"Aku rasa umpama esok hari terakhir aku di sini....Di sini aku bermula, di sini aku bina segalanya dengan penuh kasih sayangku...Sebenarnya, sejak ku terima surat pertukaran itu, terasa sungguh seperti dihempap batu sebesar gunung, meranapkan kasih sayangku di sini, tempat aku mencurah ideaku, melakar hasratku, melukis khidmatku...Namun apakan daya, walau sudah ku tahu hakikatnya lambat laun pertukaran itu berlaku jua...namun tak ku jangka pula ini caranya perpindahan aku berlaku....
Sedari minggu lepas, gerak hatiku seolah-olah mengandaikan 16 itu tarikh baruku di sana, tapi apakan daya, disana hanya diam seribu bahasa...lalu aku yang jadi mangsanya, berdiam aku dikatanya aku yang tidak mahu, bersuara pula seolah-olah aku yang mengada-ngada....bagaimana jika hari ini mengkhabarkan bahawa; Ya, aku dikehendaki berada di sana pada 16 ini?....Redhakah aku meninggalkan kasihku di sini secara tiba-tiba begitu saja?....Relakah aku mengikhlaskan hati pergi tanpa pesan?
Aku redha tapi hatiku menangis, menangis kerana aku belum bersedia sepenuhnya, menangis kerana masih banyak kasih yang perlu ku curah di sini, aku menangis kerana sebenarnya aku terlalu dan terlalu kasih di sini....
Kalau ku turut hati, mahu saja ku tinggalkan begitu saja, biar org di sini kesusahan atas kesan yang ku buat, namun adakah aku sebegitu?....bolehkah aku bersikap begitu?..
.Ya Allah, andai esok hari terakhirku, Kau kuatkanlah hatiku untuk menerima arahan itu. Ya Allah, andai esok jua masaku di sini berakhir di jam 5.30 itu, Kau tabahkanlah hatiku dengan redha ke atas segalanya....Di sini, aku sudah lakukan yang termampu, Di sini jua, mungkin sudah cukup khidmat bakti yang ku curahkan, walaupun keluarnya aku dari sini bukan pada masa yang sebenarnya....
Hatiku, kuatlah engkau, tabahlah dikau, tetapkan hati agar suci niatku....Mataku, simpanlah airmu, tahanlah arus air mu dari melanggar benteng kelopakmu...Mulutku, simpanlah kata syahdu, luahkanlah optimismu, agar tiada yang terasa dengan kepergianku...Mukaku, simpan mendungku, jangan sampai berarak suram, pancarkanlah ketenangan, agar aku boleh pergi dengan aman
Aku menanti hari esokku (walau di hati memohon agar memanjangkan hari ini) namun bukan dayaku....."
aku:...inilah email yang menitiskan airmataku hari ni...sesungguhnya aku tidak inginkan "Hari Terakhir" antara kami berdua...pada aku ..tarikh tersebut bagaikan tidak wujud...namun hakikatnya kami..."saya yang menurut perintah"....aku juga akan menghadapi perkara yang sama..."dia" dahulu...dan pastinya...suatu hari nanti....aku pasti akan mengikut jejaknya...namum ikatan antara kami...akan kekal selamat...
3 comments:
Dalam kejauhan memandangmu, dalam diam merenungi mu, dalam ketenangan aku mengenangmu...
aisehh..sahdu!!!emel nih mang sedey...macam boleh buat cerpen plak...
buat si penulis emel...
doaku...walaupun jawapan bagi hari terakhir sudah diketahui... bagiku tiada hari terakhir antara kita... kaulah kakak ku selamanya .... =)
".....semusim bersama...selamanya terase....."
tiada kata-kata yang dapat kuucapkan....ikhlas ku akui...blog ini kuaktifkan demi mengeratkan hubungan diantara kita...supaya semua luahan dapat kita kongsikan bersama....doaku...semoga insan yang bertanggungjawab terhadap perkara ini akan sedar akhirnya....
ya...semusim bersama...selamanya terasa....
Post a Comment