Monday, January 28, 2013

IKBNJ 1/2013

Hari ni banyak kerja sebenarnya tapi rasa nak catatkan sesuatu 'disini'...tentang keletah anak2 buah saya yang sedang saya perhatikan dari dalam bilik...pintu mmg sentiasa terbuka, blind juga sentiasa saya buka kecuali time rehat sahaja..time tu kena tutup sebab saya nak buat taik mata...

Anak2 buah saya tgh kecoh2 di mesin potostat..ntah apa lah yang digaduhkan. Malas saya nak campur..situasi biasa pada saya.Di kalangan mereka, ada yang tidak bercakap disebabkan ketidakpuasan hati terhadap tugas. Terfikir saya, adakah aku yang salah mengatur tugas? atau aku bukan seorang ketua yang baik?

Saya akur, bukan senang utk menjadi seorang ketua yang amat disenangi, susah utk membuat mereka menerima kita. Saya tak boleh nak jadi macam bos mereka sebelum ni. Saya tetap saya. Bila jadi situasi begitu, saya amat-amat merindui suasana kerja saya sebelum ni. Kami bagaikan satu keluarga, tak pernah bergaduh, gurau2 manja tu ada la. Sukar untuk mencari suasana begitu.

Jujurnya, sejujur-jujur dari hati nan ikhlas, saya inginkan suasana dulu2...suasana di EPU. Meski kerja terlampau banyak tapi situasi disitu sukar saya cari.


i miss u all so much!!!!!!!

rindu u all
keluarga unit perkhidmatan yang amat saya sayang

2 comments:

amnas said...

i miss u!!!

Anonymous said...

we all miss u to darling Ctz....muahhhsssss...

-ellia-