Sunday, March 20, 2011

JET JONAH - IKA MADERA


Jet Jonah
Penulis: Ika Madera
Editor: Noor Suraya bt. Adnan Sallehudin
Terbitan Jemari Seni Publishing
Cetakan Pertama Nov. 2010
528 muka surat
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00

BELAKANG BUKU!!!!!
London, 2007

"Tak ada apa pelan!"
"Whoaaa, whoaaa, kau dah suruh aku bangun pagi2 datang ke sini! Terang fasal tu dan terus balik? Mana aci!"
"Habis tu?"
"Kita pergi jalan2!" usul Jet.
"Ke mana?"
"Ahah! Biar Kapten Jet jadi pemandu pelancong anda hari ini ya?"
Jonah tertawa mendengar nada suara Jet yang dibuat ala-ala sura Captain Planet pula. Kartun kegemaran mereka berdua waktu kecil dahulu!

Ya, biarlah Kapten Jet yang mengemudikan hati itu ke hati ini!

1 Syawal, 1428

Cantiknya Jonah berbaju kurung warna merah jambu, cair hati Jet: macam manalah tak jatuh hati. Rupanya hati Ikhwan yg dipautnya.
"Izzat, dengar tak apa emak cakap ni? Senyap saja kamu?"
"Tak dengar. Maaf, Izzat penat sangat rasanya."
"Hmmm... berehatlah. Tak pergi ke mana-mana ke hari ini?"
"Rumah Kak Melati tadi."
"Ohhhh, jumpalah Jannah sekali? Sihat dia?"

Sihatlah emak! Org lain bahagia bercinta, anak emak yg merana sekarang ini!

KATA AKU!!!!!!!
memang best...aku cukup suka kalau cerita cenggini ni...bab bawak diri sampai kota london..bab berjumpa melalui FB...dah jumpa malu2 plak..alahaiii..memang pandai la penulis dia...

tak mau cerita panjang..nak tau baca sendiri....

HARGA SEBUAH CINTA --- HANI FAZUHA



Harga Sebuah Cinta
Penulis: Hani Fazuha
Editor: Ruzita Awaludin
RM18.00
sbh /sarawak Rm21.00
451 mukasurat

Kenapa setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dgn titis air mata?

Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yg menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dgn Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yg menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman.

Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yg telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat utk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir2 dia terhenyak duduk tidak berdaya.

Dlm kekalutan, Zhafir tiba2 menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafirr, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata utk mendptkan haknya sbg suami?

Ada apa pada gadis biasa sptnya sehingga byk hati yg harus terluka?

KATA AKU.

awalnya aku mmg ambik masa nak baca buku ni...takut tak best...tapiiiiiii...bila aku dah pegang.. mmg best...
kisahnya tentang fea yang bersahabat dengan zura..dan disitu dia bertemu dengan ikmal dan ummi yang sgt baik dengan fea...fea ni anak yatim piatu..sebelum ni fea pernah berkawan dengan arman..time tu mak fea jadi org gaji rumah arman..cinta tak direstui la time ni..

masa berkawan dengan zura menemukan fea dengan zhafir..abang fea yg sebelum ni tinggal di o/sea..kebetulan pulak..arman pun berkawan dengan zhafir..cinta lama nak kembali la tapi fea tau yang zura pun ada hati pada arman..jadinya dia nak mengalah..zhafir ni plak dh tangkap cintan dengan fea..langsung dia ambik kesempatan ni utk kawin dengan fea...fea pulak dia ambik peluang ni utk ikmal kawin dengan nisha dan zura dengan arman...tapinya macam2 syarat la dia bg kat zhafir dan zhafir setuu ja...

mcm2 la yg jadi bila fea ni dah kawin dengan zhafir..sedih ada...gelak tawa ada..nak tau best ke dak..baca la sendiri...yg pasti ending yg best....

***banyak spelling error****

Wednesday, March 16, 2011

NOVEL - CINTAMU NADIKU

dah lama tak tulis tentang novel....nak hilangkan stress..so betul-betul mood okey w/pun pada tarikh2 ni setiap bulan..mood tak akan okey..jadinya dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 2.00 petang hari ni..aku mmg hadap buku ni di ofis...(sambil buat kerja sikit2..yg melibatkan sistem)...

okey...




terima lah...CINTAMU NADIKU - NORZAILINA NORDIN
Cintamu Nadiku-Norzailina Nordin
Harga: RM 19.90
Halaman: ~528

Sinopsis

ADA banyak istilah tentang cinta. Manusia juga mudah keliru dengan cinta, antara cinta dan nafsu, antara kasih dan kasihan. Karmila menerima lamaran Wazif bukanlah berdasarkan cinta yang sempurna. Dia bersetuju kerana mereka sudah saling mempercayai. Setelah berkahwin, Wazif mula berubah hati. Berada di sisi Wazif terasa lebih sepi daripada dia bersendirian. Namun, Karmila sedar lelaki dan perempuan yang bercinta pasti akan menemui halangan sebelum mengecapi kebahagiaan. Mungkin inilah kisah percintaan hakiki yang menuntut seribu pengorbanan.

Tetapi semakin hari, hidupnya disulami rentetan peristiwa ganjil. Karmila kaget bila diberitahu kemelut rumah tangganya mungkin angkara sihir. Dia tidak mampu melawannya kecuali berdoa kepada ILAHI. Mengapa dan siapakah yang iri hati dengan impiannya untuk merasai hikmah bercinta dan dibuai keasyikan perasaan?


KATA AKU...

aku suka..memang cerita begini dah lama aku tunggu..akhirnya dapat jugak aku baca..aku paham perasaan mila...macam pernah terjadikan...esk aku tulis panjang2..stress datang balik..lama2 aku mati sebab stress ja...

okey..aku sambung review aku la konon2 pasal novel cintamu nadiku ni...
kisahnya tentang 3 sahabat baik..karmila @ mila, wazif @ waz dan mustaza @ mus...ketiga-tiganya berkawan baik dan berumur 29 tahun...
mila ni cikgu, waz businessman / bisness keluarga dan mus pun sama tapi waz la paling kaya...kisah bila mus melamar mila utk dijadikan isteri dan berjanji akan masuk meminang mila bila bisness dah okey sebab time tu family mus mmg ada masalah...jadinya dia mintak tolong mila utk habaq kat waz supaya 1 tender tu dapat pada keluarga si mus ni...mila ni pun setuju utk terima mus sebab dia pun tak dak sapa...time tu jugak mama si waz ni dok sibuk cari pasangan utk waz..jadi dia pikir..kalau waz dh kawin..sunyi la kan..korum tak cukup...

disebabkan hal tu..mila mention pada waz pasal mus dan waz kata jangan risau....okey...waz dan mus bertemu pasal hal tender tu dan waz mention pada mus dia akan melamar mila..mus terkejut tapi mus jugak mention yg dia dah propose mila...then depa 2 org ni buat perjanjian yg after a year, waz akan lepas kan mila dengan mila masih suci..then mus call mila mcm marah2 dan bgtau hubungan depa putus..mila frust jugak la sebab dia ingat dia dh boleh tamatkan zaman single dia...

sebab pa waz ni nak masuk minang mila adalah kerana mama si waz ni yg nak sgt waz kawin sebelum 30 tahun..jadinya waz pikir org yang boleh bantu dia adalah mila...so..waz pun propose mila tapi sebelum tu dia bawak mila p jumpa dengan mama dia (time ni waz belum propose lagi)...mama si waz ni siap dok nak ukur baju utk bakal pengantin dan dh bahasakan diri dia mama kat mila...

nak dipendekkan cerita...mila pun kawin ngan si waz ni...semua tanggung beres yer..sebab mamam si waz ni kata kalau waz ni kawin sebelum 30..semua dia tanggung...tapinya...rupa2nya mama si waz ni adalah bekas df bapak si mila...adus...dendam sungguh mak mentua mila ni ngan mila...jahatnya dia sampai bg mila minum teh herba nk bagi mandul...mila ni plak ada kawan yg dia jumpa di highway masa keta dia rosak, nik fazwan..lepas kawin, waz kn p korea (waz ni kacukan korea melayu)..so..mila pi jumpa nik fauzan ni..ada la mak datin mana ntah ambik gambaq then bg kat mama si waz...

apa jadi pada mila dan waz?...pada mus?...pada zaza (watak jahat)?...yazmin@mma waz?...bacalah..CINTAMU NADIKU..memang best...tempat2 dalam ni semua aku tau jadinya aku suka la baca..yang pasti tak akan membosankan dan merugikan anda...aku suka WAZIF & KARMILA....

Tuesday, March 1, 2011

TAK PAHAM SUNGGUH AKU

aku stressss...stress dengan perangai org yang suka kacau kerja aku...
tak paham sungguh aku dengan perangai org2 yg sungguh perasan depa ni sngat BAGUSSSSSSS...mmg BAGUSSS..tapi bagus utk kacau kerja-kerja aku...org dulu dengan aku tak sama okey...hat hangpa dok hentam aku dalam meeting tu semua kerja yg org dulu tak buat..hat dia tinggai sebab tak dan..common la...takat P&P gred tutttt jer pun nak kecoh ka...aku pun ramai kawan-kawan yang P&P..bagus ja...kat tempat aku dulu...member2 aku P&P oiii...sampai JUSA aku kawan...

nak habaq mai ni...aku pun ada degree okey...DEGREE..tak paham ka...IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN DENGAN KEPUJIAN...jangan pandang aku sebelah mata okey....aku tau sebab pa jadi benda2 lagu ni...sebabnya..aku tau sebabnya...relaks la beb...takkan pasai benda tu pun nak kecoh...dulu aku dok buat re-org kat tempat aku...ratus2 perjawatan...kalau takat 100 tu...seksyen aku ja...kalau aku tak puas hati..mmg aku buat balik..tak kira la..sebab aku nk yg perfect bab2 lagu tu..bg masa 2 hari...1 hari nak bincang hangpa ja..1 hari lg nk present n nk submit...aku buat sampai siap gak..sampai boleh present n boleh hantaq...

ni aku tgh dok buat la hat satu lagi ni...sabaq la...bukan aku dok saja...tak pernah aih aku mai opis dok saja...tak dan nak kencing pun...eeeeee....aku geram sungguhhhhhhhh...aku tak tau nak luah kat sapa....stressssssssss ngan org..bukan stress ngan kerja...

oklah....ciowww dulu

Sunday, February 20, 2011

IKBNJ - 3

lama-lama sekali batru update blog kan..
tak ada masa di opis...
kat rumah intenet weng2 jer...
macam2 aku nk tulis...
tapi bila dah tulis..semuanya hilang mcm tu saja...

okey..
baru2 ni keadaan lutut aku tak okey...
sakit yg amat sangat..solat pun ddk...
alhamdulillah...sekarang ni dh beransur baik...
ubat klinik dah ambik..
ubat kampung pun dh ambik...
tapi aku harus 'hati-hati'
'hati-hati' yang bagaimana...
????????

mungkin faktor umur yang makin meningkat...
maklumla dah masuk angka 3....
harap2 sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik..
perlu ambik supplement...

baru2 ni kak fyza balik malaysia..
tak sempat nak melawat...
ada halangannya..
maaf yer kak fyza..
aku yg war-warkan berita kepulangannya..
tapi aku yg tidak berkesempatan utk berjumpa..

sekarng ni ada baju yang hendak di jahit...
tapi malas yg amat2...
balik kerja dh penat...
nampak bantal jer...

tapi ada benda yg rajin aku buat...
punding trifle dah 2 kali buat...pizza pun dh 2 kali...double choc muffin pun dh 2 kali..kali kedua ni kurang menjadi sebab salah adunan...:((

oklah..aku ada kerja..ada report nk kena hantaq...
bye..

Friday, January 28, 2011

IKBNJ-2

okey...
dah sebulan aku di IKBNJ..
maih dalam fasa untuk menyesuaikan diri...
masih untuk menerima keadaan jalan yang agak kelam kabut tiap2 pagi..
masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan pemandu yang agak kureng...
hari2 aku akan bertembung dengan swift KCV..latio WTH..alphard KCP...
dalam 3 kenderaan tu..yg paling kurang ajaq..KCP la..
dia tu cikgu..
tapi..bawak keta..sgt kuang ajaq...
tau la keta dia besaq...
lalu jalan sempit...man-man la..jangan la buat mcm highway...
KCV n WTH tu okey..masuk highway baru depa tunjukkan kejantanan..
tu baru la gentleman...

oklah..aku bersiaran dr rumah...
strymx agak kureng sikit..
sat boleh..sat tak boleh..

jumpa lagi...

~~~kak fyza.i miss u so much!!..banyak ari dah kita tak bersembang...kalau akak bukak blog ni...post something yer..

Thursday, December 30, 2010

IKBNJ - 1

cewah..
siap ada IKBNJ tu...
tak der apapun sebenarnya...
senang nanti kalau nk cerita pasal IKBNJ..
boleh pakai tajuk tu..sambung ja..lepas ni no 2 plak...hehhehehe

sebut pasal IKBNJ ni...
aku ulang alik tiap2 hari tak jauh sgt la...
kalau ikut highway dalam 15 minit (dr umah la)...
atas highway tu dalam 5-6 minit ja...
lalu jalan kampung yg agak jauh sikit...

macam hari ni aku keluar dalam pukul 7.10..start keta..panaskan enjin..7.15 gerak..
tapi paling awal sampai kat opis...kat lot parking khas tu..blom ada keta
sebut pasal parking...
aku segan sebenarnya...sebab aku ada lot khas siap tagging lagi..
parking sebelah pengarah...
'sport' aku parking sebelah pengarah...wa cakap lu...
aku kan gred rendah jer..banyak org lain gred tinggi2..
tapi kata cc...parking bagi ikut bahagian..
tak yah nak berebut parking..
maklumla..tempat kecik..

kalau nak dibandingkan dulu2..
aku keluaq umah 7.45...
tapi sama ja..

la ni dah lain sikit...
kat opis cakap kedah...
tu yang best tu..semua cakap kedah..
aku semua cakap boleh..kedah terror la..KL boleh..perak boleh..ate..kelantan..terengganu..semua teman terror...
nogori pun ese terror..

balik keja ikut jalan biasa..
tak silap aku..
lalu traffic light ada kot 11 kali...
tapi aku boleh ronggeng2 pekan jitra...
tgk sale sana..sale sini..
baju murah sana..baju murah sini..
balik crita kat mak..
pastu mak pun kata...awat tak beli..
aku pulak kata..malas la..sebab sorang2..hehehehe

pasal kat sini tak boleh fb tu tak pa la..
sebab blog ada..
kat fb pun aku tak glamour...
tapi tu la..rindu aku kat mek yan...

oklah..dah dekat 2.15...
kena start buat keja...
chiowwwwwww....

Monday, December 27, 2010

hari kedua

okey..
ni dah masuk hari kedua di IKBNJ...
sedikit demi sedikit cuba untuk mengenali semua staff di sini...
sedikit demui sedikit cuba utk menyesuaikan diri di sini...
kena wujudkan link...

alhamdulillah...
banyak nasihat daripada amnas yang aku ikut...
pesanan daripada mak dan ayah...

andai adanya keluh kesah..
hanyalah utk sementara waktu..
kerna inilah hadiah yang tidak ternilai..
yang dapat aku berikan untuk mak dan ayah...

kalau urusan kerja..
service tidak menjadi masalah...
kewangan yang AMAT membebankan...
prosedur kewangan tidak pernah aku uruskan selama ini..
tapi...aku yakin...andai 2.12.2010 itu telah menjadi kenyataan..
insyaallah..hal-hal kewangan jugak akan dapat aku genggam...

********

terima kasih buat teman-teman di epu...
kalian telah mula aku ganggu...
untuk mendapat input dan ilmu...
buat penyuluh jalanku...

dari ps ke jitra
berulang alik setiap hari
amanah dan tanggungjawab dipikul seadanya
demi menunaikan tuntutan Ilahi...

Sunday, December 26, 2010

1st Day!!!

hari pertama yang agak mencabar...
tugas dan tanggungjawab yang begitu berat..
berat kerana aku baru memikulkan...
masih belum menjadi kebiasaan...

semua 'perubahn' ini..
bakal memberikan sesuatu yang menggembirakan...
mungkin ini perasaan biasa di tempat baru...

Wednesday, December 22, 2010

22 Disember 2010

okay...

today is my last day...

no tearss pleaseeeeee......

pleaseeeeeeeee...

Sunday, December 12, 2010

~~~~~~~~

lainnya perasaan hari ini..
datang ke ofis utk berkemas..
sedih..sayu semua ada...
mana mungkin tidak ada rasa sayang..
di kerusi inilah aku memulakan tugas sebagai pegawai kerajaan...

2.6.2003...
di sini bermula segalanya...
dan hari ini..
12.12.2010...
aku mula berkemas..
untuk meninggalkan daerah ini..
daerah yang memulakan segalanya...

entah apa yg perlu disimpan..
entah apa yang perlu dibuang..
sisih...sisih...
yang pasti..aku perlu clearkan everything sebelum 15.12.2010...
ada yg akan aku wasiat..
wasiatkan utk kakak tersayang..
barang peninggalannya dulu akan aku serahkan untuk seseorang menjaga..

wahai kakakku...
apa yg perlu aku buat dengan 'sesuatu' itu..
simpan..terus kekalkan ia disitu..
atau..
perlukan aku membawanya bersama..


tak terlarat rasanya nak berkemas utk hari ini..
masih ada 2 hari lagi...
nota serah tugas pun masih belum disediakan..
apa tugas yg tertangguh..
dalam fikiran sebegini..aku lupa segalanya..
lupa apa yg perlu aku laksanakan...

bagus juga aku datang berkemas sendirian..
kerna...
tiba2..mata ini berair..
sudah tentu akan ada yg berkata...
mengapa perlu menangis..sedangkan ini yang diminta..
betul..aku yg meminta "perpisahan" ini berlaku..
tapi..
kenangan manis disini membuatkan air mata ini mengalir sendirinya..
sungguh...
saat aku menyusun pekeliling..
kepada siapa akan aku serahkan..
air mata ini berlenang..
pegang buku perjawatan..aku ingatkan CC akan 'beban' yang akan dipikulnya..
pegang PP LNPT..aku ingatkan kak syidah...akhir tahun aku tiggalkan..disaat LNPT perlu diselesaikan..u can do it kak syidah..
tgk list org dibawah seliaan aku..harap lyxa 'bersedia' utk menghadapi kerenah org2 seliaannya..
hrmis...aku telah mempunyai pengganti..
ibu dapo ...buat keja baik2 yer...

ohhh..sudah tentu unit ini meninggalkan seribu kemanisan buat aku..

sudah tentu aku akan teringat..
bilik kebal--->tempat solat n ngorok...
bilik kak saba ---> tempat aku lepaskan tension..
tempat makan---> of course aku akan teringat air2 yg aku sedut..
kantin--->mesti rindukan air yg kasyah buat...
pau pak saad--->harap2 ada pau sedap di sana
kak ina kerepek --->kak..mana nak dapat kepek akak kat sana..
geng2 kewangan ---> i luv u all..
registry----> mesti akan ingat anda semua..
-2---> of cos..i luv u all...except..????????

Friday, December 10, 2010

ALHAMDULILLAH

alhamdulillah.......
syukur kepadaNya....
15 Disember 2010...

semoga tempat baru akan menerima diri ini seadanya...

Monday, November 29, 2010

PERASAAN: SYUKUR..SEDIH...HAPPY..NAK NANGIS

tak tau nak gambarkan perasaan macam mana bila dapat panggilan dari JPA..first SYUKUR...meskipun blom pasti dengan keputusannya...

kalau betul...tempoh di sini hanya ada beberapa hari...SEDIH...SEDIH...7 tahun...dan ianya akan berakhir...

tak boleh nk pikir...kemas..kemas..pindah..pindah..lori lagi...mn nk dapat kotak2...pening2...

yg pasti..malas nk pikir..nak buat step by step..

1. nak uruskan hal 2.12.2010
2. nak call TM -> urusan pindah line strymx...
3. nak balik discuss dengan family..pasal pindah..pasal nak angkut barang..pasal nak campak barang kat mana..
4. tugas yg perlu di settlekan di sini...

apa yg perlu aku buat..TENANG!!!!!

Friday, November 26, 2010

aku juga inginkan BAHAGIA

aku pernah tulis pasal bahagia sebelum ini..tentang seorang kawan bertanya tentang bahagia..

aku juga inginkan bahagia..tanyalah sesiapa pun..mestilah kebahagian yang dicari..bahagia dari semua segi..aku bukan manusia yg melawan fitrah Ilahi..bukan..bukan dan bukan.. tapi tolonglah faham..semuanya adalah ketentuan Allah. semua Allah telah tetapkan..kenapa begini..kenapa begitu..

setiap hari aku mendengar pasal jodoh..kenapa org ni kawin lambat..kenapa org ni belum kawin..soal kawin setiap hari...kadang-kadang telinga dah naik pekak...



***ni entry lama***

hujung minggu yang bakal boring

adussssss...hujung minggu ku akan mula boring..
sebabnya..my best buddy dh berlepas balik pagi tadi..
habis...aku...ya allah..SUNYINYAAAA..
sebab tak leh nak gosip2...nak ngadu2...

apa nak buat yer...
semua buku dh habis baca...
tak der yg baru..
movie?????...alahai...semua dh habis tgk...
ker nak ulang tgk PHOENIX..aku suka ni...
suka dengan heronya...


..handsome kan..handsome pada mata aku la...kalau org lain tak suka tu aku tak leh nak buat macam mana la kan..

criter dia best..dulu selalu bercerita dengan kak ana..hehehe..kak ana pun suka..

lagi..apa yer aku nak buat utk menghilangkan keboringan...
TIDO..TIDO...hehehehe...

okey...
tadi jugak aku dengar lagu2 ni..

Yang Bertakhta Akhirnya...aku suka..ianya akan mengingatkan aku kepada novel Nyanyian Tanjung Sepi..

One In A Million...
jatuh hati plak setelah sekian lama tidak mendengarnya..ambik dr FB Kak Ida..handsome jugak yer bosson..

Pelamin Anganku Musnah...
huhuhuhu..no komen..tetiba rasa nak dengar..."masih lagi tidak terlewat utk aku ucap tahniah..di atas kehadirannya.."hehehehe..tgh2 dengar nurul plak tolong sambung..

ooo..tadi jugak aku telah mereward diri sendiri dengan membeli sehelai blouse yg telah lama aku idam2kan...heheheheh..tak pe lah kan..dah penat2 kerja kan...