Thursday, January 10, 2013

TENTANG BOS

Terlalu banyak yang ingin dicatatkan dalam blog sampai terkedu langsung tiada idea utk menulis. Tapi terasa nak coretkan sesuatu tentang bos Z.

Lagi 2 hari bos Z akan meninggalkan kami. Terasa kelainannya kerana bos Z datang dari federal, yang pemikirannya sangat luas, boleh masuk dengan jiwa aku yang telah dididik asalnya dari federal. Style penulisan sama seperti bos AHAR. Bos Z seorang yg sangat open, senang utk berbincang compare dengan bos lama sebelum bos Z dtg. Bos Z bercakap sangat perlahan seperti berbisik tapi seorang yg sangat teliti. Bos Z pernah bercakap, "u punya minit dan u punya surat saya tak bimbang, tak perlu saya semak banyak kali sebab u ada gaya menulis". Tipu kalau aku cakap tak kembang bila diberi pujian, tapi aku perlu berterima kasih kepada bos AHAR, bos datin, dan bos A yang banyak mengajar aku selama ini semasa masih di epu.

Dalam banyak-banyak no hp pegawai di sini, bos Z hanya ingat no aku sahaja. Setiap pesanan kepada TP akan dibuat melalui aku padahal hakikatnya dia boleh sampaikan sendiri. Bos Z akan call tanpa mengira masa tambahan kalau ada majlis pada hari tersebut. Seawal subuh pagi dia akan call utk memastikan semuanya berjalan lancar. Sekali lagi gaya ini mengingatkan aku kepada bos AHAR yang inginkan semunya perfect.

Masa di pejabat lama, bilik aku bersebelahan dengan bilik bos Z yang hanya dipisahkan oleh cermin dan diletakkan blind. Bos Z akan buka blind dan boleh nampak apa yang aku buat dalam bilik. Selalu di komen, "semak betul bilik anak dara sorang ni". Bila pindah pejabat baru, bilik aku tetap bersebelahan dengan bilik bos Z tetapi kali ini mmg bos Z takkan boleh nampak aku disebelah. Jadinya dia suruh renovate utk dipasangkan cermin bagi membolehkan dia nampak aku disebelah. Alasannya, takut aku lena dalam bilik. Tapi tak buat pun. Di pejabat baru, aku masih belum sempat mengemas disebabkan sibuk dengan proses perolehan dan penutupan akaun akhir tahun. Bos Z selalu masuk dan awal2 aku dh cakap, "bos, saya tak sempat kemas bilik tapi kalau bos nak tolong kemas, saya tak kunci pintu". Jahat tak aku. Jawapan bos Z pulak, dia masuk bilik aku yang berselerak ni utk dapat ilham.

Minggu terakhir bos Z disini, baru diajaknya aku naik kereta dia yang sangattttttttt bersih itu. merasa jugak akhirnya nak naik selalu tgk dari luar2 ja. Dan bos Z ni sangat peka orangnya, kalau aku pakai baju baru dia tetap akan tegur. Mesti!..Kalau tak tegur depan aku dia akan tegur depan org lain. Cthnya semalam, bila aku pakai baju lama yang pertama kali pakai di pejabat, ingatkan bos Z tak perasan tapi bila petang baru dengar dia cakap masa time gebang2 dengan staf lain. Dia kata, "ct pakai baju baru hari ni".
Hari ni, hari last bos Z. Dia request supaya tidak diadakan apa2 farewell sebab dia sedih nak tinggalkan kami semua, tapi farewell bos Z tetap kami adakan dan semalam aku telah mencari hadiah sebagai tanda kenang-kenangan bos Z semasa bersama kami. Harap2 bos Z akan sukakan hadiah tersebut. Dan perancangan utk farewell aku sendiri yang tentukan. Aku sukakan style ala2 hotel punya bufet, tapi ada yang tak suka gitu katanya ada banyak menu kalau nak buat cenggitu. So, aku panggil 2/3 org yang sekepala dan decide apa yang kami nak. Antara menu yang bakal dijamu hari ni, nasi beriani (lauk ayam masak merah, daging masak hitam, dalca, papadom dan acar), laksa penang, puding trifle, muffin, indulgence, popcorn salad, sate, durian crepe dan ada mcm2 lagi.

Untuk bos Z, kami sayang sangat dengan bos Z. Sukar untuk kami mencari pengganti yang sama macam bos Z. Sukar untuk mencari bos yang sporting macam bos Z, yang tak pernag menengking, yang selalu protect aku masa meeting.

Dan hari ini, belum pun sempat bos Z berucap, aku dah menitiskan airmata melihat video yang shahrul sediakan. Sedih sangat....

BOS Z...WE LOVE U SOOOOOOO MUCH!!!!!!!

No comments: