2 noh..tak plan pun..last minute bincang ngan my best pren ..dah rancang nak buat tapai pulut sebab bila lagi kan nak tunjukkan skill buat tapai ni...alhamdulillah menjadi jugak..

Untuk teman-teman yang sudi hadir..tima kasih banyak...Antaranya...kak fyza & family, kak nor & abg teh, kak hawa & family, ija, salihin & makwe, lizz, kak ana & anak2, tajol & family, kak zie & family, Ita, Sue, Kak Sabariah (aku siap hantar sms ingatkan lagi), Kak Syidah & family (tokey caramel), Dutt & family, Zuraidah & kawan, Ellia & family, Farah & suami (pengantin baru), geng2 Pandan Indah (Mak Ayu, Syidah, Kakak Syidah, Ina & Ijot), Mariam & family and Pak Long @ Ayah Aina & family from Terengganu..kalau ada teman2 yang datang tapi aku tak sebutkan nama..maklumkan yer..kot2 tak terperasan...

Menunya simple-simple saja...

1) Beehun Tomyam - by Maznah
2) Makaroni Goreng - bahan2 aku sediakan, Maznah yang masak
3) Nasi Impit - aku
4) Sambal Sotong - aku..edit by Maznah (hehehehe..dah lama tak masak)
5) Sambal Ikan Bilis - ganti kuah kacang ..last minute aku masak ni..masin sikit..tak per la kan..anak dara masak..
6) Special Tapai - makan dengan aiskrim vanila..aku buat tapai ni..nak tempah boleh...:D (business lagi)
7) Puding Karamel - order (sebab tak sempat buat)
8) Desert - koktail..pun oleh Chef Maznah...
9) Air Sirap Limau yang tak berapa limaU - aku
10)Kueh raya - sikit jer..aku jugak tapi dari kampung
11)Buah-buahan - Maznah ....

(sikit benor yang aku masak...sian Maznah..semua dia kena masak)

Seperti tahun lepas..aku tak sempat nak ambik gambar banyak..just ada gambar aku dan Ija saja..gambar menu pun tak semua..tapi gambar. tapai ader tau...bukti ni kata aku buat..

Untuk teman-teman yang hadir..aku dan Maznah memohon ampun dan maaf andai tak terlayan..layanan tak memuaskan..kelengkapan tak mencukupi..umah tak cukup sejuk ke..atau apa-apa sahaja kekurangan di rumah bujang aku tu..maafkanlah aku yer...maklumla rumah bujangggg..semuanya serba kekurangan..tu pun aku ada hati nak buat makan2..tak kuasa mak nyah...


Special Tapai..aku yang buat..sedap!!!!!!!!!


Koktail...pergghhh..tak leh nak cakap arrr...makan baru tau!!!


Ni lagi satu...Puding Caremel (betui dak eja dia)...janji bunyi sama...sedap ni..nak order boleh...


Makaroni Goreng....saja2 untuk tambah menu...habis u!!


Sambal Sotong & Sambal Ikan Bilis..buat ganti kuah kacang...sebab Sate Haji Samuri tak mau juai kuah kacang kat aku..sadiss tul la..sib baik ada ikan bilis ...

TAPI GAMBAQ BEEHUN TOMYAM AKU TAK SEMPAT AKU @ LUPA SAMA...MASA DOK AMBIK GAMBAQ2 NI KUAHNYA BELUM DIANGKAT DARI DAPUR!!!IJA MAKAN PUN AMBIK KAT DAPUR...SEDIH LA PULAK TAK DAK GAMBAQ DIA..TAPI SEDAP!!!!!!!!!!!TAPI TUAN RUMAH ... DAH PENAT MALAM BARU LAPAQ...HUHUHUHUHU...DAN ESOKNYA BARU TERINGIN TAPI DAH HABIS...ALHAMDULILLAH..MENU SEMUA HABIS DAN TAK ADA ISTILAH PEMBAZIRAN...

p.s:..kak fyza..cakap kat abg epul..mmg betoi ct buat tapai tu..kalau ada rezeki time baca yasin ni ct buat lagi..tu pun kalau time tu boleh buat la..kalau ada bahan utamanya...

Thursday, October 8, 2009

UWAAAAAAAAAA!!!!

Aku dah pecahkan pantang aku untuk tak menyopingkan diri kat jualan depan sana nun...adussss..melayang gak la duit aku...motip tak nak bawak duit tu tak menjadi la..sebabnya mambang sudin dan mambang ramlee adakan...pinjam diorang punya ...adusssss...

tak pelah...untuk bulan ni dah beli baju..so jangan beli buku lagi dahhh...PAHAM CT!!!..jangan membazirrrrr..tapi tak beli buku tu macam tak makan plak aku...setiap bulan kena ada jugak buku yang aku nak beli..tapi azam tahun depan..beli buku ilmiah plak..jangan asyik novel cintan cintun jer...PAHAM CT!!!...tak paham????...nak kena ni kalau tak paham2 jugak....PAHAM CT!!!!!..kalau tak paham..paham2 kan jugak....

Biol aku sekejap sebab dah ter"beli" baju...adussssss
:

:

:

:

:

:

hehehehe..saiz baju aku dah semakin kurang saiznya!!!!..apa kes nak bagitau semua orang ni...buat2 tak paham je lah yer....

RINGTONE HP NOKIA 6500 SLIDE AKU

sajer je nak kasi tau..aku dah tukar ringtone aku dari lagu sumayyah ke lagu NUR KASIH..hehehehe kerek tak aku..tak kan...ni bukan apa..just nak bagitau jer..

best la layan lagu Nur Kasih..Permata Yang Dicari & Ketika Cinta Bertasbih...mambang ramlee dan mambang sudin..thanks noh my dear sebab tolong "gigi biru" kan lagu2 tu semua..sayang u all..

Motip siap bgtau aku pakai HP apa tu just nk bagitau sorang kawan aku ni..ayat kerek.."weh..aku pun mampu la nk beli hp lain selain dari hp 3315 aku tu..saja ja sebab 3315 tu masih elok buat apa nak mambazir...ni pun aku dah lama pakai"..pesanan aku kat dia..JANGAN PANDANG AKU SEBELAH MATA...hehehehhehe

KAD RAYA TAHUN 2009

Cerita lama gak ni..lapuk dah pun tapi nak tulis jugak sebab takut nanti2 aku lupa...

Tahun ni aku dapat 3 ja kad raya...1 sebelum raya..2 lagi lepas raya

kad raya pertama - opismate ..(tima kasih yo kasi kad raya pertama)

kad raya kedua - from hanim..(nim..tq..sebab masih ingat dekat kak ct..kak ct pun ingat anim n kak an)

kad raya ketiga - dari norhafizah nordin (terharunya sebab Fiza masih ingat dekat kak ct....tq my dear)

Tapi bak kata Maknah..heheheh.."hang pun tak bagi kad raya kat orang..takkan orang nak hantaq kat hang tiap2 tahun"..heheheh..nak gelak guling2 rasanya..tapi untuk makluman dan tontonan umum...KELEMAHAN aku..HANTAQ KAD..BALAS SMS..CALL ORANG.. tak reti nak buat cenggitu semua..tak pandai la beb..kalau telefon tu tak bunyi dalam 1 hari tu normal la..kadang sehari semalam tak berbunyi..bunyi pun kalau alarm je..kadang-kadang tu bila kakak aku telefon..dia akan cakap "nak tunggu adik dia telefon..jangan harap la"..heheheh..macam mana nk berubah ni...yang aku selalu dial no telefon adalah utk telefon mak n ayah dan sms Kak Bib..

boleh cenggitu kan...tapi ADER AKU KISAH!!!!...

SYAWAL 2009 - DI KAMPUNG

Dah lama tak menulis..sibuk dengan segala hal..dah banyak memotivasikan diri supaya alasan sibuk tu tidak diletakkan ditempat teratas..tapi itu jugak yang masih menjadi no. 1..aku pun pening...

Cerita syawal kali ini sama seperti sebelumnya..Bersyukur sesangat sebab tahun ini masih diberi peluang untuk menemui Ramadhan dan Syawal..tahun depan entah bagaimana..sempat ke tidak..

Persiapan untuk menyambut syawal pun aku rasakan tak semeriah sebelumnya..rasa seperti tak beraya pun..kueh pun just beli 2 jenis jer..tart nenas (sebab suka) dan almond london (wajib beli)..lain2 tu tak der pun..kalau org lain sibuk cari kasut raya..tudung raya..brooch raya..aku tak prepare pun semua tu..malam nak balik baru aku packing barang...tapi aku dah listkan apa benda yang nak bawak balik..lepas kemas rumah..mop bilik..cuci bilik air..sapu depan..dapur segala..baru rasa tenang nak tinggalkan rumah..supaya balik nanti kepala tak serabut sangat...dah siap kemas..letihnya tak boleh nak cakap...tapi sebab semangat nak balik kampung..letih tu letak ke tepi..

Kami (aku, Maknah & Salwa) bangun pukul 2.30 pagi..mandi dan aku prepare sosej untuk bekalan sahur dan kami gerak pukul 3.00 pagi..best jalan pagi..sejuk je..mata tak mengantuk sebab aku dah prepare nescafe. Sempat singgah di 3 perhentian dan Subuh di Bukit Gantang...sampai kampung (umah Maknah) pukul 9.30 pagi...

Sampai umah..tak rehat pun..bukak peralatan jahit..jahit baju Kak Long..sian Kak Long..Mak Njang lambat jahit baju dia...tapi tak larat..mandi dan zzzzzz...lepas zuhur jahit sekejap dan petangnya pegi shopping raya..kali ni aku dan Kak Bib betul-betul budget..

Ari sabtu..aku ngan Kak Bib pi pasar..rasanya tiap2 tahun pun kami jugak (maklumla kami je yang dah besar dan masih bujang)..kali ni ayah tak ikut...mak oii ramainya orang..nak beli ayam pun berebut2..tapi sebab dah kenal ngan yang jual ayam tu..so tak yah la tunggu turn kan..kat pasar ni jumpa ramai sgt budak sekolah...aku buat-buat kenal ja..pahadal aku tak ingat langsung nama-nama depa ni semua..nak cover la katakan...

Menu raya seperti tahun2 sebelumnya ..dan chefnya sapa lagi kalau bukan aku...SOTO.. tahun ni buat banyak sikit tapi habis awal jugak..sedap kot SOTO aku ..dakpun depa ni jarang makan SOTO..dok jumpak Bihun Sup ja..

Raya ke2 hingga raya ke5 aku dah mula puasa..paham2 la kan sebab apa..n raya ke5 tu my sepupu..Yus dah sah jadi wife kat Shahril..SELAMAT PENGANTIN BARU NOH..kenduri ni aku doakan hangpa ber3 plak..happy for them..soalan bila turn aku tu..aku jawab lenkali..to be continue...

Tu je kot citer syawal aku kali ni..nanti kalau rajin aku uplodekan gambar..tapi tak der banyak gambar pun...


Anak & Mak = Kak Bib dan Puteri tunggal dia..Nurul Ain Natasya


puteri bongsu & Hadi- hadi palingkan muka sebab tak mau mak teh dia cium..hehehe..masa kat umah Mak Su ni..gambar aku tarak noh..

p/s:..to Puteri Bongsu (pembaca tetap blog aku @ adik bongsu)...duit raya yang banyak tu simpan la noh..kan nak ikut kami pi bercuti..hehehe..

Wednesday, September 16, 2009

PUJIAN

aku memang jarang mendapat pujian atas hasil kerja aku..tapi kali ni aku nak kongsikan pujian yang aku terima from pegawai daripada JPA..


Waa'laikumussalam...


Terima kasih Siti.

Nice doing business with u. Cekap dan Pantas!

Tuesday, September 15, 2009

MUKA-MUKA BUDAK2 CUTE MASA NAK MAKAN KAT RIMBUN KLASIK


muka comel kami 2 orang ni...walaupun lapaq..senyuman tetap menawan..


ni sudin ngan ramli...ramli tu senyum menawan sebab hati tengah berbunga2...

hehehehe..ni la gambaq-gambaq kami kat Rimbun Klasik..nak berbuka kat situ..dah lama ajis ajak tapi tu la baru berkesempatan..jis..sedap seh menunya..habis diet aku sekejap...sudin sampai nak muntah2..aku ngan ramli je relaks...heheheh

BAJU MY BOS - BAJU 6


ni kat leher..kak fyza kata dia suka ngan design leher ni


tangan yang juntai...


tangan juntai-juntai lagi....

aku gunakan pearl sebagai inti bunga dan semua juntai-juntai tu aku gunakan kristal..berat la sikit..ni sama macam baju yang pernah dijahitkan pada baju kak fyza..cuma material yang digunakan sahaja berbeza..ni banyak guna pearl dan kristal...boleh dikatakan semua baju bos ada kristal...

bos...lagi 3 akan dihantar selepas raya yer bos...harap2 bos puas hati..
coming soon..aku baru cuba2 menjahit SF kat baju my bos..sebelah tu nampak mcm menjadi..harap2 menjadi la..aku kan budak baru belajar lagi....

BAJU MY BOS - BAJU 5


ni kat leher...


leher lagi


juntai di leher


kat cekik bawak sekali


ni plak kat lengan...

secara jujurnya aku suka sangat dengan baju ni..sukaaaaa..walaupun aku yang jahit tapi aku suka...sebab tu banyak gambar yang aku ambik..1 hari jer aku siapkan .. tu pun setelah best pren aku srh jahit jugak2...:D

.......bos..harap-harap okey la yer...

BAJU MY BOS - BAJU 4


ni kat tangan..macam baju merah tu jugak..lengan dia keras..dapat idea masa tgk bekas isi manik..simple jer..bunga dia ganti dengan kristal pink cair...


ni kat leher plak..berat sikit sebab semua bungan tu adalah kristal..kristal kan berat jugak kalau banyak...

..harap-harap puan okey...

BAJU MY BOS - BAJU 3


kat cekik kat tangan tu..simple jer..just jahit kristal...


ni kat lengan...pun simle jer...


ni kat leher...lagi la simple..

...harap-harap puan okey dengan baju ni..

p/s:kalau gambar tak okey tu paham-paham je la yer..just guna hp jer...nk pinjam kamera Puan Sue and Puan Ellia termasuk iPhone my bos semua tak boleh digunakan..

BAJU MY BOS - BAJU 2


kat tangan..sebab pakai pelapik kot..jadinya susah nak menjahit sikit..kena bersabar sebab keras seh...


ni kat leher..beza sikit dengan lengan..design asal masa buat baju puan baizura tapi ni lain sikit la...


ni pun masih di leher...biji tengah-tengah bunga semua guna batu kristal...tapi nk cari kristal yg boleh naik tu susah sikit la...ingatkan dah okey..

....harap-harap puan puas ati dengan baju ni...