Tuesday, September 15, 2009

BAJU MY BOS - BAJU 1


Ni kat lengan...lengan yang cekik kat tengah-tengah tu..


ni kat leher...ada juntai-juntai kat bawah tu


..harap-harap puan okey dengan baju ni

Monday, September 14, 2009

MANIK TABUR



Manik Tabur untuk baju kawan Zuraida..hopefully dia okey la ngan baju ni..ni buat atas permintaan...banyak lagi nk uplode...ganbar tak berapa jelas sebab guna hp jer..

HADIAH HARIJADI FROM MY BEST FRIEND!!!

Thanks my dear...suka sangat sebab tu memang colour peberet...thank youuuuu..thank you...bestnya kita ada gelang yang sama..




...warna kegemaran..yang selalu dok tgk kat tomei...heheheh



..blom boleh pakai...besar sikit..maklum la...hehehehe


p/s...tima kasih kerana menjadi sahabat yang amat memahami..yang setia mendengar keluh kesah aku setiap hari..yang tahu segala-galanya tentang aku..keluarga...yang berkongsi semuanya dengan aku...thanksss....

Friday, September 11, 2009

11 SEPTEMBER 2009



thankss my dear..i know this is from u...betul tak..heheheh..takut kita cam ek yang hantar selalu tu...love u so much...



sukaaaaaaaaaa.....

Hari ni besday aku...huhuhuhu..semakin meningkat umo aku kali ni...dan ini surprise gift yang aku dapat pada jam 4.10 petang...aduss...my dear yang hantar rasanya walaupun kad tu bukan tulisan dia dan bukan bunga yang selalu dia kasi...tapi memang dari dia pun....bestnyaa..

Sempena peningkatan umo ni..azam aku makin banyak..banyak sangat...salah satunya yang tengah aku usahakan sekarang ni...tunggu resultnya nanti...

Actually..aku tak leh nak tulis banyak-banyak sebab masih terkejut dapat bunga ni....

my dear yang aku maksudkan ni..adalah dr 1 family...bukan my dear yang cintan cintun tu yer sebab aku kan masih single lagi...

Thursday, September 10, 2009

boring!!!!!!!

5.9.2009 (sabtu)...planning nak p KL awal2 hari..tapi tak jadi coz Jamilah nk pindah ke Dengkil pagi tu..Ummi nak datang hantar dia...aku menjahit...buat Bel sikit...sikit jer...pastu tghari lepas tgk hindustan yang tak best tu ..kami layan citer omputeh..obsessed...best citer tu..mula aku tak suka sebab aku ingatkan man tu layan pompuan gedik tu..aku tak suka citer suami curang2 ni..tapi rupanya tidak...petang ni bazar ramadhan..beli laksa je..plus kueh akok kecut dan tauhu sumbat...mana leh makan banyak2 kan..

6.9.2009 (ahad)..9.30 pagi dh bergerak ke Jalan TAR..hajat nak beli manik jer..dan alhamdulillah..memang aku tak shooping pun benda-benda lain...selamat duit aku...nak jimat sebenarnya...jumpa lia..kawan sekolah menengah dulu ngan hubby dia..aku nampak tapi tak berani tegur..suruh mak nah yang tegur...

7.9.2009 - 9.9.2009 ... hidup yang penuh ketensionan..tension dengan hal-hal kuliah dan semua requirement yang setiap pensyarah nak...aku tensionnnnnn....

10.9.2009 ...bos besar tak ada..heheheheh...ngulor la sikit...skit jer..tak banyak pun....

EMAIL...

....aku dapat benda ni dalam email..sebelum aku delete..masukkan kat sini dulu supaya aku boleh ingat tentang benda ni...hargailah apa yang kita miliki hari ini...

Awak,
Saya tahu saya bukan insan seni,
Saya budak bisness,
Ekonomi, marketing, matematik,
Bidang saya..
Sastera, madah pujangga..
Tak pernah pun tertulis dalam kamus hidup saya..
Apatah lagi puisi cinta..

Tapi,
Mengenali awak, mengubah diri saya..
Saya bukan lagi budak sivik macam dulu,
Berkepit dengan buku, menghadap computer 24 jam
Sekarang ni saya dah pandai..
Baca novel-novel cinta..
Apatah lagi novel ayat-ayat cinta..
Siap dengan movienya lagi saya tonton..
Agar dapat saya cipta kata-kata puitis untuk awak
Dan belajar apa itu ertinya cinta…

Awak,
Dulu awak selalu kata kat saya...
Saya manusia robot,
Tak ada perasaan.. tak tahu menghargai insan sekeliling…
Kata awak.. walau gempa bumi sekalipun,
Saya tetap tak akan sedar,
Sebab saya terlalu leka dengan dunia saya..

Dan lagi,
Kata awak,
Saya juga tak akan sedar seandainya satu hari nanti,
Saya akan terjatuh cinta,
Tambah-tambah lagi kalau orang itu adalah awak..
Saya tahu awak bergurau..
Sebab tu saya tak ambik kisah pun..
Pada saya.. siapalah awak waktu itu..

Tapi saya silap,
Awak sekarang ini berada dalam hati saya..
Malah terlalu dalam di pelusuk hati saya..
Hingga tak mampu lagi bagi saya,
untuk keluarkan awak dari situ,
Tempat yang paling istimewa dalam hati saya,
Hanya awak yang pertama dan terakhir…

Hari ini,
Saat saya mula belajar untuk menghargai orang lain,
Menyayangi diri awak,
Mencintai awak,
Awak pergi jauh dari saya… jauh sangat…
Hingga tak mampu lagi saya gapai awak..
Dan melihat awak walaupun dari jauh..

Benarlah kata awak..
Saya mungkin akan sedar,
Dari dunia saya apabila orang yang saya sayang,
Akhirnya pergi…Tinggalkan saya…
bersama dunia saya..

Awak,
Waktu itu saya masih tak faham sangat dengan kata-kata awak,
Saya ingat, itu salah satu joke awak..
yang dah boring tengok saya,
Dengan calculus saya, algebra, ekonomi… dan macam-macam lagi..
Sampai awak boleh kata kat saya..
“Awak ni Manusia robot ye? Macam citer terminator tu..”
Tapi sekarang ni,
Saya dah faham maksud awak tu…
Maafkan saya sebab terlambat menyedarinya,,

Awak,
Kat sini hari ini..
10 september 2008.. 12.46 a.m
Air mata saya tumpah lagi awak..
Waktu saya mengimbas kembali saat terakhir saya lihat awak…
Dibawa pergi dari saya…
Sebab saya tahu perginya awak tak akan kembali lagi,
Awak pergi untuk selama-lamanya..
Tak akan kembali lagi…

Awak,
Saya rindukan awak,
Saya rindukan gelak ketawa awak..
Saya rindukan senyuman awak..
Saya rindukan gurauan awak..
Saya rindukan segala-galanya tentang awak…
Tapi sekarang ni,
semuanya tinggal kenangan..
sebab awak dah tak der..

Awak,
Ayat-ayat cinta saya dah tak bermakna lagi,
Hanya yang mampu saya lakukan,
Mengiringi pemergian awak,
Dengan selautan doa yang tak putus-putus,
Sejak dari hari awak pergi jauh dari saya..
Moga awak bahagia di sampingNya..
Dan seandainya tiada cinta lain..
Untuk saya…
Akan saya simpan cinta saya ini...
Untuk bersama awak..
Di akhirnya..

Awak,
Mata saya dah layu,
Tubuh saya dah letih..
Penat sangat hari ini..
Banyak program yang saya kena handlekan
Macam dulu-dulu..
Cuma kali ini berbeza..
Sebab awak x der dah di sisi saya…
Saya berhenti dulu di sini awak…
Lain masa bila terluang,
Saya akan menulis lagi untuk awak..
Sebab hanya dengan cara ni,
Saya dapat ubati rindu saya pada awak..
Dan saya paparkan disini..
Agar orang lain dapat berkongsi rasa dengan saya..
Selamat tinggal sayang…
Moga lenamu aman seperti hari-hari kelmarin…
Salam sayang dariku…


Al-Fatihah . . .


Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Wednesday, September 9, 2009

BAJU PENGANTIN MAK ANDAM - AREILA SAHIMI



sinopsis..

Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan Ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tahu nak kata apa sebab dia tak tahu apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab takut kene tinggal, dia takut kecewa macam pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar simpul dileraikan, biar kusut yang dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?

****************************************

Best buku ni..aku boleh tutup Nota SPSS semata-mata keja BPMA ni...tahniah kepada penulis..gaya bahasa yang tak memenatkan otak...life watak dalam citer ni real..tempat2nya real..mapley P9, UKM, Bangi..mampu milik P11..semuanyalah...aku suka...

Zain + Aleeya..gila-gila..taktik Zain aku suka..style Aleeya pun best..nak cerita panjang-panjang tak pandai tapi kepada peminat novel...silalah baca buku ni..especially kepada sapa-sapa yang jadi PA...sesuai gitu...

APA KATA HEROIN?

"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati." ~Aleeya~
(aku pun macam Aleeya..sekeras mana pun aku..aku tetap seorang wanita yang tetap punya rasa malu..ahakss..yang tak akan menunjukkan isi hati sendiri..biar luka parah .. sedalam manapun aku luka..tiada siapa yang akan mengetahui..semuanya tetap tersimpan di hati..ahakkks...jiwang tahap mengong..)

APA KATA HERO?

"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa." ~Zain~

Tuesday, September 8, 2009

PERMATA YANG DICARI

Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)

..LAGI LAGU YANG AKU SUKA...SUKA BANGAT SEH..RINDU SAMA ADAM DAN NUR AMINA...HUHUHU..GILAK TUL LA AKU NI

Lirik lagu Melly Goeslow feat Amee Ketika Cinta Bertasbih

Lirik lagu Melly Goeslow feat Amee Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
[*]
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

[**]
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Back to [*][**]

Cinta…

Back to [**]

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih


...aku tak pernah bagi perhatian kepada lagu ni sebelum ni...tapi penangan nur kasih..aku dah minat lagu ni..seperti biasa..aku tak pandai nyanyi....

Friday, September 4, 2009

M.NASIR - SUATU MASA...

Aku telah jatuh hati dengan lagu SUATU MASA - M.Nasir sejak aku mendengarnya di blog penulis kegemaran aku...sejak dari hari itu..aku akan dengar lagu ni dari blog dia..setiap baris-barisnya ada makna tersirat....tak tau kenapa..tapi aku benar-benar jatuh hati dengan lagu ni..selain lagu YANG BERTAKHTA AKHIRNYA (lirik lagu ni ada kat dinding bilik aku)..

Kadang-kadang aku sukakan sesuatu lagu sebab penangan novel..macam lagu Yang Bertakhta Akhirnya ada dalam novel nyanyian tanjung sepi...tapi lagu Suatu Masa ni..entah la...

Ni lirik dia....

Suatu Masa - M. Nasir

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


p/s...jangan cakap aku jiwang-jiwang yer...tapi cuba hayati liriknya....

ermm....

Ari ni ..4.9.2009..aku lupa yang aku ada appointment dengan Klinik Pakar ENT... mayb tu last appointment aku sebelum kes aku discharge..malas dah nk pergi hospital...ni tangan plak yg problem...nk buang takut..tak buang sakit..macam-macam penyakit ada.. jangan sakit yang bukan-bukan sudah la...

Banyak yang aku nak tulis...tapi aku rasa ..sesetangah luahan aku aku kena filter dulu..simpan dalam hati je lah...yang boleh dikongsi jer aku akan tulis kat sini...kak fyza pun bz..kalau tak ngan dia la tempat aku meluahkan apa yang terbuku di hati..kadang-kadang kesian lak kat kak fyza...tapi dia la tempat aku meluahkan apa-apa sepanjang lebih 6 tahun aku kat sini...

Tak saba nak habiskan study..lepas tu aku ada projek lain plak...banyak betul projek lepas abis study ni..mungkin dh gred lain kot lepas ni.."kanan"..sekarang ni masih "kiri"...berangannnnnnnnnn....

tak tau nak meraban apa dah...yang penting sekarang tengah sibuk dengan assigment..dengan jahitan..nnt aku publishkan gambar2..sebab ada 1 design tu aku dapat idea masa tu jugak bila tgk bekas isi manik...harap2 ok...baju raya aku pun dah siap..tapi ayat ayah aku yang tak tahan tu.."buat apa buat baju banyak-banyak...nanti lepas ni kena buat baju lain pulak"...pergghh ...cabaran untuk aku tu...tapi thankss to my family...sebab bagi sokongan penuh dengan apa yang tengah aku lakukan sekarang ni..and many thanks to my dear friend...sebab support aku...nak tau apa dia...TUNGGGUUUUUUU...!!!!!..5454545454545454545454545454.....

Wednesday, August 26, 2009

BILA LA NK SERVICE MY CLK

adusss..my CLK blom service lagi ni..nak merempit dengan aman balik raya nanti..jangan tak percaya...dah 3 tahun tau aku merempit dengan Mak Nah naik CLK aku..dari mula beli sampai la tahun ni..walaupun tahun mula tu dia belum pun keja di KL ni...ya allah..baik betul sahabat aku sorang ni..jadi sepupu kot tak lama lagi..heheheh...

Tahun ni kami merempit lagi dengan CLK tu..entah bila dapat merempit dengan Vios KCK tu..heheheh...jeling-jeling kat Mak Nah...tu yang nk kena service tu..check minyak..bateri..tayar..keluar la pulus lagi...:((:(( ...balik ni nak betulkan kemek kat belakang tu..dah bertahun tu...nk kena buat jugak la..

CLK aku hanya balik kampung setahun sekali jer..tapi tahun ni mungkin aku merempit 2 kali..bawak CLK..heheheh..tgk keadaan mcm mana nnt..banyak betul perancangan for end of this year and next year...Langkawi..dan kalau diizinkan..Australia...jauh tuuu..plan jer..kalau jadi..jadi la..kalau tak tu..nasib le kan..ari tu kan nk gi Bandung & Jakarta..tapi tak jadi kan...sebelum tu nk g 1 tempat tu tapi tak jagi gakk..asyik tak jadi jer semua...



CLK aku ke ni...uisshhhh22...tak kot..tapi kalau yer pun apa salahnya kan...




hujung tahun!!!..



next year!!!!!!!

SELAMAT LAHIR KE DUNIA YA ANAK UMMI

hehehe..semalam aku dapat sorang lagi anak..anak lelaki..tak der anak sendiri..anak orang mengaku anak sendiri.hehehehe...tapi tak per la..rindu kakak aina panggil "ummi"..nanti adik pun kena panggil "ummi" jugak la...

TAHNIAH BUAT KAK MAI DAN ABANG AIMAN KERANA TELAH DIKURNIAKAN SEOARANG CAHAYA MATA LELAKI..

LAMA TAK UPDATE BLOG

lama tak update...

banyak nak tulis tapi lupa..nak tulis sekadar utk ingatan sendiri-sendiri jer...

14.8.2009 - aku balik kampung..emergency..ayah tak sihat..dapat bas kui 2.30 petang..(bas JELITA yang tak JELITA)...lambatnya rasa nak sampai kampung..hati ingat kat ayah dah..dah tak kisah apa akan jagi pada si buah hati "adam"..kui 9.30 dan sampai umah..sempat la jumpa "adam" sekejap...tapi ayah dah lena masa tu...

16.8.2009 - malam balik ke putrajaya...gaduh dengan yg jual tiket MEGA STAR..tobat tak naik dah bas tu...menci gilaaaaaaaaaaa....

22.8.2009 - sehari suntuk buat assigment..start dari 21.8.2009 pukul 8.30 sampai pukul 4.00 pagi...sambung lagi kui 9.00 sampai 4.30 petang...kui 6 dah print..tumpang print kat JPA...tensionnnnn...tak pikir pun menu utk berbuka..

23.8.2009 - KELASSSSS..ASSIGMENT...TEST...PENINGGG...malamnya baca buku..tak pulun sangat sebab dah agak..Prof.Dr. Nash (handsome oo mcm rosyam nor)..akan srh open book test..jangan lebih 4 helai kertas..kalau tak potong markah...TEST BEL..aku tension gila..plan awal nak tiru abang saha tapi dia kena ddk belah atas plak..aduss..pusing kiri..pusing kanan..aku tiru orang keliling...30 markah tu...aduss..kelas research lagi aku pening...kena ddk depan kalau nk paham dia cakap apa..seharian aku pening..balik malam layan COFFEA PRINCE...1 cd jer...tak larat. jahit baju sket..pastu aku zzzzzzzzz

24.8.2009 - tak der menarik...jahit baju je malamnya..

25.8.2009 - Bulan Ramadhan yang indah...tapi hati aku yang tak indah..hanya segelintir je paham apa yang terjadi...huhuhuhuhu..sabar yer ct...

BAJU MAK DARA..


tadaaaaaaa.....



biasa-biasa jer.....


dah lama..saja tak uplode...ni baju hantaran dia 5 ke 4 tahun yang lalu..katanya nk try jahitan aku samada OK ke tak..baju biasa tu nak 2 layer biasa..then 1 lagi manik tabu plus 1 layer atas n 1 layer bawah...tulah yang termampu di jahit..baju ni dah sampai ke Kerteh Terangganu tapi blom sampai kepada tuan punya..