![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJe3cfA5FK0AkRBZTm1rlkD23Jg-oD67bKOH3Lrds_4VQJY6HPFA8YHMuYWXt6dTrmqfUqeTZACkxNitw-FAYAgOpqqpb0WK4cNDMlKflqyjOjqY7JzftIowK58i4L8VtQ2bxssGSZGy4/s320/Sonata_Kasihku___497589e4c17ce.jpg)
Salju Kasihmu Merantai Hatiku
Aku ibarat kuda yang patah kakinya…berlari dalam kesakitan sambil ditemani rintih-rintih hujan…demi meraih sebuah kemenangan cintamu. Namun kemenangan itu nyata bukan milikku bilamana Allah yakinkan aku yang engkau bukanlah diciptakan untukku. Tapi…izinkan aku terus mendoakanmu Yun, mendoakan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat. Karena dengan itu roh kita akan saling mengenali. Di sebalik sonata kasihku…aku cuba mencari kebahagiaan diri bersama Adam. Seorang suami yang sanggup ‘dimadu’ oleh isterinya. Bilamana aku gelisah ingatkan Yun, keutuhan mahligai kasihku bersama Adam mula goyah. Goyah dilanda badai tatkala cemburu merantai hati. Namun demi kasih yang mula berputik…akan kubajai sehingga ia mekar mewangi.
******************************************************************************
Buku ni aku beli semasa dalam perjalanan balik dari CH..beli di R&R Tapah...kalau buku tulisan Siti Hazneza Abdul Hamid..memang aku tak akan berfikir dua kali untuk membelinya...masih lagi berkisar tentang keakraban sebuah persahabatan...begitulah juga dalam Sonata Kasihku...kali ini...persahabatan antara Hawa..Yun..& Haikal...dan Adam perlu bermadu dengan sahabat2 Hawa...tak tau macam mana peru aku gambarkan cerita ini tapi yang pasti..dalam masa 2 hari aku dapat mengulang buku ini tanpa meninggalkan walau sepatahpun perkataannya...yang aku suka..tempoh yang diambil adam untuk mengahwini hawa hanya selama 1 bulan sahaja..dan haikal lah orang tengahnya...syarat yang agak payah bagi aku ialah..lelaki yang ingin mengahwininya perlulah menerima Haikal dan juga Yun..Yun yang tidak pernah ditemui Hawa...hanya sekadar berutus surat dan email sahaja...dan Yun lah yang membentuk Hawa...segala pasal Yun hawa ketahui dan antara Yun dan Hawa...wujud hubungan roh antara mereka...kalau Hawa sakit Yun akan juga merasa kesakitan...kalau Hawa gelisah..Yun juga akan sama gelisah...dan ada part2 tertentu dalam buku ni yang aku suka (mestilah part Hawa dan Adam)..hehehehe..Adam juga seorang lelaki yang berjiwa romantik...meskipun pernah kecewa disaat2 dia akan diijabkabulkan dengan Syafawati... membawa Hawa mendaki Gunung Kinabalu sebagai hadiah bulan madunya dengan harapan dari situ dia akan lebih mengenali peribadi Hawa yang dikahwininya selepas sebulan bertunang..(meskipun sebelum ni dah tahu pasal Hawa dari Haikal dan pernah juga mengkritik Hawa)...dalam dapat menerima Yun dalam diri Hawa..Adam masih tidak dapat mengikis rasa cemburu seorang suami terhadap Yun...meskipun nama Yun hanya 3 kali disebut sepanjang tempoh perkenalan meraka...Hawa sedikitpun tidak pernah menunjukkan rasa cemburunya bila Adam bercerita mengenai Syafawati..kata Hawa yang paling aku suka..."Semuanya untuk kebaikan. Jika tak, Hawa tak mungkin kan bertemu dengan abang"....buku ni berakhir dengan penuh kemanisan...jadi jangan lupa untuk membelinya...