Friday, June 18, 2010

MELUR BUNGA IVY - NAZURAH AISHAH


(belakang buku---> copy dari jemari seni)
Loving an Ivy

Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.

Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.

Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?

Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?

*****************************************************

karya naz kali ni memanggggggggg berbeza...tahniah naz..naz mampu menghasilkan novel sedih2 kelakar..apa tu sedih2 kelakar...sedih sebab khalida kehilangan husband dia.... tapi yang tak boleh tahan tu ngan Azam..memang sesuai dengan nama AZAM..sungguh berAZAM..

novel kali ni..mengingatkan semua kepada buku2 naz sebelum ni..semua ada..ikhmal pun ada..hehehe..aku kagum la dengan naz..macam mana yer dia boleh menulis novel begini..buat kajian ke naz pasal bunga..oppss...lupa plak..naz kan peminat bunga...aku suka novel yang penuh dengan maklumat yang tepat..bukan khayal semata2..

okey..pasal novel ni..macam yang sinopsis tu la..nak cerita panjang pun..lenguh ke nak menulis..tapi memang BEST..korang tau kan..kalau tak best aku tak letak dlm blog...nak tau apa jadi pada Azam yang sungguh berazam tu dengan Khalida...sampai Azam pengsan2..baca la korang...hehehehe..

buat naz..TAHNIAHHHHHHHH...tak sabar nak tunggu karya terbaru..

2 comments:

Nazurah Aishah said...

Thanks you Sayang!

Love your comment much, cute :)

Naz

tuan rumah said...

hehhehe..komen ikhlas dr hati naz..