Tuesday, June 29, 2010

cerita ceriti di kampung...

balik kg ari tu..sebab nak sambut father's day..so..ayah decide buat BBQ...kali ni best sangat..happening..kira best lah...


ni masa persediaan






Friday, June 25, 2010

'anak beruk' dah nak balik

malam ni 'anak beruk' ni dah nak balik..kepada 'tuan' anak beruk ni..sila la jangan malu bawak balik 'anak beruk' tu yer...

jom kita tgk si 'anak beruk' tu

:


:


:

:

manik



ni baju kak sam..dah siap yer..ari ni antar pada kak fyza (tapi letak dalam bilik aku jer)..sebab aku kan g kursus kat cyber jaya..modul penamatan perkhidmatan...okey yer anak2..nanti minggu depan cikgu ajar yer macam mana nak guna modul ni...

harap2 kak sam berpuas ati...maklum la..den ni tak kreatif..

Tuesday, June 22, 2010

Kenapa Masih Belum Berumahtangga ? (copy)

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam

baju raya

tolonggggggggggggggg...sapa leh tolong buatkan baju raya untuk aku...aku lupa yang tahun ni raya bulan september..my besday...nak datang raya bawak hadiah yer!!!!!..

baju raya aku tak buat lagi..tak der orang nak ambik dah...tahun ni jer korang...tahun depan aku jahit sendirik..aku nak g belajar jahit baju dah ni..

tadi aku dah call tailor aku..dia tak janji boleh siapkan ke tak..aku nak hantar sepasang jer..yang lagi berpasang2 tu tunggu la..

tahun ni baju aku sama dengan nurul ain..sekain..tu yang mak dia cakap.."ain ni anak mak njang ka?..baju raya pun sama macam mak njang"..yalah kan ...aku kan tak der anak...baju sama macam anak menakan pun cukup la...

korang..kalau ada tailor yang masih available dan okey jahitannya..kasi tau yer..

KCT..KCT..KCT 1981

yer..tuan2 dan puan2...KCT memang impian aku...untuk persona elegance...aku nak sangat2 kereta tu..tak tau kenapa..jatuh hati betul2 dengan persona elegance..kalau lalu tepi..pergghh...ada yang nak kasi free tak kat aku?..hehehehe

ok..no. pendaftaran yang aku nak KCT 1981..tapi KCT dah keluar dah sekarang ni..tak dapat la nampak gayanya..sebabnya..ada perkara yang perlu aku settlekan dulu sebelum menjelang angka 30 kupang..tu kena settle dulu sebabnya elegance tak akan kemana2 kan..KCT tu jer yang akan terus jadi KCU...tak perlah..ada rejeki aku..ada la kan...

sesentengah orang kata...angan2 tak baik..takut jadi angan2 mat jenin..tapi aku ikut kata raja ema.."angan2..biar menjadi kenyataan"..so..dulu aku berangan2 jer nak masuk U..tak sangka..masuk jugak..dulu..aku berangan2 jer nak pakai jubah konvo..insyaallah..aku akan pakai lagi sekali..dulu..aku berangan jer nak kerja gomen..alahai..rejeki..dapat keja ngan gomen jugak lepas habis belajar..umo muda lagi time tu..dulu2 syok tgk orang mai keja pakai baju lawa2..make-up segala..pakai kasut tumit tinggi..bawak handbeg grandmerand...dah keja..tak buat pun segalanya...

okey...elegance...sabar yer..one fine day..u will be mine forever..InsyaAllah..one fine day...



****mesti orang cakap..alahai..berangan nak pakai elegance jer..wadapa..elegance la dulu sebelum tukar ke HONDA ka..BMW ka...5 series ka...

HAPPY BESDAY FARIS DANIAL

22 Jun 2007..faris danial...anak kepada puan norhafiza dan encik saiful lahir ke dunia..hehehehe..sama macam no pendaftaran kereta mama dia...

masa mula2 faris lahir..dah ajar faris panggil ummi..sama macam anak kak mai ngan anak ellia..ummi tu...masa mula2 faris sebut ummi..rasa mcm nak nangis..sebabnya..mana pernah dia panggil..sekali dia sebut ummi..macam tak percaya..

buat faris...ummi doakan faris menjadi anak yang soleh..anak yang baik..anak yang mendengar cakap mama dan ayah..jangan lupa ummi yer bila dah 'terbang' nanti..


ni gambar faris masa dalam pantang...menjeling tu...sekarang faris makin handsome..

Sunday, June 20, 2010

HAPPY FATHER'S DAY

hari ni..20 Jun 2010...
hari bapa..
buat ayah...
thankss...tak tau nak tulis apa...
sebab tak terluah rasa sayang dan kasih buat ayah tercinta...
ayah yang sporting...
yang boleh kongsi cerita macam2...

######################################
juga buat insan-insan yang bergelar bapa..happy father's day..
jadilah bapa yang baik untuk anak2 anda...
didiklah anak2 anda menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat..

biarlah 'asli'

ermm..aku baru menghabiskan 1 novel ni..aku beli sebab 'gosip' pasal novel ni gah diperkatakan..gila hangat la..sebab dia ada followers sendiri...tapi bila dah mula baca..aku boleh tutup..letak tepi..

pada aku..biaqlah sesebuah karya tu asli..biaqlah datang dari idea sendiri..jangan cilok sana..cilok sini..kalau tak der idea sgt..jadikan novel tu pendek..letih sebenarnya kalau baca novel yang sekejap sana..sekejap sini..tak paham sey..apa yang nak disampaikan sebenarnya...

aku dah ada pengalaman lebih 12 tahun menjadi pengumpul dan pembeli novel dan tak pernah miss sejak pesta buku diadakan..jadinya..aku dah tau kalau ada novel2 yang menciplak hasil karya orang lain..jangan la buat cenggini..dah terang2 dua part dalam novel tu dia tiru novel seorang penulis yang aku kenal..sebab apa aku dapat cam..sebab aku peminat setia penulis tu..confirm2 dua part tu dia tiru meskipun dia cuba adjust2 sikit2...tapi aku still boleh tangkap..

mesti orang cakap..kalau tak suka tak payah bacakan..yer..tau..tak suka tak payah baca...tapi..dik non..biaqlah asli yer dik non..timba pengalaman dulu..jangan meraban sgt...secara jujurnya ..aku sendiri pernah cuba2 untuk menulis cerpen..pernah aku hantar untuk satu blog tu..aku tak guna nama sendiri..aku guna nama lain..dan aku pernah emailkan karya aku pada Fauziah Ashaari suatu ketika dulu..hahahaha..lawak gila...banyak komen dia sebenarnya..so..aku tau bukan senang nak menulis sebenarnya..kena banyak buat research...

kenapa yer aku tak nyatakan apa buku tu...sebabnya..tak perlu la kan..kalau seseorang tu mmg peminat novel2 melayu ni..dia akan tau..

so..selamat membaca...

Friday, June 18, 2010

dari email - kalau haiwan ada FB

email ni en. fir yang kasi..lawak la plak aku rasa
--------------------------------------------------------------------------

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu…….

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar,sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee
seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2....nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al-Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke
5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

MELUR BUNGA IVY - NAZURAH AISHAH


(belakang buku---> copy dari jemari seni)
Loving an Ivy

Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.

Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.

Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?

Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?

*****************************************************

karya naz kali ni memanggggggggg berbeza...tahniah naz..naz mampu menghasilkan novel sedih2 kelakar..apa tu sedih2 kelakar...sedih sebab khalida kehilangan husband dia.... tapi yang tak boleh tahan tu ngan Azam..memang sesuai dengan nama AZAM..sungguh berAZAM..

novel kali ni..mengingatkan semua kepada buku2 naz sebelum ni..semua ada..ikhmal pun ada..hehehe..aku kagum la dengan naz..macam mana yer dia boleh menulis novel begini..buat kajian ke naz pasal bunga..oppss...lupa plak..naz kan peminat bunga...aku suka novel yang penuh dengan maklumat yang tepat..bukan khayal semata2..

okey..pasal novel ni..macam yang sinopsis tu la..nak cerita panjang pun..lenguh ke nak menulis..tapi memang BEST..korang tau kan..kalau tak best aku tak letak dlm blog...nak tau apa jadi pada Azam yang sungguh berazam tu dengan Khalida...sampai Azam pengsan2..baca la korang...hehehehe..

buat naz..TAHNIAHHHHHHHH...tak sabar nak tunggu karya terbaru..

TAK SECANTIK HUSNA - AINUL HAZRAH


Penulis: Ainul Hazrah
Halaman: 504
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-551-4

Sinopsis:

LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia...” -Luqman HarieZ

**************************************************************************
dah jarang sebenarnya aku membeli novel alaf..aku hanya beli kalau penulisnya aku dah biasa..tapi karya ainul ni..membuatkan aku jadi tak tahan..adik aku kata..beli novel ni..best..aku ambik je la kan..20% tu diskaun dia..dan ternyata..'abang man' ngan 'tija' ni membuatkan aku tak tido sampai pukul 4 pagi..apa kes tu..kes BEST la jawabnya.....tak mau cerita..sapa nak tau kena baca...

HUTANG DAH SETTLE

akhirnya...aku mampu menarik nafas lega..
hutang2 aku ngan Datin dan dengan kawan kak fyza akhirnya dapat disettlekan..
cuma..baju Datin..aku tak dapat jahitkan lehernya..dah try tapi aku nampak tak cun..asyik tak menjadi..last2 bukak balik..part tangan pun aku bukak balik..tu kali ke 3 aku try..aku letakkan kain gam..maaf yer datin kalau tak puas hati..sowyyyyy


lepas tu hutang aku pada kawan kak fyza..umur baju dengan dengan aku sama umur dengan baju datin..lama sey..maaf yer..sebab semester akhir aku amat2 bzzzz...nak buat macam mana kan..kali ni aku jahit guna mahik panjang2 tu utk batang dia..mula guna manik pendek tapi kurang nampak la..tukaq kepada manik panjang...banyak guna manik panjang tau sebab jahit kat badan sekali


dalam sibuk2 tu..aku jahitkan baju kak yan (ex-h.mate)..dia nak pakai masa AKC..masa suntuk..aku tak sempat nak buat elok2 utk badan..just jahit ikut bunga jer..sowy yer kak yan..tak dapat nak melaram2..


sehelai lagi hutang aku..aku lupa nak ambik gambaq..baju my BFF..yang jauh di dungun terengganu...alonggg...maaf yer..baju dah lama siap..ingat nak hantaq masa nak g melaka..tapi kesihatan kurang mengizinkan la..

okey...sekarang ni tgh siapkan baju kak sam..selai lagi jer tak siap..pastu dah tak ader baju dah nak jahit..boleh la jahit baju sendiri plak kan..labuci banyak tu..heheheh..

to my lovely sister..kak bib..thanks noh..khidmat dia membantu aku menyiapkan baju2 tu semua...

cuti sekolah

cuti sekolah baru ni aku aku balik kampung...
anak menakan nak kawin (dah kawin pun)..anak sepupu...
makanya..aku yang dh lama tak makan kenduri ni pun balik la...

alkisahnya...masa kat kg..ayah beli daging lembu..
sembelih pagi tu..hujan...sekor lembu syer 10 orang...banyak seyyy...
hujan tu masa sembelih lembu..
kat bawah ada gambarnya..


sekoq lembu....umuq baru 2 tahun..


kepala lembu...


lidah lembu...panjang noh lidah dia..

balik ari tu jugak...
kami sambut besday Muhammad Najmi Hadi...
anak tunggal lelaki abang...
buat makan2 macam biasa..sempena kak bib dapat AKC..
kak bib keluaq duit belanja untuk majlisnya..bukan buat pa pun..
masak mee kuah ja..(aku tolong kacau..yang masak ayah)
mulanya risau..seperiuk besaq..takut tak habis..tapi alhamdulillah..
aku keluaq duit beli kek ja..
nak beli SR sebenarnya tapi kat AS habis lak indulgence ngan fudge..
kat Jitra pun tak dak..tak dak rejeki la..

ni la besday boynya..baru 2 tahun..asyik kena cucuh lilin ja..sat2 nak tiup..

ok..next birthday ni..aku tak tau bila..yang pasti aku akan balik kg 25.6.2010 ni..sempena father's day..apa yer hadiah nak beli kat ayah..mother's day kasi handbeg kat mak.. beli purse ka?..heheheheh..nanti la pikiaq noh..

HITAM ITU MANIS...

yah...yang hitam itu manis..

tiba-tiba aku rasa nak tukar blog ni jadi kaler hitam..

dah lama berpinky2 ni kan..

maklum la...

hitam itu manis...

Thursday, June 3, 2010

yey...yey...yey...thankssss mama adif & yuyin

YEY..YEY...YEY...THANKS BUAT MAMA HADIFF AND YUYIN SEBAB GIGI BIRU KAN LAGU SHAHIR KAT KAWE..MALE NI KAWE NAK PASE LAGU BUAT GEWE KAWE..HEHEHEHHE..BIAQ MENANAH TELINGA DIA...KAKKAKAKAKAKAKAKAK

ummi...ummi...dah jumpa da!!!!!!

ummi...hehehehe..memang handsome la bakal menantu ummi tu...puas godek2..macam mana nk kasi jelas gambaq menantu ummi tu..sekali bos ajaqkan..mekaceh bos...jasa mu ku kenang...ummi..confirm la nak pergi kenduri kawin diorang nanti..nak tgk yusoff dekat2..hehehehe...


p/s:..ummi..bunga pahar dalam process yer...nnt kita hantar...

jeng...jeng..mari kita lihat rupa bakal menantu ummi...

"

"

"

"

"

(muka yusoff tu macam ni..sejibik katanya...hehehe..kita tunggu bulan 7 nnt..nama pun sedap..YUSOFF)

Wednesday, June 2, 2010

masih lagi demam pasal mamat ni..hahahahaha


tiba2 rasa nak update bila hanis tanya.."demam pasal shahir lagi ke"..agaknya dia dah bosan kot dengaq lagu ni hari2..hehehhehe...xcely..aku dengaq lagu ni dalam 1 blog tu..so..dia pusing lagu yang sama ja..wat to do..:D

Tuesday, June 1, 2010

suka-suka..saja-saja..gatai tangan

saja2 jer ni..nak hilangkan kegeraman kan..



arrrrggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!



aku GERAM...SAKIT ATI..semua ada...dah org buat baik pijak kepala plak...adusss...grrrrrrrrrr...nampak baik..innocent jer...lemah lembut..gemalai melai ...tapiiiiiiiii...perangai hampesssssss...konon2 tak tau..belakang akuu..kemain lagi yer..

seriusss muka aku macam hampes 2/3 ari ni...sebabnya..ko sendirik mau ingat la...aku cepat baik dan aku juga cepat hanginnnnnnn...sendirik mau paham la..aku tak boleh la...perangai dia membuatkan markah aku utk 'golongan' itu bertambah 100%..tolong laaaaaaaa....

eeee..geramnya akuuuuuu..gerammmmmmmmm.......gerammmmmmmmmmm.....sabar la wahai hati...SABAQ..SABAQ..SABAQ...SABAQQQQQQ..SABAQQQQQQQQQQQQQQ

ubat utk kegeraman aku ni tak tau la bila akan ada..geram aku ni tak tau bila akan surutttttttt...