Wednesday, September 9, 2009

BAJU PENGANTIN MAK ANDAM - AREILA SAHIMI



sinopsis..

Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan Ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tahu nak kata apa sebab dia tak tahu apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab takut kene tinggal, dia takut kecewa macam pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar simpul dileraikan, biar kusut yang dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?

****************************************

Best buku ni..aku boleh tutup Nota SPSS semata-mata keja BPMA ni...tahniah kepada penulis..gaya bahasa yang tak memenatkan otak...life watak dalam citer ni real..tempat2nya real..mapley P9, UKM, Bangi..mampu milik P11..semuanyalah...aku suka...

Zain + Aleeya..gila-gila..taktik Zain aku suka..style Aleeya pun best..nak cerita panjang-panjang tak pandai tapi kepada peminat novel...silalah baca buku ni..especially kepada sapa-sapa yang jadi PA...sesuai gitu...

APA KATA HEROIN?

"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati." ~Aleeya~
(aku pun macam Aleeya..sekeras mana pun aku..aku tetap seorang wanita yang tetap punya rasa malu..ahakss..yang tak akan menunjukkan isi hati sendiri..biar luka parah .. sedalam manapun aku luka..tiada siapa yang akan mengetahui..semuanya tetap tersimpan di hati..ahakkks...jiwang tahap mengong..)

APA KATA HERO?

"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa." ~Zain~

3 comments:

Anonymous said...

cik cttt....

best sangat ker buku nie...belik kat mph alamanda ker...nak carik jugakk...huhuhu

antu novel cam cik ct gak...
mama adif & yuyin....

sza_kdh said...

hehehhehe...best gilak..sib baik yang baca tak gilak...leh gelak guling2 lagi...

saya blom belik..sepupu yang belik dulu..kat mph ada...

Nurul said...

sory..
nak komen jgk..hehe
saya dah beli buku ni..
best sgt..sila la beli..x ruginyer..:)