Friday, June 18, 2010
TAK SECANTIK HUSNA - AINUL HAZRAH
Penulis: Ainul Hazrah
Halaman: 504
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-551-4
Sinopsis:
LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.
Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.
Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia...” -Luqman HarieZ
**************************************************************************
dah jarang sebenarnya aku membeli novel alaf..aku hanya beli kalau penulisnya aku dah biasa..tapi karya ainul ni..membuatkan aku jadi tak tahan..adik aku kata..beli novel ni..best..aku ambik je la kan..20% tu diskaun dia..dan ternyata..'abang man' ngan 'tija' ni membuatkan aku tak tido sampai pukul 4 pagi..apa kes tu..kes BEST la jawabnya.....tak mau cerita..sapa nak tau kena baca...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
saya suka jalan cerita novel ni...
kalau lah siapa yang dapat suami yang mcm luqman hariez,mmg bertuah sgt...
dahlah baik...
tija mmg bertuah...
cemburu saya...
saya dah baca dua kali dah tapi rasa nak baca lagi je...
betul tu...malam tadi pun ulang baca lagi..kelakar gila ngan tija n luqman..menangis jugak sebab kesian dengan tija..sampai ati mak tok buat tija lagu tu
best ek citer nieee...leh suh kak azah belikkan...ahaksss...tak pun pinjam dekat cik ct jerk ler ek novel tuh...:)
mama adif uyin...
mama adif yuyin..
nak pinjam bleh..bgtau bila nak..heheh
abg man aka luqman hariez dgn tija aka siti zarith zahra psgn yg membuatkan ramai yg tnteram bila baca kisah diorg termasuk la aku...
4 star. bole laa buat koleksi :D
best cite neh. aku baca adik aku punye. tp rasa je sambar lg 1
Post a Comment