Sunday, June 11, 2023

TB KENANGAN MEDAN 2019

Perancangan ke Medan dibuat pertama kali pada tahun 2018 semasa aku berada di ROS sebelum ianya tiba-tiba terbatal. Masa tu aku dah search tiket penerbangan dan jugak pak supir (baca catatan pengalaman orang). Alhamdulillah..dapat juga no Pak Berahim (berdasarkan view 1 blogger). Sangat mudah berurusan dengan Pak Berahim. Total kos, termasuk tiket penerbangan dr Penang- Kualanamu, supir, hotel, makan hanya RM780, yang pada perkiraan aku sangat berbaloi.

Perjalanan bersama 4 ladies sangat menggembirakan. Ikatan persahabatan ini akan lebih erat bila kita dapat berkongsi apa sahaja dengan sahabat kita. Aku mengharapkan agar persahabatan kami akan lebih akrab dengan berjalan ke sana sini bersama. Tiada ungkitan mengenai wang ringgit yang dikeluarkan. Semuanya ikhlas. Seoronok bila dapat teman berjalan yang sekepala ni. 
4 Ladies...




No comments: