Friday, July 10, 2009

NOVEL - RAHSIA HATI SOFEA BY NAZURAH AISHAH


Dah lama aku nak menulis tentang rasa hati aku bila membaca novel RAHSIA HATI SOFEA...aku mula mambacanya dalam e-novel..dan aku setia menunggu kesudahan hidup sofea dan ikhmal..apa jadi pada cinta nizam...dan kesudahannya aku temui dalam RAHSIA HATI SOFEA...satu kejutan yang aku rasakan kena dengan hukum alam...kita semua impikan bahagia..namun siapa akan menjangka apa yang terjadi di sebaliknya..

Cinta ikhmal dan sofea "terputus" kala sofea sedang sarat mengandungkan hilman...anak yang tidak pernah sekalipun ikmal lihat sejak dari lahir..paling menyayat hati bila sofea tak ingin anaknya lahir supaya ikatan antara dia dan ikhmal tak terputus..sungguh aku menangis bila membaca part ni..walaupun aku tidak pernah melalui saat-saat begitu tapi aku tabik springg la pada nazurah aishah kerana pandai "mewujudkan" situasi yang begitu... keras betul hati ikhmal..tapi aku tak pernah salahkan ikhmal 100%..sebab pada aku..kalau dia dah tgk hilman...dia tak akan lepaskan hilman...biarlah sharah bersamanya...(saat2 macam ni aku bayangkan Nurul Ain..yang tak pernah langsung-langsung merasa kasih sayang seorang ayah..meskipun mendapat kasih sayang sepenuhnya dari kami sekeliling tapi aku pasti...Nurul Ain masih rindukan belian kasih seorang ayah).

Nak tau apa sebab apa Ikhmal Hisham dan Jihannur Sofea berpisah..apa kisah Jihannur Sofea dan Nizam....kena baca buku ni...aku tak boleh nak tulis banyak..sebab airmata nak menitik saja..

Sekalung TAHNIAH buat NAZURAH AISHAH...novel yang menyimpan seribu perasaan bila aku membacanya...Nazurah Aishah telah menjadi salah seorang penulis yang aku akan beli novelnya selain penulis2 lain...kalau dah masuk dalam list aku..aku takkan baca sinopsis lagi dah..terus capai dan bayar..

Sinopsis belakang buku:
Sekali air sungai melimpah…
sekali pasirnya pun berubah…

Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya
untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!

Ini bukan cinta 3 segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya
hanya aku seorang sahaja yang tahu!

Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar
resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci.
Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku
memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!

Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi
pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang....
Kenapa harus begitu, Mal?

1 comment:

Seorang Nazurah said...

THANKS so much for reading my book dear!

Love,
Naz