Tuesday, June 21, 2011

Mencari-Suami@JS.Com ~~~~Normaslina Masri


KATA KULIT BELAKANG BUKU....
Nama aku unik: Sofea Saloma. Macam primadona. Hidup aku? Tak glamor
mana pun. Kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari,
5 hari seminggu.

Hari datang dan hari pergi. Sampai aku tak ingat yang umur aku kena
tambah SATU setiap kali Januari tiba. Sehinggalah satu hari emak
beri aku kata DUA.

Waktu itu, baru sedar umur aku depannya dah ada angka TIGA
Masa itu aku baru sedar aku ada masalah besar: fasal L-E-L-A-K-I
Sebabnya?
Aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!!

Setelah aku (+ - x ÷) = inilah keputusan yang aku ambil:

Tarikh Iklan: Jumaat, Sabtu & Ahad
Saiz: 2Rx10cm
Edisi (keluaran): Edisi Utara, Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak.

Wanita Melayu, beragama Islam, berperwatakan sederhana, 33 tahun,
berpelajaran, ingin mencari calon suami yang mempunyai kriteria seperti;
(a) bekerja tetap
(b) berumur sekurang-kurangnya 33tahun ke atas
(c) bujang/duda sahaja
(d) beragama Islam

Sesiapa yang berminat sila e-mel maklumat peribadi kepada
mencarisuami@yahoo.com sebelum 15 Oktober 2010.

Perjalanan hidup yang tidak pernah aku jangka pun bermula...

KATA AKU

of course la best kan...kalau tak takkan la aku nk beli...order online lagi tu...okey...pendek2 jer yer...sebab kalau nak tau lebih2 baca la..Sofea ni diberi masa oleh mak dia utk cari suami sebab umur dh banyak (tak ingat berapa..maaf yer)...kalau tak dia akan dijodohkan dengan yusof...dengan bantuan rakannya, maka wujudlah iklan utk mencari suaminya itu...dan calon yang layak adalah iaitu ex yg dah tinggalkan dia 8 tahun (kot) dahulu....maka berkahwin la depa sedangkan time tu sofea ni macam dh jatuh hati pada seseorang tapi dia takut perjanjian dia dengan Ariff / Aliff (ni aku tak ingat..dah lama baca)..tu batal...maka dia lupakan rasa cinta yang baru nak berputik...

Bila dah kawin...sayang n cinta tu ada..tapi Sofea ni malas nk mengaku..asyik dok ingat apa yang suami dia pernah buat kat dia dulu...jadi ada la gaduh2 kecil..tapi part yang aku paling suka bila time dia 'ditangkap' oleh suami dia kat umah dia...(pening dak ayat tu)...hehehehe..aku suka..

ok...nnt Sofea pregnant...tapi tak bgtau suami dia then suami dia meninggal...maka time ni la yusof muncul expose diri dia ..tapi yusof dah bertunang la plak time tu..nama tunang dia salina..(pilihan org tua)...yusof ni ajaq anak tiri sofea (suami sofea tu duda)...panggil dia abah...bukan main lagi si ain ni dok panggil yusof abah...heheheh..suka2...yusof siap sewa rumah lagi kat sebelah umah sofea...

dipendekkan cerita..2/3 helaian akhir tu..sofea kawin dengan yusof tapi time dia pi kubur suami dia tu...dia menangis then dia cakap kat kubur suami dia kata dia ttp sayang dan cinta suami dia....(aku nangis time ni...sebab walau masih belum bersuami..aku bayangkan macam mana aku kalau ditempat sofea)...

so...nak tau apa jadi pada mereka..silalah baca...buku ni..

part aku suka....

1) time sofea pengsan masa pertama kali jumpa suami dia
2) part dia lari balik umah dia then kn tangkap ngan suami dia
3) part yg pi makan sorang2
4) time nak tau apa yg pembantu dia ngan yusof dok sembang
5) time p makan kenduri
6) time yusof bgtau dia dh putus tunang

No comments: