Thursday, July 29, 2010

2.6.2003 hingga selamanya....

2.6.2003 (hari pertama lapor diri)...waktu rehat...seorang gadis manis turun menyapa aku..waktu tu..'dia' nak solat zuhur...sejak itu..kami mula menjadi rapat..macam adik beradik..susah senang aku sentiasa minta tolong 'dia'...tido rumah 'dia'..makan kat rumah 'dia'..lepak...sampai la saat2 'dia' hendak mendirikan rumah tangga...berulang alik dari rumah aku untuk menyiapkan bunga telur...manisnya kenangan saat tu...

persahabatan masih utuh meskipun 'dia' telah mendirikan rumah tangga..tetap rapat...itulah kak fyza...norhafiza binti ahmad...

hari ini...29.7.2010...satu berita yang gembira patutnya...tapi aku jadi sedih..sedih sebab kak fyza akan meninggalkan bumi malaysia...

2.8.2010...kak fyza akan melapor diri di JPA...

23.8.2010...kak fyza dan family akan menjadi warga Wellington, New Zealand...SEDIH....cryyyy...cryyy..cryy...aku menangis..menangis...

banyak yang nak aku tulis sebenarnya...tapi air mata ini asyik mengalir..aku stop dulu...(malu kat hanis)...

precious moment with kak fyza...






BUAT KAK FYZA...GOOD LUCK...ALL THE BEST...INSYAALLAH..ONE FINE DAY..I'LL BE THERE...FOR GOOD MAYBE....

P/S.....ni permintaan kami semua..terutamanya..mama hadif&yuyin., ct..dan family akak..buat blog...update hari2...tugas abg epol utk update..pleaseeeeeee....tunaikanlah permintaan kami....

Tuesday, July 27, 2010

apa rasa jatuh cinta!!!!!!!

auuuuwwwww..tak tahan dengaq tajuknye tak?...apa rasa jatuh cinta..apa rasa ek?..mana la aku tau kan..tak pernah jatuh cinta kan..jatuh motor ka..jatuh meja ka..pernah la aku rasa...

alkisahnya...seorang teman (maya)bertanya..apa rasa jatuh cinta..cengkadak ko tanya aku soklan tu..mana aku tau..tapi expression aku (dia mana nampak kan..nama pun maya)...first..aku senyum jer (ni pun dia tak nampak)...ni jawapan aku

"aku menangis bila sedar aku telah jatuh cinta..aku rasa kerdil..persoalan yang bergolak di kepala..layakkah aku dengannya..baikkah aku untuknya..sediakah aku untuk terus hidup dengannya.."

so..teman maya ni bertanya lagi...kenapa?..

jawab aku.."kerana aku telah jatuh cinta dengan Allah..jatuh cinta dengan insan yang tak pernah akan menyakitkan hati aku..dengan insan yang sentiasa akan mendegar rintihan aku..dengan insan yang akan menjadi tempat aku mengadu...dengan insan yang menjadi tempat untuk aku memanjangkan doa.."

terus..sahabat maya ini...terdiam...dan hingga saat ini..aku masih menunggu teman maya ini buzz aku...

Buat 'TF'
~~~~memang benar 'TF'...aku tak pernah rasa perasaan jatuh cinta seperti yang kau maksudkan..rasa main2 tu ye la..rasa betul2 macam mana yang 'TF' alami tu mmg tak pernah langsung aku alami..hati tak pernah berbunga2..tak pernah tak boleh hidup tanpa HP..tak pernah rasa mandi tak basah..tido tak lena..'TF'..aku ..yang kau belum kenali sepenuhnya ni..jenis yang pantang letak kepala..harusnya..selepas meletak kepala..aku akan hanyut..'TF'..sebagai teman maya untuk bertahun lamanya...aku doakan kau bahagia...yang perlu kau tahu ...aku tak berahsia 'TF'..tapi aku berhati2 ..~~~~~~

AKTIVITI WAJIB HUJUNG MINGGU

aktiviti ni akan sentiasa aku dengan BFF akan buat tiap2 minggu kalau kami tak ada apa2...ni antaranya..(yang aku ingat la)..banyak lagi..tapi tak ingat la....sebenarnya tak ada modal nak update blog
*********************







Tuesday, July 20, 2010

It's Not Goodbye

And what if I never kiss your lips again
Or feel the touch of your sweet embrace
How would I ever go on
Without you there's no place to belong

Well someday love is gonna lead you back to me
But 'til it does I'll have an empty heart
So I'll just have to believe
Somewhere out there you thinking of me

CHORUS:
Until the day I'll let you go
Until we say our next hello
It's not goodbye
'Til I see you again
I'll be right here rememberin' when
And if time is on our side
There will be no tears to cry
On down the road
There is one thing I can't deny
It's not goodbye


You'd think I'd be strong enough to make it through
And rise above when the rain falls down
But it's so hard to be strong
When you've been missin' somebody so long

It's just a matter of time I'm sure
But time takes time and I can't hold on
So won't you try as hard as you can
To put my broken heart together again


p/s:.seyes...meleleh ayaq mata aku dengaq lagu ni..i don't know why...maybe...maybe..(it's so hard to be strong when you've been missin' somebody so long)

Wednesday, July 14, 2010

i'm back

hehehe..i'm back kunun2nya...xcely..tak dak p mana2 pun..saja..tak tau nak update blog dengan apa..tahap M tu sangat lah...toingg..toingg...

ari ni...14.7.2010...hari pertama masuk ofis minggu ni...sebabnya ...i'm back frm kelate deh...14 tahun tu tak pernah sampai kelate..dok plan apa2...sekali kau..hambik..melayang rmrmrmrmrmrm...tak per..melayang utk ayahanda dan bonda tersayang...sayang mak n ayah...

tau tak..ari ni ..ada officer tegur..kena CAMPAK ke?????adussssssss...walaweeeeee...mana ada kena 'C' tu...ni yang buat aku nak g facial ebery week ni...nak guna balik FELISA..serius...dulu stop FELISA sebab nak study..maklumla..study guna duit sendiri..masa tu pikir yang jimat2 jer..tapi..aku rasa..aku dah tekad..nak guna balik FELISA..untuk kembalikan kulit muka seperti yang dulu..mesti org cakap...mcm la dulu tu lawa..yerrr...ngaku...tak lawa mana..tapi AKU BERSYUKUR YER DENGAN KURNIAAN ALLAH NI..now..aku rasa masalah muka ni dah tahap tragik..aku mmg tak boleh kalau org tegur pasal muka..berdezup ke hati weh.. INSAYALLAH..FELISA...AKU PERCAYA DENGAN FELISA..

apa kes ni tulis bab2 muka plak...heheheh...okeylah..nak g betulkan tudung..pakai anak tudung segala..cuci2 muka segala..sebabnya aku nak kena g Cyberjaya..ada taklimat..last minute dapat arahan..baiklah bos..SYMP..


p/s:...tak leh nak tunjuk gambar2 masa kat KB..semua melekat kat camera org jer..dalam hp tak der..gambar bilik jer ada...tu penting beb..apa yang penting?...KATILLLLLLL...:D

Tuesday, June 29, 2010

cerita ceriti di kampung...

balik kg ari tu..sebab nak sambut father's day..so..ayah decide buat BBQ...kali ni best sangat..happening..kira best lah...


ni masa persediaan






Friday, June 25, 2010

'anak beruk' dah nak balik

malam ni 'anak beruk' ni dah nak balik..kepada 'tuan' anak beruk ni..sila la jangan malu bawak balik 'anak beruk' tu yer...

jom kita tgk si 'anak beruk' tu

:


:


:

:

manik



ni baju kak sam..dah siap yer..ari ni antar pada kak fyza (tapi letak dalam bilik aku jer)..sebab aku kan g kursus kat cyber jaya..modul penamatan perkhidmatan...okey yer anak2..nanti minggu depan cikgu ajar yer macam mana nak guna modul ni...

harap2 kak sam berpuas ati...maklum la..den ni tak kreatif..

Tuesday, June 22, 2010

Kenapa Masih Belum Berumahtangga ? (copy)

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam

baju raya

tolonggggggggggggggg...sapa leh tolong buatkan baju raya untuk aku...aku lupa yang tahun ni raya bulan september..my besday...nak datang raya bawak hadiah yer!!!!!..

baju raya aku tak buat lagi..tak der orang nak ambik dah...tahun ni jer korang...tahun depan aku jahit sendirik..aku nak g belajar jahit baju dah ni..

tadi aku dah call tailor aku..dia tak janji boleh siapkan ke tak..aku nak hantar sepasang jer..yang lagi berpasang2 tu tunggu la..

tahun ni baju aku sama dengan nurul ain..sekain..tu yang mak dia cakap.."ain ni anak mak njang ka?..baju raya pun sama macam mak njang"..yalah kan ...aku kan tak der anak...baju sama macam anak menakan pun cukup la...

korang..kalau ada tailor yang masih available dan okey jahitannya..kasi tau yer..

KCT..KCT..KCT 1981

yer..tuan2 dan puan2...KCT memang impian aku...untuk persona elegance...aku nak sangat2 kereta tu..tak tau kenapa..jatuh hati betul2 dengan persona elegance..kalau lalu tepi..pergghh...ada yang nak kasi free tak kat aku?..hehehehe

ok..no. pendaftaran yang aku nak KCT 1981..tapi KCT dah keluar dah sekarang ni..tak dapat la nampak gayanya..sebabnya..ada perkara yang perlu aku settlekan dulu sebelum menjelang angka 30 kupang..tu kena settle dulu sebabnya elegance tak akan kemana2 kan..KCT tu jer yang akan terus jadi KCU...tak perlah..ada rejeki aku..ada la kan...

sesentengah orang kata...angan2 tak baik..takut jadi angan2 mat jenin..tapi aku ikut kata raja ema.."angan2..biar menjadi kenyataan"..so..dulu aku berangan2 jer nak masuk U..tak sangka..masuk jugak..dulu..aku berangan2 jer nak pakai jubah konvo..insyaallah..aku akan pakai lagi sekali..dulu..aku berangan jer nak kerja gomen..alahai..rejeki..dapat keja ngan gomen jugak lepas habis belajar..umo muda lagi time tu..dulu2 syok tgk orang mai keja pakai baju lawa2..make-up segala..pakai kasut tumit tinggi..bawak handbeg grandmerand...dah keja..tak buat pun segalanya...

okey...elegance...sabar yer..one fine day..u will be mine forever..InsyaAllah..one fine day...



****mesti orang cakap..alahai..berangan nak pakai elegance jer..wadapa..elegance la dulu sebelum tukar ke HONDA ka..BMW ka...5 series ka...

HAPPY BESDAY FARIS DANIAL

22 Jun 2007..faris danial...anak kepada puan norhafiza dan encik saiful lahir ke dunia..hehehehe..sama macam no pendaftaran kereta mama dia...

masa mula2 faris lahir..dah ajar faris panggil ummi..sama macam anak kak mai ngan anak ellia..ummi tu...masa mula2 faris sebut ummi..rasa mcm nak nangis..sebabnya..mana pernah dia panggil..sekali dia sebut ummi..macam tak percaya..

buat faris...ummi doakan faris menjadi anak yang soleh..anak yang baik..anak yang mendengar cakap mama dan ayah..jangan lupa ummi yer bila dah 'terbang' nanti..


ni gambar faris masa dalam pantang...menjeling tu...sekarang faris makin handsome..

Sunday, June 20, 2010

HAPPY FATHER'S DAY

hari ni..20 Jun 2010...
hari bapa..
buat ayah...
thankss...tak tau nak tulis apa...
sebab tak terluah rasa sayang dan kasih buat ayah tercinta...
ayah yang sporting...
yang boleh kongsi cerita macam2...

######################################
juga buat insan-insan yang bergelar bapa..happy father's day..
jadilah bapa yang baik untuk anak2 anda...
didiklah anak2 anda menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat..

biarlah 'asli'

ermm..aku baru menghabiskan 1 novel ni..aku beli sebab 'gosip' pasal novel ni gah diperkatakan..gila hangat la..sebab dia ada followers sendiri...tapi bila dah mula baca..aku boleh tutup..letak tepi..

pada aku..biaqlah sesebuah karya tu asli..biaqlah datang dari idea sendiri..jangan cilok sana..cilok sini..kalau tak der idea sgt..jadikan novel tu pendek..letih sebenarnya kalau baca novel yang sekejap sana..sekejap sini..tak paham sey..apa yang nak disampaikan sebenarnya...

aku dah ada pengalaman lebih 12 tahun menjadi pengumpul dan pembeli novel dan tak pernah miss sejak pesta buku diadakan..jadinya..aku dah tau kalau ada novel2 yang menciplak hasil karya orang lain..jangan la buat cenggini..dah terang2 dua part dalam novel tu dia tiru novel seorang penulis yang aku kenal..sebab apa aku dapat cam..sebab aku peminat setia penulis tu..confirm2 dua part tu dia tiru meskipun dia cuba adjust2 sikit2...tapi aku still boleh tangkap..

mesti orang cakap..kalau tak suka tak payah bacakan..yer..tau..tak suka tak payah baca...tapi..dik non..biaqlah asli yer dik non..timba pengalaman dulu..jangan meraban sgt...secara jujurnya ..aku sendiri pernah cuba2 untuk menulis cerpen..pernah aku hantar untuk satu blog tu..aku tak guna nama sendiri..aku guna nama lain..dan aku pernah emailkan karya aku pada Fauziah Ashaari suatu ketika dulu..hahahaha..lawak gila...banyak komen dia sebenarnya..so..aku tau bukan senang nak menulis sebenarnya..kena banyak buat research...

kenapa yer aku tak nyatakan apa buku tu...sebabnya..tak perlu la kan..kalau seseorang tu mmg peminat novel2 melayu ni..dia akan tau..

so..selamat membaca...

Friday, June 18, 2010

dari email - kalau haiwan ada FB

email ni en. fir yang kasi..lawak la plak aku rasa
--------------------------------------------------------------------------

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu…….

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar,sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee
seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2....nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al-Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke
5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?