Monday, December 21, 2009

ALI IMRAN

ali imran..sedap nama dia kan..secomel orangnya...

ali imran..nama yang diberi oleh nurse2 di HSB..baby yang ditinggalkan oleh ibunya sejak dilahirkan..yang tak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu yang melahirkannya..hanya mendapat belas ehsan daripada doktor2 dan nurse2 di HSB...yang ditinggalkan oleh ibunya hanyalah sehelai towel warna hijau yang ali selimut..

ali imran..baby yang berusia 6 bulan ini akan meninggalkan HSB pada 31 Disember 2009 kerana penjagaannya akan diambil alih oleh jabatan kebajikan masyarakat...sedihnya..aku yang jarang2 menjenguk ali pun sedih..apatah lagi 'abah-abah'nya...'mama'nya..'mummy'nya di HSB..pasti semuanya akan merindui keletah ali..

18.12.2009..sekali lagi aku menjenguk ali imran di HSB..biliknya dah dialihkan..ali ditempatkan seorang diri dibilik tersebut...sayunya hati..memang tidak dinafikan ali akan dijenguk setiap waktu..tetapi bayangkan baby sekecil ali masih memerlukan kasih sayang...ali masih lena waktu aku dan ain sampai..tapi tak tahan nak main2 dengan ali..aku cuba gerak2kan ali...tersenyum saja ali sambil membuka mata..agaknya dia dah biasa dikejutkan..ali hulurkan tangan minta diangkat...aduhh..kesiannya dengan ali..aku jadi jatuh hati dengan ali....

nurse2 disitu suruh aku ambil ali sebagai anak angkat...prosedurnya lebih mudah sebab kak bib staf disitu...sebelum ali diambil oleh JKM...lagipun 'history' ali pun dah diketahui...tapi satu sahaja ayat yang tak best didengar..."jika suatu hari nanti..ibu ali menuntutnya..keluarga angkat harus menyerahkan ali kembali"...aku tak sanggup utk itu....

ali..andai 'ummi' punya kekuatan untuk menjaga dan mendidik ali..sudah pasti ali akan 'ummi' jadikan anak 'ummi'...sudah pasti 'ummi' akan ambil alih tugas menjaga dan mendidik ali..tapi..sayangnya..'ummi' masih belum punya kekuatan itu...'ummi' masih belum yakin dengan keupayaan 'ummi' untuk menjaga dan mendidik ali sendiri...pasti 'ummi' akan menyusahkan banyak pihak...doa 'ummi' akan sentiasa mengiringi ali walau dimana sahaja ali ditempatkan nanti..

***sayangnya..aku tiada walau 1 pun kenangan dengan ali imran...

love u so much ali imran....

2 comments:

amnas said...

Salam...

awak ni kan...memang tau...pandai buat akak menangis...dah lah cuaca mendung kat luar tu, tapi yang dalam bilik ni dah hujan dulu....

i luv ali imran too...

semoga hidupnya nanti lebih diberkati...

ct'z said...

salam akak....

kak..saya tahan air mata masa jenguk ali..masa nak balik tu ali tak nak saya letak dia atas katil dia..nak saya dukung...kak..kalau saya punya 'kekuatan'..sure saya akan ambik ali sebagai anak saya...saya nak jagi 'ummi' untuk ali..tapi apa daya saya kak...moga2 ada insan yang 'ditakdirkan' Allah untuk jaga dan didik ali menjadi anak yang soleh kak...