Monday, June 22, 2009

NUR KASIH!!

Nur Kasih...aku gerenti mesti u all tgk citer ni...kalau tak tangok rugi...best bangat...cerita yang dilakonkan di 3 buah negara...dengan gadingan pelakon2 hebat..tambah2 REMY ISHAK...yang pasti aku dh jatuh hati dengan cerita ni...gara2 menonton episode yang lepas2..terbengkalai projek menjahit aku...best la citer ni...
tak tau nak tulis apa..tulis best je la...tahniah kepada penulis skrip crita ni...

Malam tadi aku gurau2 dengan Mak Nah..aku kata kat dia kat tangan aku ni ada perkataan RI..yang bermaksud..Remy Ishak...marah Mak Nah...tapi walau apa pun aku memang suka lakonan Remy Ishak..Tahniah juga untuk watak Fizz Fairuz sebagai Aidil dan Nur Amina...lakonan yang mantap...

Friday, May 22, 2009

LAMA TAK UPDATE BLOG

Salam semua...

Rindunya nak update kat blog ni tak tak der masa...tapi Insyaallah..bak kata Umar...one find day!!!..yer....one find day aku akan update semua story mory sepanjang aku tak menulis ni..tangan dah menggigil2 nak update pasal story2 yang aku baca... tapi kerja menimbum lor...no time...malam aku zzzzzz...

Citer pasal beads ni...aku dah siapkan baju kak az..sory kak az..dah la lambat siapkan..nk jenguk kat az kat IJN pun tak sempat..aku tak leh jahit baju lama...tangan akan mula membengkak...tapi sib bek doktor dah bekalkan ubat..so kalau aku sakit aku akan makan ubat and kasi dia rest sekejap..tapi kalau time tu mood menjahit tgh datang..tak tido pun tak per...Along...baju ko sepasang dah siap..nak yang simple kan?..yang batik tu tgh buat...dah jahit dah sebelum ni tapi tak puas ati..aku bukak semula..

Baju kak fyza baru sampai tahap lukis...harap2 menjadi la apa yang ada dalam kepala aku ni...tiru idea baju Puan Wan...hehehe..jahat tak?...baju kenduri blom jumpa manik yang sesuai..minggu ni nk ronggeng kat warta..cari manik untuk baju kak fyza..

Errmm..berita tak best...doktor kata aku dah GEMUK!!!!!...yer la..operation setahun lepas memang la dah turun sebab tak leh makan...mmg la doktor ni..kasi la aku ubat kurus...ni aku kena turunkan berat badan sebelum next appoinment dengan dia lagi..tapi time aku banyak keja memang keja nak makan jer..

Lagi 1...aku dapat surprise gift..BUNGA!!!(3 kuntum rose merah..ingatkan akan dapat masa birthday ni..birthday ni kasi surprise lain ek)..hehehe..memang terkejut badak..boleh pengsan lor..sib baik tak pengsan..tapi dalam keta nangis gak ler..heheh..nangis terharu...mana taknya...aku saja ja tanya..berapa kos untuk bunga yang amoi tu tengah gubah ..sekali dia pandang aku dan tanya..."u ct zubaidah kan?..dalam hati aku...kenai lagi amoi cun ni ngan aku...aku jawab la"a'aa..saya.." peh tu dia kata.."bunga ni untuk u"...pergghhh..tak ke terkejut..buat "dia"..thankss yer...nanti kita makan2 kat secret recipe yer...hah!!!makan lagi...takper2..sebab dah lama tak makan dengan "dia" kan...kena la makan jugak..tukan tempat peberet kita...heheheheh

Buat bos tercinta yang baru balik PTK (confirm aras IV ni)...bos..thanks yer sebab luluskan cutiiii..yahoooo..aku boleh balik kampung....jumpa mak ayah..nak mintak ampun..(kak fyza tau la citer nikan)..huhuhuhuhu..sedih oooo...

oklah..sempena aku nak balik kg ni...aku nak nyanyi lagi ni la sebelum tido...

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

(menu yang nak dimakan kat kampung..MAKAN LAGI!!!..nasi daging..n nasi tomato yang ayah masak tak pakai perencah ready made..yang lain tu..nak tgk umah maksu yang dah cun giler..tapi yang pasti nak balik jumpa mak ayah)

Monday, May 4, 2009

RINDU

hakikatnya...aku dah lama rindukan "rumah kami" ni...rindu nk menulis disini..tapi kekangan masa membuatkan aku jarang2 masuk untuk menyapu disini...ibu aina pun tak menjenguk rasanya...banyak benda yang nak dikongsi...cerita-ceriti sepanjang aku tak berblog...ulasan-ulasan novel yang aku baca...tak sabarnya nak meluahkan rasa hati disini...

dan sempena aku menulis disini hari ini....aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUAT SEORANG TEMAN YANG JAUH NUN DI TASIK BANDING SANA (wei..betui ka hang dok kat Tasik Banding tu)...SEMOGA IMPIAN DAN HARAPAN MENJADI KENYATAAN...SEMOGA AKU DAPAT MAKAN NASI MINYAK HANG DULU SEBELUM NASI MINYAK AKU..HAHAHA...SEMOGA TAHUN NI HANG INGAT BIRTHDAY AKU...SEMOGA HANG SEDAQ2 DIRI SIKIT...BUKAN YANG KE 24 NOH (jangan dok perasan hang muda)...TAPI YANG KE...34 KUPANG...NI ADIAH DARI AKU NOH....

Thursday, April 9, 2009

KESIAN

Kenapa yer aku sedih membaca berita mengenai hukuman gantung yang dikenakan kepada Azilah dan Sirul...

Entahlah...aku rasa kesian kepada keluarga mereka...punah semua harapan keluarga mereka untuk mereka...hancur lebur...masa depan..kerjaya...semuanya musnah...dan aku selalu terpikir...apa motifnya mereka membunuh altantuya...

Adusss...kesiannya aku kepada mereka....

Tuesday, March 31, 2009

MERAJUK!!!!

Dah lama rasanya tak buka blog...tak tau nak tulis apa...tapi..tadi aku tergerak hati membaca blog sahabatku...tajuknya MERAJUK...maklumla..dia sedang merajuk dengan seseorang...dan aku kini sebenarnya sedang merajuk jugak...ahakss.. merajuk sendiri-sendiri...tak dak sapa pun tau aku sedang merajuk rasanya... dan aku juga rasa aku tengah merajuk dengan seseorang....dah lama dah ni...macam mana yer nak pujuk rajuk aku dengan orang tu....ke dah tak terpujuk...benda kecik je tapi aku boleh terasa hati sampai hari ni...dah berbulan-bulan tu...

Satu perangai buruk aku..kalau aku merajuk sahaja...aku bagi tempoh beberapa bulan untuk pujuk hati..kalau sampai satu tahap..rajuk tu masih tak terpujuk...apa aku buat...aku delete nama orang yang aku tengah merajuk tu dari list nama dalam handphone...jahat tak aku..jahatkan....

Aku tau..tak dak pekdah pun nak merajuk-merajuk ni...hehehheheh....dan untuk sahabatku itu...aku nasihatkan...jangan la merajuk dengan "orang tu"....kan ke nanti nak hidup serumah dengan dia...merajuk sikit-sikit dah la...walaupun aku tau...sakit ati ooo "orang tu" buat lagu tu...pandai jek nasihatkan ek...ermm...tak perlah... merajuk je terus sampai dia pujuk..ingat senang ke kan..betul tak...


p/s:...maaf buat seorang lagi sahabatku...sebenarnya aku ke cherating tu memang untuk berbulan madu...tetapi bukan yang berbulan madu gitu-gitu yer...tunggulah hujung tahun, bulan berapa...sudah tentu bulan 12...kalau bulan lain..susah plak..tak der cuti sekolah.....apa-apa nanti aku kasi tau jer...jangan marah aku tau...hehehehehe....

Friday, March 13, 2009

KENANGAN TERAKHIR ARWAH HANINA UNTUK KELUARGANYA...

Semalam (12.3.2009), apabila keputusan SPM diumumkan..aku teringatkan arwah hanina..satu-satunya cucu perempuan Lang Mah yang telah kembali ke rahmatullah pada bulan disember tahun lepas sebaik habis menduduki peperiksaan SPM...

Hanina bt Mohd Hanif, gadis berusia 17 tahun, anak sulung dan satu2nya anak dan cucu perempuan. bersekolah di SMKA Pedas, best students di sekolahnya,mendapat 10A 2B dalam trial SPM, gadis yang pendiam dan perahsia, cita2 ingin menjadi doktor pakar bedah, menjadi harapan keluarga. gadis yang sangat taat pada perintah Allah, perintah ibu bapa, menutup aurat sepenuhnya, baik dan disayangi oleh kawan2 dan ustaz ustazah, lemah lembut orangnya. dari cerita yang kudengar, arwah sebenarnya sudah lama sakit, tapi diam kerana tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapanya, masih bertahan tidak mahu ke hospital kerana enggan mengambil SPM di wad. sesudah habis last paper, terus Nina dibawa masuk ke wad Hospital PD kemudian dipindahkan ke Hospital Seremban dan masuk ICU. Arwah meninggal ketika umat islam sedang sibuk untuk menyambut hari raya adidiladha...

Hari ini....aku kembali teringatkan arwah hanina...meskipun mengenali hanya untuk sedikit waktu..tapi aku selalu mendengar cerita mengenai arwah...semuanya cerita yang baik-baik mengenai arwah...aku mengirimkan sms kepada kak mah yang tinggal bersebelahan dengan rumah Lang Mah...dan airmata aku menitis bila membaca sms kak mah..."ARWAH DAPAT 6A,2B DAN 4C"..ya Allah...atas kuasaMu ya allah..arwah masih mampu menjawab dengan baik meskipun waktu itu arwah tengah bergelut melawan penyakitnya.

itulah kenangan yang arwah hanina tinggalkan untuk ibu bapanya....pasti ibu bapanya (Bang Mat dan Kak Na) sedih melihat result arwah...aduss..aku yang pertaliannya jauh ini pun tidak dapat menahan air mata..apatah lagi keluarga arwah...

yang pasti, arwah sudah selamat kembali ke pangkuan Ilahi, kita pula bagaimana? yang pergi tetap akan pergi, kita yang masih hidup harus redha dan teruskan kehidupan. adakah kita sudah bersedia menghadapi detik kematian? Al Fatihah...

"Ya Ilahi, jika hidup baik untukku, maka Kau hidupkanlah daku, jika mati baik untukku, maka Kau matikanlah daku..Ameen"

Friday, March 6, 2009

ERMMM.....


Semalam aku mendapat panggilan telefon dari seseorang...seseorang yang aku tidak sangka masih menyimpan no hp aku....seseorang yang terlalu jauh....dan perkhabaran yang aku terima...sesuatu yang mengejutkan aku...si pemanggil mengatakan "si dia" tidak jadi untuk melangsungkan perkahwinannya...sesungguhnya aku amat-amat terkejut dengan perkabaran tersebut...kerana aku sangkakan "si dia" telah selamat menjadi pasangan hidup seseorang...selepas perbualan antara aku dengan si pemanggil tamat...aku terfikir...kenapa yer...apa punca dan sebabnya "si dia" tidak jadi melangsungkan perkahwinannya...si pemanggil juga tidak mengetahui punca dan sebabnya..

"Si dia" pernah menghubungi aku sebelum ini (tahun lepas)..hampir2 dengan majlis bahagia...dia minta untuk berjumpa dengan aku...aku ada juga mengusiknya tentang hari bahagianya yang bakal menjelma waktu itu...tetapi tiada respon..so aku fikir mungkin aku bukan dalam senarai tetamu jemputannya..jadi tiada maknanya kalau dia memberi respon tentang hari bahagianya...

Tetapi selepas panggilan yang aku terima semalam..aku kembali berfikir...adakah waktu yang "si dia" ingin berjumpa dengan aku tu..."si dia" telah memutuskan ikatan pertunangannya..ataupun "si dia" ingin ceritakan masalahnya dengan aku... aku sendiri tidak pasti..dan aku bukannya sengaja tidak berjumpa dengannya...

Makna air mata insan

PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:



Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.


Menangis kerana rasa takut.


Menangis kerana cinta.


Menangis kerana gembira.


Menangis kerana menghadapi penderitaan.


Menangis kerana terlalu sedih.


Menangis kerana terasa hina dan lemah.


Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.


Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.


Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:


Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.


Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.


Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.


Apabila dahinya berpeluh.


Air matanya berlinang.


Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Tuesday, February 24, 2009

AKU YANG MAHA SIBUK...

Lama sungguh aku tak update ..tak sempat rasanya nak bukak blog sendiri...assignment makin banyak dan untuk kelas minggu ni aku ada 3 test dan 1 presentation....presentation aku bertajuk..."ROYALE NASI LEMAK"...aku dah bagi tajuk macam2 dekat Prof...semua jawapan dia...THINK HARDER....aku dah sakit otak dah...last2 aku pilih tajuk ni sebab nasi lemak royale dah jadi makan peberet aku dah...dan mangsa yang tolong dapatkan maklumat untuk aku pasal nasi lemak royale ni...sapa lagi kalau bukan kak bib...sian kak bib...

Bab baju plak...AKU ISYTIHARKAN YANG TEMPAHAN JAHITAN MANIK TERPAKSA DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU SEHINGGA 10 APRIL 2009...TAPI KALAU BAJU TERSEBUT HENDAK DIPAKAI SELEPAS BULAN MEI...ANDA BOLEH MENGHANTARNYA..sekarang baju yang masih dalam tindakan aku ..baju Kak Az..dah siap sebelah...sebelah lagi belum...masa tak mengizinkan aku untuk menyiapkan aku...

Thursday, February 5, 2009

CATATAN SEPANJANG AKU BERCUTI

25-26 JANUARI 2009 (AHAD & ISNIN)

- Sepanjang hari aku menghabiskan waktu membaca Sonata Kasihku, Kasih Antara Kita, dan Tanah Adriyana. Bosan je aku main game…Supercow..boring tak yah cerita la..teramat-amat boring… then aku selesaikan juga keja sekolah yang kena hantar … tarikh tutp 24 tapi aku hantar 26…boleh cenggitu…boleh je kan…

27 JANUARI 2009 (SELASA)

- Pukul 9.00 pagi aku ke office menyiapkan “keja urgent” tu… paginya aku sms bos..tanya jadi ke tak kena datang office…bos cakap dia dh kat office…so ..aku datang office then KPP aku sampai..kami sama-sama menyiapkan apa2 maklumat yang diperlukan…KPP mention big bos datang lambat sikit…pukul 10.30.. aku dh gelabah dah sebab aku ingat nak balik kampung hari tu…sambil2 big bos check keja aku..aku search internet nk beli tiket…tapi tak boleh plak…then bos offer nak hantar aku sampai Jalan Duta..Alhamdulillah…

- Pukul 3.00 petang semua maklumat yang diperlukan siap then aku balik rumah untuk get ready balik kampung…pukul 4.15 petang dah janji ngan bos and wife dia jemput aku kat umah…kebetulan aku dapat tiket ngam2 pukul 5 petang..bas Jelita…dari Jalan Duta..bas balik ke Pudu..kat sana aku kena tukar bas lagi sekali…aduss…dugaan sungguh…tapi aku ok lagi coz dapat balik kampung…aku sampai kampung pukul 11.30 malam….

28 JANUARI 2009 (RABU)

- Pagi ni jaga-jaga ja dari tidur aku dah kat kampung…bestnya…sejuknya suasana di kampung. Kak Bib mention yang pagi ni nak pergi mandi air terjun di Puncak Janing..bawak anak-anak Kak Mah and Ain.
- Pergi Puncak Janing…besttttt…semua bekalan makanan habis…
- Balik rumah dan penat..apa lagik…buat taik mata la…

29 JANUARI 2009 (KHAMIS)

- Seawal 4.30 pagi…aku..ayah..Kak Mah and Kak Bib dah ke Pasar Borong ..nak beli bahan-bahan nak buat BBQ malamnya..kebetulan hari ni birthday Kak Bib..dan juga nak celebrate birthday Mustaqim…
- Aku call abang untuk balik umah …mention lunch and malamnya ada BBQ (sebenarnya aku minta abang bawa balik ikan haruan..peberet tu)..
- Acara BBQ kali ni best sangat…semua happy…

30 JANUARI 2009 (JUMAAT)

- Hari ni tak ada apa-apa aktivit kat umah…just sesi lepak2 je…
- Petang aku ke rumah Kak Mah hantar Kak Long balik..singgah kedai yang dekat ngan umah Kak Mah..orang tu konpius..antara aku dan Kak Mah…dia kata..dia rasa Kak Mah dah masuk kedai..ni sapa pulak..aku tanya la..tak dak beza ka kami dua…dia kata sekali tgk sama..dua kali tengok berbeza…aku putih dari Kak Mah…jangan jeles yer Kak Mah….
- Malamnya..Mak Nah SMS..yang perjalanan kami ke Bandung & Jakarta mungkin tak jadi..sebabnya tarikh tu dia terikat dengan sesuatu yang penting…aku tak kisah sangat…kalau Mak Nah pergi aku pergi…kalau dia tak pergi..aku pun malas nak pergi….

31 JANUARI 2009 (SABTU)

- Hari ni aku..mak dan ayah hantar Kak Bib ke Hospital…sebabnya aku nak guna kereta..nak gi beli tiket bas balik KL
- Kami singgah di rumah abang…tapi sekejap je…pastu teruskan ke rumah Pak Ndak..tengok Mat Ariff yang xcident…kaki dia berjahit…
- Kebetulan kat umah Pak Ndak ada Mak Sue dan Mak Tam..kami tgk2 album lama…ada gambar arwah Tok..arwah Mak Chaq and arwah Pak Chik…sedih sangat masa tu tapi aku control lagi air mata…sambil tu tgk jugak gambar mak & ayah dulu2…mak cantik sgt dulu2…ayah handsome lagi sekarang…dulu kurus sangat..misai pun lebat masa muda2…
- Malamnya masa ambik Kak Bib…aku dah plan nak beli Nasi Lemak Royale yang maha sedap tu…MEMANG SEDAP…sampai sekarang aku terbayang2 nasi lemak royale…

1 FEBRUARI 2009

- Hari ni juga..aku..mak..ayah..Kak Bib..Ain..& Mak Ngah Mah (jiran umah)…dah mendaftar untuk menunaikan haji…happy sangat sebab dah lama tertangguh…tapiiiii…tarikh yang kami terima adalah pada TAHUN 2024…mak aiiii..lamanya lagi…tapi pegawai Tabung Haji mention yang kalau duit dah penuh..nanti dia akan panggil jugak…dan untuk warga emas ada kuota nya ….tak per..nanti aku akan buat rayuan untuk mak & ayah…termasuk juga untuk aku yang akan sama-sama pergi dengan mak & ayah…InsyaAllah…semoga segalanya berjalan lancar….
- Hari ni aku berjalan2 ke rumah saudara mara..pergi umah Mak Sue (dulu umah arwah tok)…umah Mak Tam…umah Mak Tih…umah Pak Wa ja aku tak sempat nak pergi…saja berjalan2
2 FEBRUARI 2009

- Hari yang paling tak best…sebabnya malam ni aku nak balikkkkkkkk KL dah…
- Hari ni jugak mak sibuk masak gulai nangka…dan jugak buat bubur asyura…kesian mak..tapi sebab anak2 nak makan…dia buatkan jugak…
- Hari ni jugak aku menyudahkan menjahit baju untuk Kak Dila..harap2 semuanya okey…

Wednesday, February 4, 2009

HASIL KERJA TANGANKU - MANIK








Ni hasil kerja aku...baju Kak Dila..baju Kak Sam dan baju Kak Yan (PA Tan Sri)...hopefully ok la baju2 tu semua...semua tu tak der nama..buat apa yang terlintas di otak sahaja...cuma baju Kak Yan tu idea Cikgu Maznah...dia yang bagi idea buat macam tu...Baju Kak Dila, materialnya teramatlah lembut dan nipis bangat...kena berhati2 semasa menjahit..nak tarik benang sangat2 pun tak boleh...cuma satu je pesanan..baju begini kena basuh dengan berhati2....

Monday, January 26, 2009

SONATA KASIHKU--SITI HAZNEZA ABDUL HAMID


Salju Kasihmu Merantai Hatiku

Aku ibarat kuda yang patah kakinya…berlari dalam kesakitan sambil ditemani rintih-rintih hujan…demi meraih sebuah kemenangan cintamu. Namun kemenangan itu nyata bukan milikku bilamana Allah yakinkan aku yang engkau bukanlah diciptakan untukku. Tapi…izinkan aku terus mendoakanmu Yun, mendoakan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat. Karena dengan itu roh kita akan saling mengenali. Di sebalik sonata kasihku…aku cuba mencari kebahagiaan diri bersama Adam. Seorang suami yang sanggup ‘dimadu’ oleh isterinya. Bilamana aku gelisah ingatkan Yun, keutuhan mahligai kasihku bersama Adam mula goyah. Goyah dilanda badai tatkala cemburu merantai hati. Namun demi kasih yang mula berputik…akan kubajai sehingga ia mekar mewangi.
******************************************************************************

Buku ni aku beli semasa dalam perjalanan balik dari CH..beli di R&R Tapah...kalau buku tulisan Siti Hazneza Abdul Hamid..memang aku tak akan berfikir dua kali untuk membelinya...masih lagi berkisar tentang keakraban sebuah persahabatan...begitulah juga dalam Sonata Kasihku...kali ini...persahabatan antara Hawa..Yun..& Haikal...dan Adam perlu bermadu dengan sahabat2 Hawa...tak tau macam mana peru aku gambarkan cerita ini tapi yang pasti..dalam masa 2 hari aku dapat mengulang buku ini tanpa meninggalkan walau sepatahpun perkataannya...yang aku suka..tempoh yang diambil adam untuk mengahwini hawa hanya selama 1 bulan sahaja..dan haikal lah orang tengahnya...syarat yang agak payah bagi aku ialah..lelaki yang ingin mengahwininya perlulah menerima Haikal dan juga Yun..Yun yang tidak pernah ditemui Hawa...hanya sekadar berutus surat dan email sahaja...dan Yun lah yang membentuk Hawa...segala pasal Yun hawa ketahui dan antara Yun dan Hawa...wujud hubungan roh antara mereka...kalau Hawa sakit Yun akan juga merasa kesakitan...kalau Hawa gelisah..Yun juga akan sama gelisah...dan ada part2 tertentu dalam buku ni yang aku suka (mestilah part Hawa dan Adam)..hehehehe..Adam juga seorang lelaki yang berjiwa romantik...meskipun pernah kecewa disaat2 dia akan diijabkabulkan dengan Syafawati... membawa Hawa mendaki Gunung Kinabalu sebagai hadiah bulan madunya dengan harapan dari situ dia akan lebih mengenali peribadi Hawa yang dikahwininya selepas sebulan bertunang..(meskipun sebelum ni dah tahu pasal Hawa dari Haikal dan pernah juga mengkritik Hawa)...dalam dapat menerima Yun dalam diri Hawa..Adam masih tidak dapat mengikis rasa cemburu seorang suami terhadap Yun...meskipun nama Yun hanya 3 kali disebut sepanjang tempoh perkenalan meraka...Hawa sedikitpun tidak pernah menunjukkan rasa cemburunya bila Adam bercerita mengenai Syafawati..kata Hawa yang paling aku suka..."Semuanya untuk kebaikan. Jika tak, Hawa tak mungkin kan bertemu dengan abang"....buku ni berakhir dengan penuh kemanisan...jadi jangan lupa untuk membelinya...

RETREAT DI CAMERON HIGHLANDS

Sepanjang minggu lepas bermula dari 19 Januari 2009 aku dan sahabat dipejabat telah sibuk dengan persiapan terakhir sebelum kami berlepas ke Cameron Highlands..(cewahh..berlepas tu..macam la kena naik kapal terbang)...aku yang ditugaskan bersama-sama dengan PP aku untuk menyelaraskan SKT Seksyen (pencapaian 2008 & perancangan 2009)...semua maklumat tu perlu di selaraskan dan akan dibinding untuk dibawa ke CH..walaubagaimanapun sehingga ke petang masih ada seksyen yang belum mengemukakan maklumat yang diperlukan..petang tu aku balik tak lambat sgt sebab aku berpuasa...

20/1/2009...seawal pagi nya di pejabat aku dah buka email..manalah tahu ada seksyen yang emailkan maklumat yang diperlukan...tapi hampes...pukul 9.30...mama fariz mention yang bos nak jumpa semua secretariat untuk retreat (nak tgk progress)...setakat 9.30 pagi masih ada 5 seksyen yang belum mengmukakan input...aduss..pening aku...bos mention tak bolh xerox kalau tak complete semua...lagilah aku pening...dah la malam tu adik aku kena balik ke kampung..(yolah..aku kan dah nk berlepas ke CH..dia nak duduk ngan sapa)...sampai ke petang masih ada seksyen yang belum bagi dan aku assume..aku takkan dapat maklumat tu sampai la ke hari nk pergi...memang betul..sampai ke malam tak dapat2...aku balik kerumah jam 8.20 malam..terus suruh puteri bongsu tunggu aku kat bawah..nak terus hantar dia ke kajang..sebelum tu nak bagi dia makan malam dulu..takkan nak balik kampung tak makan apa2...sampai di setesen kajang kami makan di Fakhru Cafe-24 hours.. makanannya maha de hampesssss..tak sedap langsung...kalah food court kat P16..bas puteri bongsu lambat plak sampai...then nak jadikan cerita basnya rosak...aku maha risau sebab tu first time lepaskan puteri bonsgu balik sendiri...kalau aku tahu nak jadi macam tu..aku akan ambik air asia untuk dia...balik dh malam..aku terus packing barang untuk dibawa ke CH...pukul 12 malam PB call mention dia dh naik bas ganti kat pudu...bas KONSORTIUM...lagilah aku tak lena tidur...

21/1/2009..pagi2 lagi aku pergi opis cari amir untuk xerox maklumat yang nak dibawa meskipun masih ada seksyen yang belum bagi..termasuk la seksyen aku....bermacam-macam dugaan masa print tu...hanya kesabaran sahaja yang dapat mengatasinya...dan akhirnya kami bertolak ke CH jam 5.00 petang dengan 2 X-Trail yng sarat dengan barang-barang yang nak digunakan untuk retreat...aku dengan kak ida terpisah..masing2 naik 1 X-Trail...aku dengan Sopi..kak ida dengan abang Sobri...sepanjng perjalanan.hujan turun dengan lebatnya dan kami mendaki CH dalam kegelapan malam..dan Alhamdulillah ..kami sampai di Equtorial Hotel jam 9.00 malam...lepas check-in..kami makan dan perbincangan dengan hotel kami putuskan untuk adakan esok paginya...masa tu barang2 masih lagi penuh dalam x-trail..

22 hingga hari terakhir...penuh dengan kepenatan...meskipun aku hanya sekadar sekretariat...tapi letihnya sukar untuk digambarkan...tapi yang bestnya...semua sekretariat (PP's n KPP)....memang best bangat la...semua turun seawal pagi dan ttp bilik sekretariat pun sekali..masing2 ada tugas tersendiri...tapi jangan marah..kalau nampak aku khusyuk tu..bukannya aku buat keja tapi aku main Supercow..hahhahaa...sampai Encik Naza tanya aku..kenapa aku khusyuk sangat...hehhehe...

Dan dalam keseronokkan..ada juga kesedihannya...AKU TAK DAPAT BALIK KAMPUNG...sedih..memang sedih...ada pekara yang perlu diselesaikan dan urgent... kesedihan aku pendamkan di dalam hati..sampaikan masa ayah aku call...aku cuba untuk menahan agar aku tidak menangis meskipun selepas tu air mata aku menitis tanpa henti...yang pasti..aku akan tetap balik ke kampung bila perkara yang kami perlu sediakan pada hari selasa (27.1.2009) disiapkan..aku tetap meneruskan cuti yang telah aku rancangkan....dan akan kembali ke pejabat pada 3.2.2009...

....tak ader gambar yang boleh aku uplodekan sebab aku tak ambik gambor langsung kat sana...almaklumla..aku nampak aku burukksss dalam gambar...so sekarang memang aku tak berminat untuk bergambar...

SEMESTER TELAH BERMULA

Pada 18 Januari 2009, semester baru telah bermula..semester ke-6 bagi aku dan kawan...semester kali ini agak memenatkan kerana aku mengambil 4 subjek dan salah satunya diajar oleh lecturer dari Afrika...aduhh..susah banget sehh untuk aku memahami apa yang dia katakan...maklumlah..aku sendiri pun bukannya pandai pun berbahasa ingeris....tak bestnya kali ni...kelas tak sama ngan kak az...hopefully..next seminar..kelas akan sama balik ngan kak az...aku and aida masih lagi sekelas....kalu ni kami ambik subjek semester 8...kalau ikutkan jadual aku masih ada 2 semester untuk tamatkan pengajian...tapi ...aku rasa tak cukup 2 semester tu..mungkin lajak sampai 3 semester lagi...

Semester kali ini aku mulakan dengan penuh semangat tetapi bebanan kerja yang terlalu banyak juga menghadkan aku untuk membuka buku awal2...memang permulaan tahun ini amat kelam kabut bagi aku...dengan pertukaran tampok kepimpinan di seksyen...waduhhh...

18 Januri 2009, seawal 7.00 pagi aku telah bertolak ke Shah Alam...terus ke Intekma Resort untuk mengambil modul di dwelling 6 (kalau tak salah aku la)....tapi aku lupa untuk membawa list subjek yang telah didaftarkan..tapi nasib baik pegawai yang menjaga modul membenarkan aku untuk ekses internet dari tempat dia untuk aku print out list....tima kasih buat pegawai modul...dalam perjalanan ke kelas ...aida dah call aku tapi aku tak angkat coz aku mmg tak pandai angkat tepon kalau tgh drive...then bila aku sampai ...aida dh tunggu dah..

Semester kali ni...aku bertemu kembali dengan Cik Asiyah bagi subjek KM...dah 3 semester berturut-turut aku dengan dia...mula dengan Malaysian Economy...then..Public Finance dan this sem. untuk subjek Knowledge Management... setakat ni aku tak pernah mendapat A untuk paper Cik Asiyah...setakat B+ sahaja... hopefully...kali ini aku akan dapat A untuk paper KM...tapi camna nk dapat ni...soklan tutorial dia aku belum jawab lagi...

Friday, January 16, 2009

SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD MUSTAQIM

Hari ni birthday Mustaqim...aku masih belum belikan apa2 hadiah untuknya...mungkin beli kek je kot masa balik kampung nanti..biar lambat ... asalkan aku dapat berlaku adil kepada semua anak-anak buah aku yang seramai 8 orang...sikitnya...tapi bila semua dah balik...waduhhhh...bisa pening kepala....

Buat Musataqim...Mak Njang doakan agar abang dapat menjadi anak yang soleh...pintar dalam pelajaran...dan beroleh kejayaan di dalam kehidupan....