Yang Bertakhta Akhirnya
Kita tak lagi sehaluan
Bukan sebagai yang diimpikan
Rupanya di saat-saat yang genting ini
Terjawab jua persoalan
Dan kita terpaksa memilih
Jalan yang telah ditentukan
Dan kita sama-sama dewasa menghadapinya
Kesan cinta membakar, menghempas, mencabar
Keteguhan hati dalam nostalgia
Cinta membakar, menghempas, mencabar
Dan harus ditelan walaupun pahit
Tidaklah kita yang berkata
Cinta tak mesti bersatu
Apa benarkah itu
Atau kata-kata yang tak bermakna
Dan mereka jua berkata
Tiada yang lebih pedih
Tiada yang lebih menyiksa
Dari cinta yang tak sampai
Dan akhirnya cinta jua yang bertakhta
Menyuluh dalam kegelapan
Dan akhirnya cinta jua yang bertakhta
Menyatukan kita dari terpisah
Oleh cinta palsu
p/s: dengar je lagu ni mmg syahdu....kerana Nyanyian Tanjung Sepi...aku mula menjadi penggemar lagu ini...ternyata ianya meninggalkan kesan yang amat2 mendalam dalam diri aku...itulah hebatnya kesan sebuah lagu terhadap diri ini..
No comments:
Post a Comment