Monday, January 26, 2009

RETREAT DI CAMERON HIGHLANDS

Sepanjang minggu lepas bermula dari 19 Januari 2009 aku dan sahabat dipejabat telah sibuk dengan persiapan terakhir sebelum kami berlepas ke Cameron Highlands..(cewahh..berlepas tu..macam la kena naik kapal terbang)...aku yang ditugaskan bersama-sama dengan PP aku untuk menyelaraskan SKT Seksyen (pencapaian 2008 & perancangan 2009)...semua maklumat tu perlu di selaraskan dan akan dibinding untuk dibawa ke CH..walaubagaimanapun sehingga ke petang masih ada seksyen yang belum mengemukakan maklumat yang diperlukan..petang tu aku balik tak lambat sgt sebab aku berpuasa...

20/1/2009...seawal pagi nya di pejabat aku dah buka email..manalah tahu ada seksyen yang emailkan maklumat yang diperlukan...tapi hampes...pukul 9.30...mama fariz mention yang bos nak jumpa semua secretariat untuk retreat (nak tgk progress)...setakat 9.30 pagi masih ada 5 seksyen yang belum mengmukakan input...aduss..pening aku...bos mention tak bolh xerox kalau tak complete semua...lagilah aku pening...dah la malam tu adik aku kena balik ke kampung..(yolah..aku kan dah nk berlepas ke CH..dia nak duduk ngan sapa)...sampai ke petang masih ada seksyen yang belum bagi dan aku assume..aku takkan dapat maklumat tu sampai la ke hari nk pergi...memang betul..sampai ke malam tak dapat2...aku balik kerumah jam 8.20 malam..terus suruh puteri bongsu tunggu aku kat bawah..nak terus hantar dia ke kajang..sebelum tu nak bagi dia makan malam dulu..takkan nak balik kampung tak makan apa2...sampai di setesen kajang kami makan di Fakhru Cafe-24 hours.. makanannya maha de hampesssss..tak sedap langsung...kalah food court kat P16..bas puteri bongsu lambat plak sampai...then nak jadikan cerita basnya rosak...aku maha risau sebab tu first time lepaskan puteri bonsgu balik sendiri...kalau aku tahu nak jadi macam tu..aku akan ambik air asia untuk dia...balik dh malam..aku terus packing barang untuk dibawa ke CH...pukul 12 malam PB call mention dia dh naik bas ganti kat pudu...bas KONSORTIUM...lagilah aku tak lena tidur...

21/1/2009..pagi2 lagi aku pergi opis cari amir untuk xerox maklumat yang nak dibawa meskipun masih ada seksyen yang belum bagi..termasuk la seksyen aku....bermacam-macam dugaan masa print tu...hanya kesabaran sahaja yang dapat mengatasinya...dan akhirnya kami bertolak ke CH jam 5.00 petang dengan 2 X-Trail yng sarat dengan barang-barang yang nak digunakan untuk retreat...aku dengan kak ida terpisah..masing2 naik 1 X-Trail...aku dengan Sopi..kak ida dengan abang Sobri...sepanjng perjalanan.hujan turun dengan lebatnya dan kami mendaki CH dalam kegelapan malam..dan Alhamdulillah ..kami sampai di Equtorial Hotel jam 9.00 malam...lepas check-in..kami makan dan perbincangan dengan hotel kami putuskan untuk adakan esok paginya...masa tu barang2 masih lagi penuh dalam x-trail..

22 hingga hari terakhir...penuh dengan kepenatan...meskipun aku hanya sekadar sekretariat...tapi letihnya sukar untuk digambarkan...tapi yang bestnya...semua sekretariat (PP's n KPP)....memang best bangat la...semua turun seawal pagi dan ttp bilik sekretariat pun sekali..masing2 ada tugas tersendiri...tapi jangan marah..kalau nampak aku khusyuk tu..bukannya aku buat keja tapi aku main Supercow..hahhahaa...sampai Encik Naza tanya aku..kenapa aku khusyuk sangat...hehhehe...

Dan dalam keseronokkan..ada juga kesedihannya...AKU TAK DAPAT BALIK KAMPUNG...sedih..memang sedih...ada pekara yang perlu diselesaikan dan urgent... kesedihan aku pendamkan di dalam hati..sampaikan masa ayah aku call...aku cuba untuk menahan agar aku tidak menangis meskipun selepas tu air mata aku menitis tanpa henti...yang pasti..aku akan tetap balik ke kampung bila perkara yang kami perlu sediakan pada hari selasa (27.1.2009) disiapkan..aku tetap meneruskan cuti yang telah aku rancangkan....dan akan kembali ke pejabat pada 3.2.2009...

....tak ader gambar yang boleh aku uplodekan sebab aku tak ambik gambor langsung kat sana...almaklumla..aku nampak aku burukksss dalam gambar...so sekarang memang aku tak berminat untuk bergambar...

No comments: