Showing posts with label Catatan Tentang Novel. Show all posts
Showing posts with label Catatan Tentang Novel. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

JET JONAH - IKA MADERA


Jet Jonah
Penulis: Ika Madera
Editor: Noor Suraya bt. Adnan Sallehudin
Terbitan Jemari Seni Publishing
Cetakan Pertama Nov. 2010
528 muka surat
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00

BELAKANG BUKU!!!!!
London, 2007

"Tak ada apa pelan!"
"Whoaaa, whoaaa, kau dah suruh aku bangun pagi2 datang ke sini! Terang fasal tu dan terus balik? Mana aci!"
"Habis tu?"
"Kita pergi jalan2!" usul Jet.
"Ke mana?"
"Ahah! Biar Kapten Jet jadi pemandu pelancong anda hari ini ya?"
Jonah tertawa mendengar nada suara Jet yang dibuat ala-ala sura Captain Planet pula. Kartun kegemaran mereka berdua waktu kecil dahulu!

Ya, biarlah Kapten Jet yang mengemudikan hati itu ke hati ini!

1 Syawal, 1428

Cantiknya Jonah berbaju kurung warna merah jambu, cair hati Jet: macam manalah tak jatuh hati. Rupanya hati Ikhwan yg dipautnya.
"Izzat, dengar tak apa emak cakap ni? Senyap saja kamu?"
"Tak dengar. Maaf, Izzat penat sangat rasanya."
"Hmmm... berehatlah. Tak pergi ke mana-mana ke hari ini?"
"Rumah Kak Melati tadi."
"Ohhhh, jumpalah Jannah sekali? Sihat dia?"

Sihatlah emak! Org lain bahagia bercinta, anak emak yg merana sekarang ini!

KATA AKU!!!!!!!
memang best...aku cukup suka kalau cerita cenggini ni...bab bawak diri sampai kota london..bab berjumpa melalui FB...dah jumpa malu2 plak..alahaiii..memang pandai la penulis dia...

tak mau cerita panjang..nak tau baca sendiri....

HARGA SEBUAH CINTA --- HANI FAZUHA



Harga Sebuah Cinta
Penulis: Hani Fazuha
Editor: Ruzita Awaludin
RM18.00
sbh /sarawak Rm21.00
451 mukasurat

Kenapa setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dgn titis air mata?

Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yg menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dgn Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yg menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman.

Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yg telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat utk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir2 dia terhenyak duduk tidak berdaya.

Dlm kekalutan, Zhafir tiba2 menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafirr, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata utk mendptkan haknya sbg suami?

Ada apa pada gadis biasa sptnya sehingga byk hati yg harus terluka?

KATA AKU.

awalnya aku mmg ambik masa nak baca buku ni...takut tak best...tapiiiiiii...bila aku dah pegang.. mmg best...
kisahnya tentang fea yang bersahabat dengan zura..dan disitu dia bertemu dengan ikmal dan ummi yang sgt baik dengan fea...fea ni anak yatim piatu..sebelum ni fea pernah berkawan dengan arman..time tu mak fea jadi org gaji rumah arman..cinta tak direstui la time ni..

masa berkawan dengan zura menemukan fea dengan zhafir..abang fea yg sebelum ni tinggal di o/sea..kebetulan pulak..arman pun berkawan dengan zhafir..cinta lama nak kembali la tapi fea tau yang zura pun ada hati pada arman..jadinya dia nak mengalah..zhafir ni plak dh tangkap cintan dengan fea..langsung dia ambik kesempatan ni utk kawin dengan fea...fea pulak dia ambik peluang ni utk ikmal kawin dengan nisha dan zura dengan arman...tapinya macam2 syarat la dia bg kat zhafir dan zhafir setuu ja...

mcm2 la yg jadi bila fea ni dah kawin dengan zhafir..sedih ada...gelak tawa ada..nak tau best ke dak..baca la sendiri...yg pasti ending yg best....

***banyak spelling error****

Wednesday, March 16, 2011

NOVEL - CINTAMU NADIKU

dah lama tak tulis tentang novel....nak hilangkan stress..so betul-betul mood okey w/pun pada tarikh2 ni setiap bulan..mood tak akan okey..jadinya dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 2.00 petang hari ni..aku mmg hadap buku ni di ofis...(sambil buat kerja sikit2..yg melibatkan sistem)...

okey...




terima lah...CINTAMU NADIKU - NORZAILINA NORDIN
Cintamu Nadiku-Norzailina Nordin
Harga: RM 19.90
Halaman: ~528

Sinopsis

ADA banyak istilah tentang cinta. Manusia juga mudah keliru dengan cinta, antara cinta dan nafsu, antara kasih dan kasihan. Karmila menerima lamaran Wazif bukanlah berdasarkan cinta yang sempurna. Dia bersetuju kerana mereka sudah saling mempercayai. Setelah berkahwin, Wazif mula berubah hati. Berada di sisi Wazif terasa lebih sepi daripada dia bersendirian. Namun, Karmila sedar lelaki dan perempuan yang bercinta pasti akan menemui halangan sebelum mengecapi kebahagiaan. Mungkin inilah kisah percintaan hakiki yang menuntut seribu pengorbanan.

Tetapi semakin hari, hidupnya disulami rentetan peristiwa ganjil. Karmila kaget bila diberitahu kemelut rumah tangganya mungkin angkara sihir. Dia tidak mampu melawannya kecuali berdoa kepada ILAHI. Mengapa dan siapakah yang iri hati dengan impiannya untuk merasai hikmah bercinta dan dibuai keasyikan perasaan?


KATA AKU...

aku suka..memang cerita begini dah lama aku tunggu..akhirnya dapat jugak aku baca..aku paham perasaan mila...macam pernah terjadikan...esk aku tulis panjang2..stress datang balik..lama2 aku mati sebab stress ja...

okey..aku sambung review aku la konon2 pasal novel cintamu nadiku ni...
kisahnya tentang 3 sahabat baik..karmila @ mila, wazif @ waz dan mustaza @ mus...ketiga-tiganya berkawan baik dan berumur 29 tahun...
mila ni cikgu, waz businessman / bisness keluarga dan mus pun sama tapi waz la paling kaya...kisah bila mus melamar mila utk dijadikan isteri dan berjanji akan masuk meminang mila bila bisness dah okey sebab time tu family mus mmg ada masalah...jadinya dia mintak tolong mila utk habaq kat waz supaya 1 tender tu dapat pada keluarga si mus ni...mila ni pun setuju utk terima mus sebab dia pun tak dak sapa...time tu jugak mama si waz ni dok sibuk cari pasangan utk waz..jadi dia pikir..kalau waz dh kawin..sunyi la kan..korum tak cukup...

disebabkan hal tu..mila mention pada waz pasal mus dan waz kata jangan risau....okey...waz dan mus bertemu pasal hal tender tu dan waz mention pada mus dia akan melamar mila..mus terkejut tapi mus jugak mention yg dia dah propose mila...then depa 2 org ni buat perjanjian yg after a year, waz akan lepas kan mila dengan mila masih suci..then mus call mila mcm marah2 dan bgtau hubungan depa putus..mila frust jugak la sebab dia ingat dia dh boleh tamatkan zaman single dia...

sebab pa waz ni nak masuk minang mila adalah kerana mama si waz ni yg nak sgt waz kawin sebelum 30 tahun..jadinya waz pikir org yang boleh bantu dia adalah mila...so..waz pun propose mila tapi sebelum tu dia bawak mila p jumpa dengan mama dia (time ni waz belum propose lagi)...mama si waz ni siap dok nak ukur baju utk bakal pengantin dan dh bahasakan diri dia mama kat mila...

nak dipendekkan cerita...mila pun kawin ngan si waz ni...semua tanggung beres yer..sebab mamam si waz ni kata kalau waz ni kawin sebelum 30..semua dia tanggung...tapinya...rupa2nya mama si waz ni adalah bekas df bapak si mila...adus...dendam sungguh mak mentua mila ni ngan mila...jahatnya dia sampai bg mila minum teh herba nk bagi mandul...mila ni plak ada kawan yg dia jumpa di highway masa keta dia rosak, nik fazwan..lepas kawin, waz kn p korea (waz ni kacukan korea melayu)..so..mila pi jumpa nik fauzan ni..ada la mak datin mana ntah ambik gambaq then bg kat mama si waz...

apa jadi pada mila dan waz?...pada mus?...pada zaza (watak jahat)?...yazmin@mma waz?...bacalah..CINTAMU NADIKU..memang best...tempat2 dalam ni semua aku tau jadinya aku suka la baca..yang pasti tak akan membosankan dan merugikan anda...aku suka WAZIF & KARMILA....

Friday, June 18, 2010

MELUR BUNGA IVY - NAZURAH AISHAH


(belakang buku---> copy dari jemari seni)
Loving an Ivy

Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.

Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.

Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?

Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?

*****************************************************

karya naz kali ni memanggggggggg berbeza...tahniah naz..naz mampu menghasilkan novel sedih2 kelakar..apa tu sedih2 kelakar...sedih sebab khalida kehilangan husband dia.... tapi yang tak boleh tahan tu ngan Azam..memang sesuai dengan nama AZAM..sungguh berAZAM..

novel kali ni..mengingatkan semua kepada buku2 naz sebelum ni..semua ada..ikhmal pun ada..hehehe..aku kagum la dengan naz..macam mana yer dia boleh menulis novel begini..buat kajian ke naz pasal bunga..oppss...lupa plak..naz kan peminat bunga...aku suka novel yang penuh dengan maklumat yang tepat..bukan khayal semata2..

okey..pasal novel ni..macam yang sinopsis tu la..nak cerita panjang pun..lenguh ke nak menulis..tapi memang BEST..korang tau kan..kalau tak best aku tak letak dlm blog...nak tau apa jadi pada Azam yang sungguh berazam tu dengan Khalida...sampai Azam pengsan2..baca la korang...hehehehe..

buat naz..TAHNIAHHHHHHHH...tak sabar nak tunggu karya terbaru..

TAK SECANTIK HUSNA - AINUL HAZRAH


Penulis: Ainul Hazrah
Halaman: 504
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-551-4

Sinopsis:

LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia...” -Luqman HarieZ

**************************************************************************
dah jarang sebenarnya aku membeli novel alaf..aku hanya beli kalau penulisnya aku dah biasa..tapi karya ainul ni..membuatkan aku jadi tak tahan..adik aku kata..beli novel ni..best..aku ambik je la kan..20% tu diskaun dia..dan ternyata..'abang man' ngan 'tija' ni membuatkan aku tak tido sampai pukul 4 pagi..apa kes tu..kes BEST la jawabnya.....tak mau cerita..sapa nak tau kena baca...

Thursday, May 27, 2010

SWEET SOUR - NAZS



BELAKANG BUKU

A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.

“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
* * *
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?

Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!
-------------------------------------------------

itu kata buku..kata aku..memang bestttttttt..tapi mata aku still bengkak untuk part2 tertentu..
1) part zarul kasi kad kawin
2) part pergi wedding zarul
3) part tau yang jackie tu GF JJ
4) part hantar JJ pegi airport (ingatkan g Itali rupanya g Miri)
ada lagi ni..tapi lupa la plak..

tapi buku ni memang best..cinta ..kelakar..sedih..keluarga..semua ada..macam aku lak dalam cerita tu..zarul tu aku bayangkan shahir la (masa ni hero aku mmg shahir je..gatai!)..JJ tu tak terbayangkan sapa2 pun (tak tipu)..tapi tu la..mana ada pompuan yang macam Alia Akma @ Kak Long @ Yaya @ Orang..berani gila kawin ngan JJ yang 'player' tu..every saturday at my place..tequila segala..tapi manusia kan berubah...

JJ ni kelakar..dah jatuh cinta..ha..hambik ko..segala cara dia buat utk dapatkan Lia..heheheh..aku suka..cinta sejati la katakan..tapi orang tua kalau merajuk & cemburu ni teruk gak yer..buruk pun ada gak...pandai nazs yer!!!!.

part Lia kena bayar rega cincin yang rega puluh2 ribat tu..mmg best...yelah kan..kalau JJ bayo sendiri sure tak rasa 'kemanisan' dan kesweetan nya..heheheh...betul tak kawan2..sure masa cincin kawin korang dulu..korang nak hubby@laling korang yang bayar dan belikan..betui tak...aku tak tau la..sebab blom kawin..tapi kalau ditakdirkan kawin esk2..mmg cincin aku srh dia belikan..sebentuk je bang..tak banyak..(tu pun tak der yang nak kasi..hehehe)..hantaran tak der letak riban2..yg penting lepas tu..ada ongkosnya ngak?..mau pegi libur2..heheheh (apa da aku melalut ni)

sebenarnya nak suruh korang baca buku ni...aku baca sampai migrain..sampai bengkak mata..gelak2 sorang2 dalam bilik..hehehehe...tak kelakar..eh..lantak la..aku yang tulis kan..

Thursday, May 20, 2010

BIDADARI HUJAN - NOOR AZZAHRA




SINOPSIS DARI JEMARI SENI
***************

Kasihan itu salah satu cabang cinta!

I

Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran untuk pertama kali.
Dia Bidadari Hujan yang memayungi aku dengan payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya.
“Harap-harap esok pagi hujan lagi!” kataku sambil menghadiahinya senyum.
Matanya memanah hatiku dengan busur arjuna. Lalu hari-hari selepas itu, aku bukannya lagi Raimy Haidar yang dulu.

II

Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung.
“Macam mana saya nak pulangkan?”
Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku.
Oh, dia bukannya Bidadari Hujan aku yang dahulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti.
“Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya.”

Apa jawab hati aku pada saat ini?

* * *

Tulisan NOOR AZZAHRA buat yang mahu mentafsir cinta dari sudut yang lain. Benarkah lelaki tidak halus hatinya dalam menzahirkan cinta? Bolehkah cinta datang buat kali keduanya? Tanyalah kepada Bidadari Hujan, biarkan dia yang menjawab semua persoalan anda itu!

KATA AKU TENTANG NOVEL INI........

pertama-tamanya..MEMANG BEST...aku suka..aku jatuh hati dengan novel ini..teragak-agak nak beli mulanya..tapi aku yakin dengan 'kelahiran' JS...tidak akan menghampakan aku..TAHNIAH BUAT NOOR AZZAHRA...

Rain @ Raimy Haidar...seorang lelaki yang sukar utk jatuh cinta..namum cinta pandang pertamanya buat Lia membuatkan dia tak nampak perempuan lain..Rain anak tunggal..sukakan hujan (sebab tu panggil Rain)..anak yang baik..seorang akauntan..wah..nice package tu kan..tapi 'kegembiraan' Rain dengan Lia berubah apabila nenek Rain meminta Rain untuk mengahwini Sufi..siapa Sufi ni ..anak org kaya mana plak kan..selalunya begitu la kan..bila keluarga nak jodohkan mesti anak orang kaya kan..tapi sangkaan aku meleset...siapa Sufi...nanti aku tulis..bukan cerita yer..tulis!!!..

Rain mulanya memberontak..menolak..macam2 la..tapi akhirnya mengalah dengan permintaan terakhir neneknya..bukan bermakna nenek Rain tak suka cinta pertama Rain tapi ada sebabnya...

Sufi..gadis yang baik..anak yang solehah..keluarga biasa2 saja..anak tunggal...tetapi ditinggalkan oleh sang tunang yang jauh di negara matahari terbit disaat2 bakal disatukan...kelukaan itu menjadikan Sufi 'sakit'...so..disebabkan terhutang budi dengan keluarga Sufi..nenek Rain nak langsaikan 'hutang' lamanya..

maka..kahwinlah Rain dengan Sufi tanpa kerelaan Rain dan Sufi sendiri..sedih..memang sedih saat malam pertama Rain dengan Sufi..Rain luahkan apa yang terbuku dihatinya..dan meminta Sufi tidak mengharapkan apa2 dari perkahwinan yang dibina..padahal Rain sendiri tak tau kisah Sufi...so Sufi mintak depa dapat 'berlakon' dengan baik di depan parents masing2...

masa Sufi pindah rumah Rain di PD..Rain langsung tak layan Sufi..sedih la wei..tambah2 masa Rain tak beli makanan untuk Sufi..sepanjang di PD..memang Rain ni Kerek la ngan Sufi..apa yang Sufi masak semua tak makan..belagak..asyik dok ingat kat Lia jer w'pun time tu Lia dah nak kawin ngan pilihan family dia..

so..nak dipendekkan cerita..satu malam tu Sufi tertumpahkan susu atas dokumen si Rain..bukan salah Sufi pun..Rain tu yang hangin..boleh print lain apa..aku yang hangin time tu..hehehe..so..malam tu Rain keluarkan kata2 kesat kat Sufi..Sufi minta maaf dan cakap dia takkan ganggu Rain lagi..sedih aku ngan Sufi time ni..nangis seh..malam tu Rain keluar rumah..sakit ati ngan Sufi...

sepanjang dia keluar rumah..dia off kan hp..konon2 tak nak diganggu oleh Sufi..tapi time ni la rupanya ummi dan abah Sufi meninggal dunia..sebab kemalangan...kesian Sufi masa ni..aku nangis lagi..padan muka Rain time ni..tapi yang paling sedih tu..bila ayat pertama Sufi pada Rain..'terima kasih kerana sudi datang'..'dosa kelmarin Tuhan dan balas semalam'..serius beb..time ni lencun hujung selimut..

pastu kan..ntah mcm mana si Rain jatuh hati kat Sufi..dia nampak..Sufi lah wanita yang dia nampak dalam mimpi dia masa dia..masa ni Sufi sakit..Sufi demam .. tapi sebelum tu Sufi sakit @ demam..panjang la nak cerita..

tapi..seriyusss aku cakap..dalam sedih ada gembira..dalam sakit ati dengan Rain ada yang kelakar...baca la korang..happy ending..best..yang pasti ..tak rugi la..

Friday, July 10, 2009

AKU ADA KAMU - LILY HASLINA NASIR


Buku ni aku pegang letak, pegang lagi..letak lagi..10 kali pergi MPH pegang buku yang sama..then suatu hari aku pergi dengan sepupu..dia kata dia rasa buku ni best..kalau dia kata best tu..beli la..tak rugi kot...akhirnya...AKU ADA KAMU..sah jadi milik aku...cayalah...memang best...lawak ada..sedih ada..romantik ada..bak kata ..cukup lengkap la...

kad depan buku ni tulis.."Walau yang datang ramai beribu, hatinya lekat pada yang satu"

Citer ni mula2 baca dia ceritakan tentang Sofi Aidura atau Dura yang menjadi kegilaan kat kampus dan kat mana2 saja..student lagi..duduk menyewa dengan Suraya dan Nora..naik myvi hitam..gitu ler..ramai betul yang nak dekat dia ni..sampaikan orang blok rumah dia tu asyik kata dia kupu-kupu malam ..sampai dah bagi amaran la.. Dura ni berkawan dengan Hisham..macam masing2 dah suka la..dia suka kat hisham..hisham pun cinta kat dia...yang mamat-mamat lain tu utk kepentingan dia je la..

Dalam senyap-senyap tu ada la pulak mamat yang dia anggap kawan biasa masuk meminang..mau tak terkejut maknya..sib baik tak jadi...mamat tu tak cukup jantan..hahahah..pastu hisham ni kena denggi...lepas je sihat dari denggi ni terus nk kawin...tapi Dura ni ada saka..macam-macam la nak citer ..tapi percayalah...buku ni besttt...dalam ni jugak ada watak sheila, kawan sekerja hisham..gediksss nak mamposssss..menci aku...dia panggil Dura tu budak sekolah...boleh macam tu..

Paling jahat..dia hadiahkan tanah kubur pastu ntah apa2 lagi masa majlis hisham and Dura kat sungai buloh...tapi baiknya hati hisham ni dia pergi buat artwork plak kat benda alah tu..orang seni la katakan...

Paling best..dan kelakar la aku rasa..masa lepas kawin..hisham n dura nak pergi ambik barang kat umah sewa dura..tapi dia tak bagi hisham masuk..sedangkan hisham tu suami dia..then time tu jugak la pakcik2 blok tu pergi cekup diorang...sib baik ada bukti dah kawin..lagi satu paling best..Kkapten Khairul siap tepon mak dura nak hantar rombomgan sedangkan time tu dura dah nak nikah dah tu...lawak2...

Macam-macam la jadi kat perkhawinan diaorang tapi disebabkan pegangan agama dan cinta yang kuat..akhirnya bahagia menjadi milik diaorang...tapi yang tak sangka tu...Kapten Khairul tu dok kejar Suraya sbb nak cari Aidura. Last2 diorang pulak yg kawin...lawak22

------> baca la korang...tak rugi...memang best..kalau aku baca buku ni aku teringat kat Siti Mariam..kawan aku..pergi UMS Labuan nak menuntut ilmu..last2 kawin dengan pensyarah sendiri time tgh belajar tu..sekarang tengah menunggu kelahiran anak kedua dan dah berpindah balik ke semenanjung...husband dia nk buat PhD..lepas ni jadi "Aina anak Dr.Azri" la yer..dia kata patutnya pi UK tapi sebab tak boleh balik kg selalu..buat kat UKM pun okey..

sinopsis belakang buku:

Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yg ini, ambil yang itu, tidak suka yang itu, tukar yg lain. Namun di sudut hati, Hisyam seorg sahaja pujaan hati. Tika inai masih merah di jari, pasangan ini mula diduga. Gara-gara Sheila yg mencintai Hisham dan tergila-gila. Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yg pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja. Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.


RM23.00
646 mukasurat

NOVEL - RAHSIA HATI SOFEA BY NAZURAH AISHAH


Dah lama aku nak menulis tentang rasa hati aku bila membaca novel RAHSIA HATI SOFEA...aku mula mambacanya dalam e-novel..dan aku setia menunggu kesudahan hidup sofea dan ikhmal..apa jadi pada cinta nizam...dan kesudahannya aku temui dalam RAHSIA HATI SOFEA...satu kejutan yang aku rasakan kena dengan hukum alam...kita semua impikan bahagia..namun siapa akan menjangka apa yang terjadi di sebaliknya..

Cinta ikhmal dan sofea "terputus" kala sofea sedang sarat mengandungkan hilman...anak yang tidak pernah sekalipun ikmal lihat sejak dari lahir..paling menyayat hati bila sofea tak ingin anaknya lahir supaya ikatan antara dia dan ikhmal tak terputus..sungguh aku menangis bila membaca part ni..walaupun aku tidak pernah melalui saat-saat begitu tapi aku tabik springg la pada nazurah aishah kerana pandai "mewujudkan" situasi yang begitu... keras betul hati ikhmal..tapi aku tak pernah salahkan ikhmal 100%..sebab pada aku..kalau dia dah tgk hilman...dia tak akan lepaskan hilman...biarlah sharah bersamanya...(saat2 macam ni aku bayangkan Nurul Ain..yang tak pernah langsung-langsung merasa kasih sayang seorang ayah..meskipun mendapat kasih sayang sepenuhnya dari kami sekeliling tapi aku pasti...Nurul Ain masih rindukan belian kasih seorang ayah).

Nak tau apa sebab apa Ikhmal Hisham dan Jihannur Sofea berpisah..apa kisah Jihannur Sofea dan Nizam....kena baca buku ni...aku tak boleh nak tulis banyak..sebab airmata nak menitik saja..

Sekalung TAHNIAH buat NAZURAH AISHAH...novel yang menyimpan seribu perasaan bila aku membacanya...Nazurah Aishah telah menjadi salah seorang penulis yang aku akan beli novelnya selain penulis2 lain...kalau dah masuk dalam list aku..aku takkan baca sinopsis lagi dah..terus capai dan bayar..

Sinopsis belakang buku:
Sekali air sungai melimpah…
sekali pasirnya pun berubah…

Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya
untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!

Ini bukan cinta 3 segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya
hanya aku seorang sahaja yang tahu!

Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar
resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci.
Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku
memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!

Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi
pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang....
Kenapa harus begitu, Mal?