Wednesday, December 24, 2008

CERITA HUJUNG MINGGU





Hari sabtu yang lalu (20 Disember 2008)..bersamaan dengan tarikh Mawi dan Ekin diijabkabulkan...aku menghadiri satu majlis perkahwinan ibu saudara kepada abang ipar aku...ahli keluarga dari kedah pun turun ke KL...apa yang membuatkan aku begitu teruju untuk menghadiri majlis ini adalah kerana...aku dimaklumkan yang pasangan pengantin hanya bertemu muka hanya selepas majlis akad nikah....mungkin begitulah kot cerita...pasangan ini diperkenalkan melalui seorang teman...tiada jumlah hantaran yang ditetapkan dan terpulang kepada pihak lelaki berapa yang hendak diberikan...dan aku dimaklumkan lagi yang pengantin hanya bersembang sesudah akad nikah...waduh...begitu sekali dijaganya hubungan diantara lelaki dan wanita...tergambar wajah malu-malu dimuka pengantin lelaki dan wanita...tapi gambarnya aku tak berani nk uplode kat sini sebab tak mintak izin daripada pengantin dulu....

MANIK JURAI-JURAI PADA TUDUNG






aku dh lama siapkan jahitan pada tudung ni...cuma masa yang diambil agak lama kerana aku tak pandai nak agak berapa banyak manik yang perlu digunakan...ni baru 2 yang dapat aku publishkan kat sini..satu lagi tu masih dalam pembikinan..

HARI RAYA AIDILADHA






dah lambat untuk aku update entry kali ni..malas tahap gaban...just nak cerita yang raya hari tu kami sekeluarga buat korban...mak..ayah...kak mah..kak bib n aku...dan 2 bahagian lagi untuk akikah muhammad nazmi hadi...tahun hadapan Insyaallah..akan buat korban lagi bagi ayah..mak..abg..nazrul n azirah...Insyaallah jika dipanjangkan usia..

Monday, December 1, 2008

MANIK JURAI2...








Thankss to mama hadif sebab sudi meminjamkan digital untuk ambik gambar kali ni...so..nikmatilah...

Friday, November 28, 2008

MEMORI ZULAIKHA....

Semalam aku menitiskan air mata ketika membaca kisah arwah zulaikha yang telah kembali ke Rahmatullah pada 21 Oktober 2008. Arwah baru berusia 7 bulan...balik kerumah pun aku menangis mengingatkan arwah...aku tidak dapat membayangkan...andai aku yang berada ditempat ibu arwah...

Arwah meninggal sewaktu di dalam jagaan pengasuh...Ibu arwah menerima panggilan daripada pengasuh dan memintanya pulang kerana anaknya dh biru...masa tu ibu arwah masih dapat mendengar tangisan arwah yang seolah-olah terlalu sakit...dalam perjalanan ke hospital pengasuh tersebut telah tersalah jalan dan ibu arwah mendukung arwah dan berlari untuk membawa arwah ke hospital...tapi masa tu ibu arwah merasakan seolah-olah arwah sudah tiada lagi....dengan bantuan mat rempit...arwah dibawa ke hospital dengan menaiki motor...namun..kuasa Tuhan melebihi segalanya...dortor telah mengesahkan arwah telah kembali ke Rahmatullah....dapat aku bayangkan keadaan ibu arwah waktu tu...arwah perlu di post mortem untuk melihat punca kematain kerana kata pengasuhnya dia memberi arwah makan nasi...namun hasil post mortem menunjukkan sepanjang pagi itu arwah tidak makan apa2 kecuali air masak...

Panjang ceritanya berkenaan dengan arwah...aku akan masukkan gambar arwah sekiranya mendapat keizinan daripada tuan rumah blog arwah....tapi apa yang dapat aku katakan...arwah meninggal disebabkan pengasuh arwah yang mereng...banyak bukti menunjukkan begitu...

Buat pengasuhnya yang mereng...janganlah berselindung lagi..segalanya pasti akan akan terbongkar jugak suatu hari nanti kerana hasil post mortem arwah bukan meninggal disebabkan jangkitan kuman seperti mana tercatat di dalam sijil kematian arwah tapi disebabkan kesan hentakan yang kuat...dan kesan hentakan itu masih baru...

Ibu arwah..sehingga kini masih mengunjungi pusara arwah setiap pagi...sampaikan penjaga kubur menyediakan kerusi di sebelah pusara arwah...aku tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kalau aku yang berada di tempat arwah....

Thursday, November 27, 2008

PANGGIL AKU DAHLIA (PAD) - NOOR SURAYA



Pergghhh...setelah puas berpantang akhirnya Kak Su dapat jugak menghabiskan penulisan PAD...aku memang teruja nak baca PAD..sebab aku dh sememangnya jatuh hati dengan penulisan Kak Su sejak aku mula mengenali novel-novel Kak Su sebelum ini...aku pasti novel Kak Su memang tidak akan mengecewakan pembacanya..dengan gaya penulisan yang tersendiri...aduhhh..sukar untuk aku gambarkan...

PAD..memang unik..bukan novel cinta yang biasa kita baca...tapi ianya berlainan sekali...aku tak tau nk komen banyak-banyak tentang PAD tapi apa yang berani aku katakan...tarikan PAD lebih kuat sehingga aku sanggup menutup nota LAW dan menggantikan dengan PAD...aku terus "terperangkap" dengan rumah Teh Timor...terlalu banyak part yang aku suka....tapi paling aku suka bila Wadi jatuh cinta pada Dahlia...Dahlia yang biasa-biasa itu telah membuatkan Wadi tidak tidur malam...tengok Dahlia menguap sahaja membuatkan Wadi jatuh cinta tergolek-golek...betul kata Dahlia dan Wadi...cinta tak perlu diucapkan.....

Tak Perlu Diucapkan...

Di raut wajahmu telahpun kutahu
Dari sinar mata ku telah menduga
Ada rasa yang membara
Ada cinta yang menyala
Tak perlu lagi kau nyatakan

Dari kemesraan yang telah kurasa
Dari tutur kata yang mesra menggoda
Tak dapat ku merahsiakan
Haruskah aku nyatakan
Cintamu telah berbalas

Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama
Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama, bersama

Kuhulurkan tangan kan ku pimpinimu
Kuluangkan hati isikan cintamu
Dari wajahmu yang ayu
Dari mata mu yang sayu
Tak perlu ucapan itu...

NOVEL AKU YANG HILANG



Kasih Yang Suci...novel aku yang aku sayang dan dah dua kali aku beli telah hilang sekali lagi....aku sendiri tak pasti siapa yang telah meminjam "harta" kesayanganku ini...aku memang terkilan kalau benda-benda yang aku sayang ni hilang...ni dah dua kali beli..masih hilang jugak lagi...

Aku bukan kedekut nak meminjamkan novel kepada sesiapa..tetapi kalau nak pinjam novel aku maklumkan kepada aku dulu sebelum ambik dan jangan kangkangkan novel aku tu!!...sekali lagi ...JANGAN KANGKANGKAN...aku tak tau nak pakai bahasa apa yang lebih mudah....GUNA PENANDA BUKU....aku nak marah sapa sebenarnya ni...adusss..sebenarnya aku nk lepaskan geram kesumat aku sejak "Seth" & "Elena" hilang...dulu aku juga kehilangan "Sufian" & "Raihana" dalam Gemersik Kalbu...tapi aku dh beli lagi sekali semasa Pesta Buku...tapi aku tak sanggup nak beli lagi sekali Kasih Yang Suci ini sebab dah dua kali aku beli....muncullah wahai KYS....

HAPPY BIRTHDAY BUAT NURUL AIN NATASYA & ANIS SOFEA






Happy Birthday buat Nurul Ain Natasya (23 November 2008) & Anis Sofea (2 November 2008)...actually..terus terang aku katakan yang aku langsung tak ingat birthday anak-anak buah yang lain kecuali Nurul Ain...Mak Njang mintak maaf Anis...seseungguhnya Mak Njang memang tak ingat langsung kerana tidak pernah diingatkan dengan tarikh kelahiranmu...

So...sempena dengan aku balik kampung untuk menghadiri majlis kahwin Mahazon & Suhaimi pada 22 November 2008...aku plan untuk sambut birthday Nurul Ain pada 23 November...perancangan last minute....birthday Nurul Ain memang aku tak akan lupa sebab Nurul Ain akan sentiasa mengingatkan aku...tahun ni hadiah Mak Njang hanyalah kek dan juga menu untuk birthday Nurul Ain....tahun lepas dh dapat special kan...tapi Nurul Ain jangan bocorkan rahsia siapa yang bagi hadiah tu tahun lepas...kalau bocor..bankrap Mak Njang...tahun depan aku plan untuk sambut birthday anak buah secara serentak pada bulan November (kalau aku masih bernafas la)...sebab aku tak nak kecikkan mana-mana hati anak buah yang lain...aku dah plan ni..Tok Wan pun dh setuju...sure tahun depan lebih meriah...

Edisi balik kampung kali ni adalah untuk rehat-rehatkan minda...memang betul2 rehat sebab sepanjang di kampung aku langsung tak berjalan kemana kecuali ke majlis kawin M & M dan juga ruman Pak Ngah Yuh....dapat la jugak khatam 2 novel...TV pun tak tgk...tapi sayangnya tak leh nk golek-golek ngan mak coz dia sibuk ngan majlis kenduri kawin...huhuhuhu...tunggu balik raya haji ni la golek-golek ngan mak...

BAJU BADARIAH - SANDAKAN SABAH




Ni baju Cikgu Badariah yang mengajar di Sandakan Sabah..kawan sekolah aku di SMKPS...dah cikgu dah la ni...dia mintak aku jahitkan baju pada bunga-bunga sulam kat baju dia tu....mintak maaf banyak-banyak cikgu bada coz lambat menyiapkan baju hang sebab masa terima baju ni dulu tengah sibuk dengan exam akhir semester...habis je paper law pada 17.11.2008 terus aku ke KL dengan cikgu maknah untuk membeli manik sedangkan tak ada langsung gambaran mcm mn nk siapkan baju ni...balik je dari KL aku terus menjahit...dengan idea yang hadir masa tu....alhamdulillah...disebabkan otak masih penat lagi dengan ilmu2 masa nak exam..aku mengambil masa 2 malam untuk menyiapkan baju ni...semalam sebelah tangan...tapi dengaq kata cikgu bada tak tengok lagi baju ni...harapan aku moga cikgu bada berkenan la ngan baju yang aku jahit ni....


....maaf..gambar kurang jelas..tak nampak berkilat...kalau tgk real baju tu berkilat dan bersilau-silau...tunggu...aku tengah mengumpul duit untuk beli kamera digital khas untuk kerja-kerja manik....

Tuesday, October 28, 2008

MAJLIS MAKAN-MAKAN DI RUMAH





Alhamdulillah...pada 27 Oktober 2008...aku n Mak Nah dapat melaksanakan perancangan kami untuk mengadakan sesi makan-makan sambil beramah dengan kengkawan masing-masing..antara menu-menu yang kami masak adalah laksa kedah, bihun soto, bihun goreng, rendang, sambal ikan bilis, sambal sotong, nasi himpit, n kek coklat nescafe....semua masak sendiri tau...tapi yang lawaknya...tengah2 dok masak tu gas pulak habis...masa tu dh pukul 2 pagi...rendang atas dapor...aduss..Esoknya gas plak lambat datang hantar....janji pukul 9.30 datangnya dah pukul 10 lebih..kalau aku n mak nah kuat..memang kitaorg g ambik sendiri gas kat kedai...lepas je gas sampai..apa lagi...aku n mak nah memang kelam kabut la menyambung masakan kitaorg yg terbantut tu maklum la..tetamu pertama nak sampai pukul 12...sms balik bg tau dtg pukul 1 sebab blom abis masak...

Actually mak nah import pembantu khas yang sangat rajin (bertindak tanpa perlu disuruh..aku suka bangat)...bagi meringankan keja-keja kami...memang bagus la...thanks to Wa..Perancangannya memang nak ambil gambar masa tetamu datang untuk buat kenang kenangan tapi sebab dh jadi tuan rumah ni..semuanya tak sempat..

Untuk kekangkawan yang tak sempat dijemput...mohon beribu kemaafan kerana perancangan yang dibuat last minute dan ada yang terlepas pandang...InsyaAllah..andai ada rezeki lagi..sesi makan-makan ini akan dibuat lagi ....

Friday, October 24, 2008

HOREYYYYY...KAMI MENANG





Sebaik habis bacaan Yassin di opis..Pengarah telah mengumumkan pemenang keceriaan unit di Seksyen...dan pemenangnya adalah unit kami....so...kejayaan ini perlu dipertahankan pada tahun hadapan....sebab apa kami menang...salah satu faktornya...pasal gambar di atas...n pada hari yang sama kami sepakat pakai baju warna hijau ...bos dan CC yang kami gelar ayahanda pun sanggup pergi beli baju warna hijau semata-mata untuk penilaian...berbaloi jugak...

ermm...dalam ni gambar aku kurus tahap gaban....nak tau tak badan sapa yang aku pinjam...badan FS...kalaulah Mak Nah tau empunya badan tu FS..maunya dikutuk aku sepanjang hayat..hahhahahaha...

BUNGA LABUCI!!!!








Aku cuba-cuba ja try jahit macam ni..Alhamdulillah..empunya diri berkenan dengan baju tu...syukur sesangat...masih ada lagi baju yang belum berjahit dan sedang dalam pembikinan...cuma masa yang diambil agak lama kerana aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester bermula 5 November 2008 sehingga 11 November...

Wednesday, October 22, 2008

MAKAN-MAKAN - KELAS LAW




majlis makan-makan sempena raya ..kelas LAW sem ni mmg best la...semua sporting...rigu sapa tak datang..rugi jugak sapa2 yang tak merasa masakan aku...

Wednesday, October 15, 2008

GAMBAR JAMUAN DI OFFICE...





Kali ini jamuan diadakan secara serentak semua Seksyen...wahhhh...meriah sungguh rasanya....best jugak tapi tak dapat nak makan semua makanan..."tangki" dah penuh pekena laksa n sate...

Monday, October 13, 2008

PELUANG PERNIAGAAN...

Sejak akhir-akhir..sejak umur semakin meningkat...aku merasakan hidup masih belum lengkap selagi tidak memiliki apa yang diimpikan....

SOOOOOOOO.....MARILAH KITA MENCUBA SESUATU YANG TAK AKAN MERUGIKAN KITA....TAK PERLU KELUARKAN MODAL....BUSINESS ONLINE....

Mereka yang tak percaya kepada bisnes secara online juga amat di syorkan!!!!...Jangan bimbang!!! Buku ini ada money back guarantee jika anda tidak berpuas hati dengan kandungan buku tersebut. Malah, ada bantuan sokongan diforum yang disediakan supaya anda boleh bertanya dan berkongsi pengetahuan tentang rahsia bisnes ini.

Jom click banner ini....sure anda semua akan jatuh hati.....

Wednesday, October 8, 2008

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT JPM....




Ini ajer gambor yang "cantik " sikit....actually ada ambik gambo Pak Lah tapi yang lekatnya kat dalam hp gambo bodyguard dia plak...last2 delete la....satu gambo tu Kak Eton....ingatkan ada orang yang sama suara dengan dia...rupanya memang Kak Eton sendiri yang nyanyi...
Bab makanan memang meriah tapi aku makan sate sikit...laksa kuala kedah....mee kari....ayaq mata kucing....hat lain2 tu syer2 la ngan member.....

MUHAMMAD NAZMI HADI.....







Inilah dia muka Muhammad Nazmi Hadi yang berusia 4 bulan .... pengarang jantung hati abahnya...menjadi rebutan di hari raya.... tapi sayangnya Mak Njang tak sempat nak ambil gambar hadi pakai baju melayu...memang handsome la anak sedara Mak Njang sorang ni....